KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 5 Ogos 2010

Bayern mahu tuntut pampasan



LONDON - Bayern Munich akan menuntut pampasan daripada Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) ekoran kecederaan yang dialami pemain sayap mereka, Arjen Robben.

Terdahulu, Robben, 26, dikatakan mengambil jalan singkat bagi memulihkan kecederaan yang dialami- nya untuk beraksi buat Belanda pada kempen Piala Dunia 2010 bulan lalu.

Begitupun, Bayern menerima laporan yang mengatakan Robben sebenarnya terpaksa beraksi dengan kecederaan hamstring sepanjang kempen di Afrika Selatan itu berlangsung.

"Setelah melakukan ujian imbasan, memang jelas Robben mengalami masalah kecederaan ham- string.

"Begitupun, apa yang lebih dike- salkan, pihak-pihak yang bertanggungjawab gagal untuk mengesan mengenai masalah kecederaan tersebut lebih awal lagi," jelas doktor pasukan perubatan Bayern, Hans- Wilhelm Muller-Wohlfahrt.

Kini, Bayern mula melahirkan rasa kebimbangan mereka sekiranya Robben tidak dapat diturunkan dalam empat perlawanan awal saingan Liga Juara-Juara.

Sementara itu, pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge berkata: "Kami (Bayern) akan menuntut pampasan dan kami sememangnya tidak puas hati dengan perkara ini.

"Sebagai kelab, kami berhak untuk menerima pampasan kerana pemain tersebut beraksi membantu pasukan negaranya

Skuad negara terus diuji


KELAB Perancis, Etoile FC serta tiga kelab China menjadi pilihan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, K. Rajagobal (gambar) bagi menguji barisan pemainnya dalam persiapan menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, November depan.

Menurut Rajagobal, biarpun hanya bertemu dengan pasukan kelab, ia tetap dianggap sesuatu yang terbaik kerana skuad negara memerlukan siri perlawanan ujian bagi mempertingkatkan prestasi mereka.

“Etoile FC yang beraksi dalam Liga Singapura kini menduduki tangga kedua dan saya dengar mereka juga pernah menewaskan skuad kebangsaan Singa- pura dalam aksi persahabatan.

“Kunjungan ke China pula, kita sedang cuba men- dapatkan pasukan terbaik di sana. Sesuatu yang baik juga apabila kita dapat bertemu kelab yang dibarisi lima hingga enam pemain import ini.

“Bagi saya, empat atau lima perlawanan sepan- jang kem latihan ketika bulan puasa ini memadai sebagai sebahagian persiapan kita menjelang Sukan Asia,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Seramai 26 pelatih yang dipanggil Rajagobal akan mula berkumpul di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 16 Ogos ini sebelum mereka ke Singapura antara 21 hingga 24 Ogos untuk bertemu Etoile FC.

Selepas itu, anak-anak buah Rajagobal akan kembali ke Kelana Jaya untuk menyambung latihan sebelum ke China selama 10 hari bermula 28 Ogos untuk tiga aksi persahabatan.

Rajagobal turut menegaskan, beliau lebih meng- utamakan peningkatan prestasi skuad kendaliannya yang dibarisi pemain antara usia 20 hingga 24 tahun.

“Jangan terlalu harap kemenangan segera. Kita mahu perkuatkan pasukan kebangsaan ini dari semua aspek. Pada masa sama kita mahukan pe- ningkatan secara berterusan,” tegasnya.

Ditanya kenapa beliau tidak menyenaraikan penjaring terbanyak Liga Super, Ashaari Shamsuddin, 25, dalam senarai pelatih kali ini, Rajagobal berkata, beliau mahu mengutamakan persiapan menghadapi Sukan Asia terlebih dahulu.

“Bukan dia (Ashaari) tidak bagus, saya pernah panggil dia untuk latihan. Namanya juga tetap ada dalam senarai awal 50 pemain yang telah dihantar untuk Sukan Asia.

“Piala AFF pada Disember depan peluang lebih terbuka buat pemain senior

United hampakan MSS Kedah

SUGUL... Barisan pemain MSS Kedah jelas kecewa selepas mudah diratah Manchester United pada aksi pembukaan kempen MUPC 2010 di pusat latihan Carrington, Manchester semalam. MSS Kedah tewas 0-3.


MANCHESTER – MSS Kedah memula- kan kempen pada pusingan akhir Kejoha- nan Bola Sepak Piala Premier Manchester United (MUPC) 2010 dengan menen- tang tuan rumah, Manchester United di pusat latihan Carrington semalam.

Pada aksi pembukaan itu. wakil Malay- sia turun dengan misi mencari kemena- ngan bagi mengintai peluang melangkah ke suku akhir.

Impian itu hadir selepas lawan mereka itu tewas 0-3 kepada FC Barcelona pada perlawanan pembukaan Kumpulan 3 pagi semalam.

Namun, hajat mereka tidak kesampaian kerana terpaksa akur dengan kehebatan United meskipun pada satu ketika perlawa- nan seakan-akan berkesudahan seri 1-1.

Begitupun, skuad remaja negara dari Kedah itu tewas 1-2 dan kini perlu menang ke atas wakil Australia, Sutherland Sharks FC pada perlawanan kedua (lewat petang semalam, kira-kira pukul 12 tengah malam waktu Malaysia).

