KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 22 Oktober 2010

Keputusan FAM Tidak Adil


KOTA BHARU – Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net) menyifatkan keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JPKT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung insiden pergaduhan penyokong Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia minggu lalu, sebagai berat sebelah.
Dalam mesyuarat yang berlangsung di Wisma FAM Selasa lalu, pihak JKPT FAM telah memutuskan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) bersalah berikutan insiden Selasa lalu.
FAS didenda RM67,500 manakala Kafa RM57,500, dengan kedua-dua pihak terpaksa berkongsi membayar kos kerosakan di stadium itu.
Presidennya, Marhasim Mat berkata, hukuman tersebut sudah dijangka memandangkan kedua-dua penyokong terbabit terbukti melakukan kesalahan serius sepanjang musim ini, tetapi pihaknya tidak menjangka jumlah begitu tinggi dikenakan kepada pihak Kafa.
Menurutnya, kawalan keselamatan menjadi tanggungjawab tuan rumah dan Selangor dilihat gagal menepati kriteria apabila menyediakan tempat duduk yang terhad kepada penyokong Kelantan sedangkan jumlah sebenar yang hadir begitu ramai.
“Kita diberi ruang begitu kecil berbanding kapasiti besar stadium itu mengakibatkan kedua-dua penyokong pasukan ‘berperang’ dengan membaling pelbagai objek serta mercun kerana jarak yang terlampau dekat memudahkan provokasi berlaku.
“Mengapa pasukan pelawat dikenakan denda yang tinggi sedangkan tanggungjawab keselamatan gagal dilaksanakan pasukan tuan rumah, kita mahu pihak FAM bersikap adil dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Sementara itu, Kelate.Net turut mempersoalkan ketelusan badan induk bola sepak kebangsaan itu yang dilihat menutup mata tentang insiden membaling batu ketika perlawanan antara Perlis dan Negeri Sembilan di Stadium Utama Negeri, Kangar pada suku akhir kedua 16 Oktober lalu.
“Bukti rakaman sudah ada, jadi saya berharap pihak FAM mengambil tindakan sewajarnya dengan kadar segera.
“Selaku badan induk bola sepak kebangsaan yang dibarisi pemimpin baru, saya harap pihak FAM tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan perlu telus dalam membuat sesuatu keputusan,” katanya.
Menurutnya, musim lalu, penyokong Kelantan diserang dan cermin kenderaan dipecahkan penyokong liar Perlis sejurus tamat perlawanan separuh akhir kedua di Kangar, namun tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Kedah optimis benam Kelantan


SKUAD Kedah berazam mencipta kejutan dengan membenam Kelantan pada aksi separuh akhir kedua Pialaq Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam esok.


RENTAK Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin dilihat serba tidak menjadi.
Semuanya gara-gara Kedah tidak dapat menampilkan barisan terbaik sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Dua tonggak pertahanan, Mohd. Sabre Mat Abu dan Khairul Helmi Johari tidak dapat beraksi kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning.
Lebih malang, seorang lagi pemain pertahanan, Azmi Muslim mengalami kecederaan pada perlawanan tersebut sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-11.
Jurulatih Kedah, Ahmad Yusof mengakui, kehilangan beberapa pemain utama menjejaskan barisan pertahanan skuad Kenari itu.
“Kedah agak pincang kerana beberapa pemain utama tidak dapat beraksi.
“Kami bertambah pincang apabila Azmi dikeluarkan. Rakan-rakan sepasukannya agak terkejut dengan keadaan itu,” kata Ahmad sejurus selepas tamat perlawanan kelmarin.
Beliau berkata, jadual perlawanan yang ketat mendedahkan pemain kepada masalah kecederaan, sekali gus menje- jaskan persiapan pasukan.
Ia terbukti apabila Kelantan terpaksa menggunakan tiga pemain simpanan dalam tempoh 15 minit pertama perlawa- nan ekoran masalah kecederaan.
Tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose yang baru memulakan aksi selama dua minit terpaksa dikeluarkan dan tempatnya diganti oleh S. Subramaniam.
Namun, Subramaniam hanya sempat beraksi selama 12 minit sebelum dia dikeluarkan akibat kecederaan dan diganti dengan Mohd. Daudsu Jamaluddin.
Pemain tengah Kelantan, Mohd. Shakir Shaari yang turut mengalami kecederaan pula dikeluarkan pada minit ke- 12 dan diganti oleh Khairan Eroza Razali.
Ahmad mengakui, kegagalan memperoleh gol di laman sendiri menyukarkan Kedah ketika bertandang ke Kota Bharu bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua Sabtu ini.
Bagaimanapun, Ahmad tetap yakin Kedah mampu meraih kemenangan seterusnya layak ke pentas final.
“Ia bukan mustahil (menang). Saya yakin Kedah mampu lakukan (menang),” katanya.
Tambahnya, persiapan Kedah akan lebih mantap apabila Sabre dan Khairul Helmi boleh diturunkan.
“Sebelum ini, Kedah mengalahkan Kelantan 1-0 pada saingan Liga Super di Kota Bharu. Kejayaan itu boleh dilakukan sekali lagi dengan kesungguhan, komitmen dan aksi cemerlang pemain Sabtu ini.

