KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 16 Mac 2011

Separuh Akhir United v City


United menempah tiket ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Perlawanan separuh akhir Piala FA pertemuan setempat Manchester di Wembley akan menjadi perlawanan domestik yang melibatkan kawalan keselamatan paling besar dan mahal.
 
Lebih dari 35,000 penyokong dari setiap kelab akan membuat perjalanan ke perlawanan yang diadakan pada hujung minggu 16-17April.
 
Dan pastinya ia akan tambah memeningkan untuk polis jika ia diadakan pada hari Ahad – berdasarkan jika City mara ke suku akhir Liga Eropah dan bermain hari Khamis sebelumnya – kerana ia hari yang sama untuk acara London Marathon dan perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Liverpool.
 
Operasi ini akan melibatkan Scotland Yard, Polis Greater Manchester dan Polis Pengangkutan British. 
 
Sumber Scotland Yard menyebut: 'Dari segi keselamatan, ia memang satu mimpi ngeri. Pastinya ia akan melibatkan kos jutaan pound.
 
Sementara itu, Stoke memastikan kemaraan separuh akhir Piala FA yang pertama dalam tempoh 39 tahun selepas mengatasi West Ham 2-1 di Britannia Stadium.
 
The Potters akan bertemu Bolton yang mengenepikan juara Piala Carling, Birmingham dalam perlawanan penuh mengujakan di St Andrews hari Sabtu lalu

Torres pasang tekad



TORRES masih gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang lima perlawanan bersama Chelsea.


LONDON - Hanya persembahan buruk mampu menyebabkan Chelsea tunduk kepada FC Copenhagen pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di Stamford Birdge awal pagi esok.
Namun, tumpuan pastinya lebih terarah sama ada penyerang baru Chelsea, Fernando Torres mampu menamatkan kemarau jaringannya bersama kelab London itu.
Torres yang juga penyerang kebangsaan Sepanyol gagal menjaringkan sebarang gol sepanjang lima perlawanan sejak dia berhijrah dari Liverpool lebih sebulan lalu.
Malah dia turut dibayangi kelibat Nicolas Anelka yang telah meledak dua gol ketika membantu Chelsea menewaskan Copenhagen 2-0 pada aksi pertama di tempat lawan.
"Saya cukup yakin bahawa gol yang dicari itu akan menjelma juga kerana saya tahu kemarau gol pasti mampu ditamatkan apabila tiba waktunya," kata Torres.
Pengurus Chelsea, Carlo Ance- lotti dijangka terus memberi keper- cayaan kepada gandingan Anelka dan Torres sambil Didier Drogba bakal dimasukkan dari bangku simpanan.
Ini kerana gandingan Torres dan Drogba ketika Chelsea menewaskan Blackpool 3-1 minggu lalu gagal menyerlah apabila dua gol yang dija- ringkan Frank Lampard manakala satu lagi menerusi pemain pertaha- nan, John Terry.
"Chelsea hampir saja menjuarai Liga Juara- Juara tetapi tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada 2008. Saya dapat bayangkan rasa kecewa para pemain kelab ini.
"Sama seperti individu lain di kelab ini, saya cuba berikan yang terbaik untuk Chelsea meraih kejuaraan berganda musim ini. Itu adalah impian kami semua," jelas Torres.
Sementara itu, pemain Copenhagen, Jesper Gronkjaer yakin kelab Denmark itu mampu mencipta keju- tan meskipun Chelsea hanya tewas sekali dalam 25 aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge.
"Kami perlu yakin dengan diri sendiri. Memang kami hadir ke London ini untuk memburu kemenangan.
"Jika kami dapat menjaringkan gol pendahuluan, apa pun boleh berlaku," kata Gronkjaer yang pernah beraksi bersama Chelsea

Lehmann kembali perkuat gawang Arsenal



Lehmann


LONDON - Arsenal membuat keputusan mengejut apabila mendapatkan semula khidmat bekas penjaga golnya, Jens Lehmann secara pinjaman.
Penjaga gol veteran berusia 41 tahun dari Jerman itu menjadi pilihan untuk menyelesaikan krisis di posisi tersebut yang dialami Arsene Wenger ketika ini.
Tiga penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny, Lukasz Fabianski dan Vito Mannone sedang mengalami kece- deraan dan hanya seorang penjaga gol cergas yang tinggal iaitu Manuel Almunia.
"Arsenal memerlukan bantuan kecemasan di posisi penjaga gol ketika ini dan saya berasa sangat gembira untuk kembali membantu mereka," kata Lehmann.
Dia meninggalkan Arsenal pada 2008 setelah lima tahun beraksi bersama kelab London itu. Lehmann menyertai VfB Stuttgart sebelum menamatkan kariernya selama 22 tahun pada Mei tahun lalu.
Selepas memulakan karier bersama Schalke 04, Lehmann juga pernah bergelar penjaga gol AC Milan dan Borussia Dortmund.
Dia beraksi hampir 200 perlawanan bersama Arsenal.