KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 13 Julai 2010

Iniesta akan dikenang selamanya




JOHANNESBURG - Nama Andres Iniesta (gambar) bakal dikenang buat selama-lamanya oleh seluruh rakyat Sepanyol.

Semalam, Iniesta muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Sepanyol empat minit sebelum masa tambahan tamat ketika menewaskan Belanda 1-0 pada aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City.

Jaringan tonggak tengah Barcelona itu juga telah membawa skuad La Roja menjulang trofi paling berprestij tersebut buat julung kalinya sejak ia mula diperkenalkan pada 1930.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik, jaringan Iniesta diraikan dengan penuh sim- bolik apabila dia menanggalkan jersinya untuk menunjukkan baju-T putih dipakainya yang tertulis 'Dani Jarque sentiasa bersama kami'.

Jarque, 26, merupakan tonggak pertahanan Sepanyol yang meninggal dunia ketika beraksi dalam satu kejohanan pramusim di Itali tahun lalu yang mana dia baru sebulan menggalas tugas selaku kapten skuad La Roja.

Iniesta dan Jarque juga merupakan rakan sepasukan ketika beraksi buat Sepanyol dalam kejohanan antarabangsa bawah 17 tahun (B-17), (B-19) dan (B-21).

"Saya sentiasa mahu membawa Jarque bersama saya. Kami mahu memberi penghormatan kepadanya," katanya.

Pada aksi semalam, percubaan Iniesta dari dalam kotak penalti berjaya menerjah gawang Belanda yang dikawal Maarten Steke- lenburg.

"Saya sebenarnya masih belum dapat mempercayai yang saya telah menjaringkan gol kemenangan.

"Peluang menjaringkan gol dan membantu pasukan muncul juara adalah suatu perkara yang menakjubkan bagi saya. Ia sebenarnya hanya sumbangan kecil daripada saya," kata Iniesta

Tentera Merah 100% Terbaik


Tagline laman portal rasmi KAFA, http://www.theredwarriors.com/ dilihat semakin berkesan apabila mula menjadi ikutan Tentera Merah.

“Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo”

Tagline yang digunakan seiring dengan perubahan pasukan Red Warriors mula diakui oleh ramai pihak bila mana peratusan penyokong Kelantan membuat onar di kawasan Stadium tidak kira di Kota Bharu atau venue lawan semakin berkurangan.

Malah, kelihatan penyokong Kelantan memberikan disiplin yang tinggi selain tetap memberi sokongan kepada pemain walau ketinggalan kepada pasukan lawan.

Satu perubahan ketara selaras dengan permintaan KAFA agar peminat dan penyokong sentiasa di belakang pasukan tidak kira menang atau kalah.

Sekalung tahniah dan terima kasih serta ucapan penghargaan kepada penyokong Red Warriors kerana perubahan anda satu pencapaian gemilang gagal dilakukan pasukan Kelantan dalam dekad terakhir ini.

Teruskan memberi sokongan kerana sokongan anda semua menjadi azimat berguna kepada pemain yang berjuang diatas padang.

Kita Penyokong Datang Memberi Sokongan Bukan Datang Memberi Hukuman.


Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo