KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 30 Jun 2010

Hormati kuasa pengadil

PRETORIA: Penjaga gol Argentina, Sergio Romero kelmarin menuntut badan bola sepak menolak usaha pihak tertentu memperkenalkan teknologi garisan gol.

Perdebatan mengenai perkara itu hebat diperkatakan apabila Fifa sekeras-kerasnya menolak bantuan elektronik dan video kepada pengadil, namun tekanan itu memuncak Ahad lalu ketika pusingan kedua Piala Dunia.

England dinafikan golnya ketika menentang Jerman apabila pengadil dan penjaga garisan gagal memastikan bola hasil sepakan Lampard sudah melepasi satu ela dari garisan gol sebelum melantun keluar.


Pada perlawanan selepas itu pula, pemain Argentina Caros Tevez menjaringkan gol dari kedudukan ofsaid dan sekali lagi pengadil dan penjaga garisan gagal dalam membuat keputusan betul apabila tidak membatalkan gol yang dijaringkan Tevez.


Walaupun dipenuhi kontroversi, Romero percaya bahawa kuasa milik pengadil perlu dihormati.


“Saya menentang penggunaan teknologi di dalam bola sepak, jika kamu meletakkan cip ke dalam bola kamu merampas semangat pemain hebat dan bola sepak adalah untuk kehidupan dan bukan untuk teknologi,” katanya.


Melihat kepada perlawanan suku akhir menentang Jerman, penjaga gol AZ Alkmaar berkata masih banyak sebab mengapa pasukan Amerika Selatan itu perlu berwaspada walaupun pada masa dia berkata Jerman perlu bersedia bertemu mereka.


“Tidak syak lagi, Jerman adalah pasukan yang kuat dan mereka mengawal rentak perlawanan sama dengan apa yang dilakukan mereka pada perlawanan persahabatan di Jerman , Mac lalu, tapi kami berjaya menyaingi mereka. “Lukas Podolski memiliki sepakan jarak jauh bahaya manakala Miroslav Klose pula mengejar setiap bola yang dihantar. Mesut Ozil juga pemain hebat, dia pemain kaki kiri yang bagus dan mempunyai teknik yang baik.


“Mereka mempunyai ramai pemain hebat yang naik ke atas setiap kali sepakan penjuru dan percuma diperoleh namun kami tahu kami juga mempunyai pemain yang hebat dan ia akan turut memberi masalah kepada mereka,” kata Romero lagi

Terpulang kepadanya untuk menentukan di mana dia mahu bermain

PRETORIA: Apabila memperkatakan mengenai karisma, tidak banyak jurulatih bola sepak yang boleh menyaingi Diego Maradona dari Argentina. Tetapi perbincangan mendalam mengenai taktik?

Bukan gaya beliau.

“Cantik tu, binatang kau!” ayat jenaka yang kerap didengar dijerit Maradona kepada pemainnya di sesi latihan. Malah, ketika sesuatu sepakan itu melambung tinggi melepasi palang, beliau akan berkata sesuatu dengan nada yang sama.


Pengkritik yang menganggapnya naif menjelang Piala Dunia, kini bagaimanapun terpaksa menelan kata-kata mereka selepas Argentina mempamer prestasi mengagumkan di Afrika Selatan ini dalam usaha merangkul gelaran ketiga.


Hingga kini, mereka menang semua empat perlawanan, menjaringkan 10 gol dan jumlah gol mungkin lebih banyak jika tidak kerana aksi cemerlang penjaga gol lawan.


Maradona berkata beliau lebih gemar digelar sebagai ‘semangat yang bebas’ ketika masih aktif. . Atas alasan itu, beliau sengaja tidak memberitahu bintang terbesar Argentina - Lionel Messi - apa yang perlu dilakukannya.


“Saya memaklumkan kepada Messi, tiada siapa menetapkan posisi saya ketika beraksi di Barcelona. Sebab itu, saya tidak harus menetapkan tempat Messi di dalam pasukan,” kata Maradona. “Terpulang kepadanya untuk menentukan di mana dia mahu bermain. Dia sudah cukup dewasa. Saya melakukannya ketika era saya dan sekarang gilirannya pula.” Bekas kapten Argentina itu yang dilabel sebagai seorang daripada pemain terbaik sepanjang masa memeluk dan mencium pemainnya sebelum semua perlawanan di Afrika Selatan dan beliau juga dilihat seolah-olah sedang menendang setiap bola di fikirannya apabila bergerak di kawasan teknikal.


