KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 6 Ogos 2010

Hari penentuan Fabregas


FABREGAS masih berteka-teki mengenai masa depannya bersama Arsenal.

LONDON - Arsenal mahu Cesc Fabregas membuat kenyataan secara terbuka bagi membuktikan kesetiaannya kepada The Gunners.

Peluang tersebut bakal hadir apabila Fabregas dijangka membuat pertemuan dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan penyokong setia kelab itu hari ini.

Sebelum ini, spekulasi mengenai perpindahan kapten Arsenal itu ke Barcelona hangat diperkatakan sehingga memaksa Wenger tampil beberapa kali memberi penjelasan yang menegaskan Fabregas akan terus kekal di Emirates.

Disebabkan itu, Wenger mahu Fabregas mengikut jejak langkah penyerang antarabangsa Sepanyol, Fernando Torres yang membuat kenyataan secara terbuka berhubung isu perpindahannya sebaik kembali menjalani latihan bersama Liverpool, Isnin lalu.

Fabregas yang masih mempunyai baki kontrak selama lima tahun bersama Arsenal dilaporkan tidak akan sama sekali menjual pemain itu kepada Barcelona.

Ini kerana, Wenger percaya yang perancang antarabangsa Sepanyol itu mampu untuk membantu skuad kendaliannya merampas kembali trofi kejuaraan Liga Perdana England yang bakal membuka tirai musim barunya pada 14 Ogos ini.

"Dia (Fabregas) merupakan kapten kami (Arsenal) dan sangat penting buat kami melihatnya terus kekal berada di sini (Emirates).

"Fabregas seorang pemain yang memiliki kualiti serta bakat yang sungguh menakjubkan dan dia mampu membantu mencipta kejayaan.

"Jaringan serta gerakan-gerakan yang dia lakukan bagi membantu pemain lain menjaringkan gol ternyata sangat berharga buat kami.

"Pengurus kami memberinya tugas selaku kapten kerana percaya yang dia mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Kami sangat berharap agar dia terus kekal bersama kami," kata tonggak pertahanan Arsenal, Thomas Vermaelen.

Dalam perkembangan lain, The Gunners gagal dalam usaha mereka untuk membawa masuk tonggak pertahanan Everton, Phil Jagielka dan Per Mertesacker dari kelab Jerman, Werder Bremen.

Begitupun, tonggak pertahanan Montpellier, Emir Spahic kini hampir pasti menjadi milik Arsenal

Hodgson bakar semangat Liverpool

HODGSON (kiri) memerhati kapten Liverpool, Steven Gerrard menjalani latihan di London baru-baru ini.


LONDON - "Cermin diri sendiri dahulu dan jangan hanya mahu memberi alasan."

Itu amaran awal pengurus Liverpool, Roy Hodgson kepada barisan pemain bintangnya dalam usahanya memastikan skuad The Reds menjadi pencabar utama dalam pemburuan trofi Liga Perdana England musim ini.

Musim lalu, Liverpool dilihat mempamerkan aksi tidak menentu sehingga menyebabkan mereka gagal layak untuk bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Kini, belum pun saingan liga membuka tirainya, Liverpool mula diselubungi spekulasi mengenai siapa yang bakal menjadi pemilik baru kepada kelab yang berpangkalan di Anfield itu.

Namun Hodgson menjelaskan, masa depan Liverpool sebenarnya bukan bergantung kepada siapa yang bakal menjadi pemilik baru kelab tersebut.

Sebaliknya, dia berkata, ia bergantung kepada barisan pemain-pemain yang seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka bagi memastikan Liverpool mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

"Sebagai pemain, kamu yang mempunyai peluang bagi mengubah segala-galanya.

"Saya tidak mahu menyentuh mengenai hak pemilikan kelab kerana pihak pengurusan mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka mahu menjualnya. Saya percaya ia telah didokumenkan dengan sebaiknya.

"Tetapi jika kamu merasakan yang ia tidak diuruskan dengan baik, pemain-pemainlah yang perlu mengubahnya,'' jelas Hodgson.

Tambah Hodgson, dia mahu barisan pemain bintangnya mempamerkan persembahan terbaik dalam setiap perlawanan.

"Mereka perlu cermin diri sendiri dan bukannya hanya memberikan alasan yang tidak masuk akal.

"Jangan juga menyalahkan pemilik kelab kerana tidak membelanjakan jumlah wang sebanyak £500 juta (RM2.5 billion) bagi mendapatkan pemain-pemain bintang yang lain