Meskipun tewas, skuad bimbingan Barkis Ismail itu tampil dengan aksi yang me- yakinkan, namun kesilapan yang dilaku- kan barisan pertahanan pada separuh masa kedua membawa padah.

Kedudukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama sebelum United membuka jaringan untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Bagaimanapun, ia tidak kekal lama kerana MSS Kedah pantas menyamakan ke- dudukan menerusi gerakan solo, Adam Aidil Iskandar Rosli.

Ketika perlawanan hanya tinggal tiga minit lagi untuk tamat, kelekaan jentera pertahanan MSS Kedah mengundang padah.

United bijak meloloskan diri daripada kelemahan itu untuk menjaringkan gol ke- menangan menerusi John Pritchard dan hasrat wakil Malaysia untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata daripada perlawanan itu musnah.

“Kami terlalu hampir untuk mengikat United tetapi kesilapan pada minit-minit terakhir itu membawa padah. Pertahanan leka dan akibatnya kami kehilangan mata,” kata Barkis.

Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan oleh anak-anak buahnya sepanjang perlawanan tersebut kerana tampil yakin untuk menyaingi lawan mereka yang lebih berpengalaman itu.

Pada pusingan akhir ini, MSS Kedah diundi dalam Kumpulan 3 bersama tuan rumah, Manchester United, FC Barcelona (Sepanyol), Alta Loma Arsenal FC (Amerika Syarikat) dan Sutherland Sharks FC (Australia).

Dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke pusingan suku akhir.

Torres setia bersama Liverpool

LIVERPOOL – Penyerang Sepanyol, Fernando Torres mengakui dia akan kekal di Liverpool, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya.

“Saya akan kekal di sini (Liver- pool),” kata Torres semalam.

Sebelum ini, masa depan penyerang Liverpool itu menjadi tanda tanya selepas Chelsea dan Manchester City menyuarakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada saingan musim ini.

Begitupun, Torres, 26, hanya mengambil masa 24 jam selepas kembali ke Anfield untuk menjelaskan mengenai masa depannya bersama skuad The Reds.

“Komitmen dan kesetiaan saya hanya untuk kelab ini dan juga penyokong setia kelab ini. Ia tidak berubah sejak hari pertama saya menjejakkan kaki di sini.

“Saya gembira kerana dapat kembali semula ke sini selepas bercuti dan berasa senang hati untuk kekal bersama rakan-raka sepasukan. Saya sudah bersedia untuk mengharungi cabaran sete- rusnya,” kata Torres.

Keputusan Torres itu pasti menjadi berita gembira dalam menarik minat pelabur untuk membeli aset kelab itu dengan harta- wan dari China, Kenny Huang berada dalam senarai teratas.

Chelsea begitu mahukan Torres dalam usaha mereka mempertahankan kejuaraan Liga Perdana England manakala City pula memerlukan Torres bagi memantapkan pasukan mereka.

“Sejak hari pertama, saya telah menerima sambutan yang baik daripada Steven Gerrard dan Ja- mie Carragher. Ia menjadikan seolah-olah saya di tempat sendiri dan para penyokong begitu menyukai saya.

“Liverpool merupakan kelab terbaik di negara ini dan harapan semua cukup tinggi. Harap kami dapat mengekalkan tahap kami dan bersaing hebat merebut mana-mana kejuaraan

Benayoun mahu akhiri kemarau


BENAYOUN muka baru Chelsea musim ini

LONDON - Bintang baru Chelsea, Yossi Benayoun berazam untuk mengakhiri kemarau lapan tahun bagi menjulang seba- rang trofi kejuaraan liga.

Justeru, dia merasakan keputusan untuk menyarung jersi skuad The Blues musim ini adalah suatu yang tepat buat dirinya menambah kolek- si kejuaraan peribadi.

Impian pemain kelahiran Israel yang dibawa masuk dari Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £5.5 juta (RM27.72 juta) itu dilihat bakal bermula dengan aksi menentang Manchester United pada saingan Peri- sai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad ini.

"Saya telah memenangi dua kejuaraan ketika beraksi bersama kelab Israel, Maccabi Haifa di bawah kendalian Avram Grant.

"Begitupun, kali terakhir saya merangkul gelaran juara adalah pada 2002 dan sejak itu saya tidak pernah memenangi apa-apa. Jadi, peluang saya dilihat cerah apabila menandatangani kontrak bersama Chelsea.

"Pada 2006, saya hampir merangkul ke- juaraan Piala FA ketika bersama Liverpool pada aksi final menentang West Ham United tetapi nasib tidak menyebelahi kami," jelas Banayoun.

Benayoun, 30, turut mengakui yang salah satu faktor dia meninggalkan Liver- pool adalah disebabkan hubungan buruk- nya dengan bekas pengurus The Reds, Rafael Benitez.

Ia gara-gara tindakan Benitez yang sering kali meletakkannya dibangku simpa- nan dan itu dikatakan telah menguji tahap kesabaran Benayoun.

"Kami (Liverpool) tidak beraksi dengan cemerlang sejak daripada perlawanan pertama hinggalah akhir musim lalu.

"Ia situasi yang sungguh memalukan kerana Liverpool merupakan salah sebuah kelab besar di dunia," kata Bena- youn