Tapi, bakat pemain tampak lebih menyerlah di bawah kendaliannya.


Martin Palermo, pemain berusia 36 tahun yang juga penyerang pilihan kelima boleh dianggap contoh terbaik. Sebelum ini, ramai menganggap Maradona menyenaraikannya atas dasar sentimen atau azimat selepas penyerang veteran Boca Juniors itu menjaringkan gol saat akhir yang mengesahkan tiket Argentina di Piala Dunia 2010.


Maradona turut bertindak memasukkan Parlemo ketika Argentina berhempas- pulas cuba memecahkan kubu Greece pada pertemuan terakhir kumpulan meskipun pembantunya menasihati beliau memasukkan Gonzalo Higuain. Palermo membalas kepercayaan dengan menjaringkan gol kedua Argentina, hanya beberapa minit selepas dimasukkan.


Nasihat Maradona kepada Palermo sebelum masuk ke padang amat mudah: “Pergi masuk. Menangi perlawanan ini untuk saya.” Corak Maradona itu jauh berbeza dengan taktikal pintar Carlos Bilardo yang mementingkan keputusan ketika mengemudi Argentina muncul juara Piala Dunia 1986. Malah, cara Maradona juga berbeza dengan falsafah dan versi romantik diperkenal jurulatih perokok tegar, Cesar Menotti ketika memimpin negara itu menjulang takhta, lapan tahun sebelum itu.


Ketika Maradona diberi tugasan mengemudi Argentina, Bilardo dibawa masuk membantunya daripada segi taktikal. Tetapi, mereka tidak sebulu dan walaupun kedua-duanya berada di Piala Dunia, Maradona dikatakan keberatan mendengar nasihat Bilardo.


Sama ada pendekatan Maradona berhasil membantu Argentina mengendurkan strategi menarik Jerman pada suku akhir hujung minggu ini belum dapat dipastikan. Namun, ia meresahkan seluruh Argentina.


Justeru, ketika ditanya seorang wartawan Argentina selepas kemenangan 3-1 ke atas Mexico, Ahad lalu, bagaimana beliau akan menghadapi pasukan Jerman, Maradona pantas berkata: “Biarkan saya menikmati kemenangan ini. Kenapa susah payah untuk memikirkan soal Jerman? Bagaimana jika anda sendiri menamakan pemain yang Anda inginkan

pakat kepung ramai-ramai

ERASMIA: Jerman mengenal pasti Lionel Messi sebagai penjana gerakan dan merubah corak persembahan Argentina yang mereka tewaskan menerusi sepakan penalti di suku akhir Piala Dunia empat tahun lalu.

Pemain tengah Jerman, Sami Khedira berkata, hanya kerjasama sepasukan mampu mengawal pemain yang digelarnya “pemain terbaik di dunia” apabila kedua-dua pasukan bertemu di Cape Town, Sabtu ini.

“Anda tidak boleh memaksa dia berdiam diri di sepanjang perlawanan dan perlu mengekang pemain ini secara berpasukan,” kata Khedira.


Biarpun Messi masih belum menjaringkan gol pada kejohanan ini, kehebatannya begitu menyerlah.


Khedira memandang serius kebolehan pemain Argentina itu menghasilkan jaringan selepas menyaksikan Messi melakukannya ketika beraksi bersama Stuttgart menentang Messi yang beraksi untuk Barcelona di saingan Liga Juara-Juara.


Messi menjaringkan dua gol dan mencipta dua lagi peluang ketika Barcelona menang 4-0 ke atas Stuttgart dan layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 5-1.


Penyerang Jerman, Miroslav Klose yang dijangka beraksi pada perlawanan antarabangsa ke-100 pada pertemuan itu menjangkakan kedua-dua pasukan bakal mengulangi pertemuan sengit 2006 sehingga pergelutan itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan penalti.


“Saya sedar mereka mampu membalas dendam aksi 2006, tetapi pasukan kali ini berbeza. Messi ketika itu di bangku simpanan,” kata Klose. “Kami juga sudah banyak berubah. Jika dilihat pada nama pemain, Argentina ada kelebihan di atas kertas.


“Tetapi segala-galanya diputuskan di atas padang. Ia berkaitan bagaimana anda bertindak sebagai satu pasukan.” Klose menjaringkan dua gol di kejohanan ini dan berkongsi di kedudukan keempat senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan Pele selepas mengumpul 12 jaringan.