Kelantan bayar harga tinggi



AZIZI (kanan) mengasak pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.


KELANTAN terpaksa membayar harga yang tinggi ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam kelmarin.
Ini kerana, dua tonggak pertahanan Kelantan, Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam mengalami kecede- raan pada perlawanan tersebut.
Disebabkan itu, jurulatih Kelantan, B. Sathianathan terpaksa melakukan tiga pertukaran dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan.
Selain Azizi dan Subramaniam, Sathianathan juga terpaksa mengeluarkan pemain tengahnya, Shakir Shaari yang turut mengalami cedera di bahagian dagu pada babak pertama.
Kecederaan ketiga-tiga tonggak itu menyaksikan rentak permainan Kelantan agak terganggu sehingga memaksa Sathianathan melakukan beberapa romba- kan untuk mengekang asakan jentera Kedah.
Menurut Sathianathan, walaupun kehilangan tiga pemain dalam tempoh yang singkat, semangat semua pemainnya tidak luntur tetapi terus mengasak sehingga berjaya memperoleh beberapa peluang terbaik.
"Kita ke sana (Alor Setar) untuk mendapatkan jaringan dan memenangi perlawanan tetapi apa yang berlaku merencatkan rentak permainan kita.
"Bagaimanapun, kita berjaya memperoleh beberapa peluang terbaik tetapi nasib kurang menyebelahi.
"Saya kagum dengan semangat yang ditunjukkan pemain, bukan sahaja malam semalam (kelmarin) tetapi dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
"Saya gembira dengan perkembangan ini dan harap ia akan berterusan," katanya ketika dihu- bungi Kosmo! semalam.
Tambahnya, berdepan Kedah di Stadium Darul Aman bukan suatu tugas yang mudah, ditambah pula skuad Kenari itu mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri.
"Tetapi saya gembira kerana para pemain mampu mengekalkan tahap motivasi dan mental dengan baik sepanjang perlawanan berlangsung," ujarnya.
Jelas Sathianathan, beliau juga berpuas hati dengan aksi para pe- main simpanan yang dibawa masuk kerana turut sama memainkan peranan membantu Kelantan 'mengikat' Kedah.
"Khairan (Eroza Razali) dan Daudsu Jamaluddin yang kita bawa masuk bermain dengan baik. Mereka berdua tahu apa yang perlu dilakukan dan saya sangat berpuas hati dengan apa yang telah mereka lakukan ketika di padang.
"Dalam pasukan Kelantan, tiada istilah pasukan kedua, semua yang berada dalam pasukan adalah mereka yang terbaik.
"Mereka mampu dan bersedia untuk diturunkan dalam apa jua situasi dan pada bila-bila masa,

Nani selamatkan maruah United


NANI meledakkan gol tunggal kemenangan United ke atas Bursaspor pada perlawanan Liga Juara-Juara awal pagi semalam.