Klose adalah pemain paling tua Jerman dan negara itu membariskan pemain kedua paling muda di Piala Dunia kali ini, tetapi penyerang itu tetap percaya mereka mampu menjadi lebih baik untuk mengulangi kejayaan suku akhir 2006.


“Kami memiliki keseimbangan usia muda dan berpengalaman, malah kami ada kualiti untuk menewaskan Argentina,” kata Bayern Munich berusia 32 tahun itu.


Thomas Muller kini mengetuai senarai penjaring Jerman dengan tiga gol dan bintangnya makin menyinar biarpun baru berusia 20 tahun. Dia percaya kelemahan pertahanan Argentina mampu dieksploitasi penyerang Jerman.


Pertahanan Argentina, Martin Demichelis didakwanya mudah goyah, justeru Mueller dan Klose mampu menggunakan kelemahan rakan sepasukannya di Bayern itu.


“Serangan Argentina bertaraf dunia tetapi pertahanan mereka bermasalah sebagaimana ditunjukkan ketika berdepan Mexico,

Profil : Lionel Messi Yang Hebat





Tiga gol yang ditorehkan Messi kala melibas Atletico Madrid di ajang Copa Del Rey semakin melambungkan namanya sebagai pemain muda yang hebat dan penuh talenta.
Pertandingan leg pertama Copa Del Rey ini dimainkan di kandang Atletico Madrid dan disaksikan juga oleh legenda hidup Diego Maradona. Mungkin juga karena disaksikan oleh sang idola, permainan Messi semakin menggila.
Ketiga gol yang diciptakan Messi masing-masing terjadi di menit ke 12, 57 (via penalti) dan 80. Satu gol hiburan dari Atletico disumbangkan oleh Tomas Ujfalusi di menit ke 69, sehingga skor akhir menjadi 1-3.

Leg kedua Copa Del Rey akan dimainkan pada 14 Januari 2009 mendatang di kandang Barcelona.
Berikut ini biodata singkat dari Lionel Messi :
Nama Lengkap : Lionel Messi
Tempat Tanggal Lahir : Argentina, 24 Juni 1987
Umur : 21 tahun (masih muda banget ya…)
Tinggi : 169 cm
Berat : 67 kg
Nomor punggung : 10
Statistik di Liga Primera musim ini (hingga tulisan ini dibuat) :
Main : 14 kali
Gol : 10
Assist : 6

Cabaran baru bermula

JOHANNESBURG: Juara lima kali Brazil menganggap cabaran sebenar Piala Dunia baru bermula.

Selepas layak ke suku akhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Chile semalam, jurulatih Dunga dan barisan pemainnya sedar cabaran sebenar bakal menanti mereka apabila turun menentang Belanda Jumaat ini.

“Kami tahu Belanda sukar dijinakkan. Corak permainan mereka sama dengan bola sepak Amerika Selatan. Mereka tidak hanya bertahan dan bergantung kepada hantaran bola jauh. Mereka mempunyai kualiti teknikal dan kami perlu bersedia menghadapinya. Belanda pasukan mantap,” kata Dunga.


Hingga kini, Brazil tidak begitu dicabar di Afrika Selatan.


Mereka mudah memenangi Kumpulan G dengan menewaskan Korea Utara 2-1, Ivory Coast 3-1 dan seri 0-0 dengan Portugal. Brazil kemudian bertemu Chile yang tidak pernah menewaskan mereka sejak beberapa tahun lalu. Chile tidak banyak mengancam kubu Brazil pada perlawanan di Ellis Park dan juara lima kali itu mudah melangkah ke pusingan seterusnya.


“Ini adalah pertembungan membabitkan dua pasukan tradisi yang mempunyai pemain hebat,” kata kapten Brazil, Lucio. “Mulai sekarang perlawanan akan bertambah sukar.” Walaupun Belanda tidak memiliki banyak gelaran, mereka menjadi antara pasukan handalan di pentas antarabangsa sejak bertahun-tahun lalu. Belanda mencipta keputusan memberangsangkan di Piala Dunia kali ini dengan memenangi semua perlawanan, menundukkan Denmark, Jepun, Cameroon dan yang terakhir, Slovakia, 2-1 pada saingan pusingan kedua di Durban. Belanda tidak pernah kalah dalam 23 perlawanan.