MANCHESTER - Manchester United melupakan seketika kontroversi mengenai penghijrahan Wayne Rooney untuk menewaskan kelab Turki, Bursaspor 1-0 pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.
Jaringan tunggal Nani seawal minit ketujuh sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat skuad bimbingan Alex Ferguson itu.
Dengan kemenangan itu, United terus mendahului Kumpulan C dengan tujuh mata, dua mata mengatasi Rangers yang seri 1-1 dengan Valencia.
"Saya tidak mahu isu Rooney ini terus berpanjangan. Saya lebih berminat untuk menyatakan tentang rasa puas hati terhadap prestasi Nani pada perlawanan ini.
"Persembahan Nani semakin baik. Itu sesuatu yang baik dan dia kini berjaya menambah nisbah jaringannya pada setiap perlawanan," kata Ferguson.
Begitupun, pengurus United itu mengakui beliau tetap berasa kecewa kerana pasukannya sekadar mencatat kemenangan tipis.
"Kami sepatutnya lebih menekan pasukan lawan. Bagaimanapun, saya tetap berasakan kami telah melakukan tugas dengan baik jika dilihat daripada tempo perlawanan.
"Kami menguasai keseluruhan permainan. Saya rasa pasukan lawan hanya mendapat peluang tepat pada dua minit terakhir tetapi kami melakukan lebih baik pada penghujung perlawanan.
"Saya juga tidak rasa pasukan lawan mampu mendapatkan gol penyamaan kerana tahap konsentrasi pertahanan kami cukup baik," kata Ferguson.
Sementara itu, jurulatih Bursaspor, Ertugrul Saglam mengakui kekalahan tersebut membuatkan pasukan mereka kini semakin sukar untuk layak ke pusingan kalah mati.
"Kami perlu menang ketiga-tiga baki perlawanan untuk menghidupkan peluang. Paling minimum pun, kami kena menang dua dan seri sekali

Rooney sudah nekad tinggalkan Old Trafford


ROONEY disisih dalam skuad utama United sejak beberapa perlawanan lalu.


LONDON - Wayne Rooney seakan-akan memberi 'lampu hijau' kepada Chelsea.
Dalam satu kenyataan terbuka kelmarin, penyerang Manchester United itu mengesahkan yang dia akan meninggalkan Old Traf- ford.
Bintang England itu menjelaskan, dia membuat keputusan sedemikian selepas gagal mendapat jaminan mengenai masa depan United daripada Ketua Ekseku- tif kelab itu, David Gill.
Isnin lalu, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mendedahkan yang beliau berminat membawa Rooney ke Stamford Bridge.
Begitupun, skuad The Blues tidak akan menawarkan gaji melebihi £160,000 (RM784,428) kepada penyerang itu.
Rooney menegaskan, wang bukanlah isu sebenar yang mendorong dia meninggalkan United.
"Saya telah berjumpa dengan David Gill minggu lepas dan dia gagal memberi jaminan kepada saya tentang hala tuju pasukan ini," kata Rooney.
"Saya kemudian memberitahunya yang saya tidak akan menyambung kontrak baru dengan United.
"Pada perjumpaan Ogos lalu, saya ada bertanya mengenai jaminan tentang kemampuan kelab ini menarik minat pemain bertaraf dunia.
"Bagi saya, semuanya adalah tentang keupayaan memenangi sebanyak mungkin trofi ketika kelab ini dibimbing oleh Alex Ferguson.
"Oleh sebab itu, saya rasa persoalan yang saya cari selama ini akhirnya telah terjawab," katanya.
Kenyataan Rooney ini dikeluarkan sehari selepas pengurus United, Ferguson mengeluarkan kenyataan tentang isu ini.
Ferguson menuduh isu ini ditimbulkan oleh ejen Rooney selain menjelaskan wang telah menggelapkan mata penyerang England itu berbanding kesetiaan dan kepercayaan.