“Perlawanan ini pasti klasik,” kata Robinho yang menjaringkan gol pertama di Piala Dunia dalam perlawanan dengan Chile. “Pertemuan itu nanti ibarat final.” Pemain pertahanan, Juan dan penyerang Luis Fabiano turut menjadi penjaring untuk memastikan kemenangan Brazil Isnin lalu, kemenangan kelapan berturut-turut ke atas lawan dari Amerika Selatan itu.

Tuah milik Paraguay

PRETORIA: Paraguay mencipta sejarah melangkah ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas mengecewakan Jepun menerusi sepakan penalti 5-3 apabila kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol selepas 120 minit beraksi.


PUAS...pemain Paraguay meraikan kejayaan selepas tamat perlawanan.
Pada penentuan sepakan penalti, pemain Paraguay, Edgar Barreto, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Nelson Haedo Valdez dan Oscar Cardozo tidak berdepan masalah menyempurnakan tugas mereka manakala pemain pertahanan Jepun, Yuichi Komano menjadi punca kekalahan pasukannya apabila sepakan penaltinya terkena palang gol selepas Yasuhito Endo, kapten Makoto Hasebe dan Keisuke Honda berjaya melaksanakan tugas masing-masing.

Aksi kedua-dua pasukan bermula perlahan pada babak pertama apabila penonton yang membanjiri Stadium Loftus Versfeld terpaksa menunggu selama 20 minit untuk menyaksikan gerakan bahaya pertama.


Paraguay yang tampil buat kali kelapan di pusingan akhir Piala Dunia terlebih dulu menguji kubu Jepun menerusi percubaan Barrios selepas berjaya memperdayakan pemain pertahanan, Komano sebelum melepaskan rembatan yang terkena kaki penjaga gol, Eiji Kawashima.


Dua minit selepas itu, skuad Jepun yang dibimbing Jurulatih Takeshi Okada tidak berdiam diri apabila hampir membuka jaringan namun rembatan deras Daisuke Matsui dari luar kotak penalti terkena palang ketika penjaga gol Paraguay Justo Villar sudah tertewas.


Paraguay yang mengekalkan penguasaan bola sebanyak 64 peratus berbanding Jepun kecewa apabila pemain Manchester City, Roque Santa Cruz mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Peluang yang terhidang di sepangjang perlawanan gagal disempurnakan dan kedua-dua pasukan terpaksa berputih mata apabila gagal menghasilkan jaringan pada masa tambahan sekali gus menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang memihak kepada Paraguay dengan keputusan 5-3 selepas Komano yang mengambil sepakan penalti ketiga Jepun gagal menyempurnakan sepakan itu.


Paraguay akan bertemu Sepanyol atau Portugal pada peringkat lapan pasukan terakhir Ahad in

Evergreen goalkeeper

Penjaga gol

Orang yang menjadi benteng terakhir bagi sebuah pasukan adakala akan menjadi penyelamat atau pemusnah segala impian. Dalam tempoh 10 tahun ini telah dianggap sbg perkembangan terbaik bagi penjaga gol, dengan melahirkan ramai bintang-bintang besar. Penjaga gol kini tidak hanya memerlukan pengalaman, tetapi juga teknik serta keyakinan diri yang tinggi.

10. Lee Won Jae (Korea Selatan)

Tarikh lahir: 26 Apr 1973, Cheongju, Korea Selatan

Kejayaan: Pasukan asia pertama mendapat tempat ke-4 dalam piala dunia 2002 di tempat sendiri (Korea Selatan)

9. Jens Lehmann (Jerman, Leverkursen, Arsenal)

Tarikh lahir : 10 Nov 1969, Essen Jerman

Kejayaan: Tempat ke-3 piala dunia 2006 (Jerman), Naib juara liga juara-juara eropah 2006 (Arsenal)

8. Ricardo Pereira (Portugal, Real betis)

Tarikh lahir: 11 Feb 1976, Montijo Portugal

Kejayaan: Naib juara Euro 2004, tempat ke-4 dalam piala dunia 2006 (Portugal)

7. Edwin Van Der Sar (Belanda, Manchester United)

Tarikh lahir :29 Okt 1970, Belanda

Kejayaan: Tempat ke-4 piala dunia 1998, separuh akhir Euro 2000 (Belanda). Juara liga juara-juara eropah 2008 (Manchester United)

6. Peter Shemeichel (Denmark, Manchester United)

Tarikh lahir: 18 Nov 1963, Denmark

Kejayaan: Suku akhir piala dunia 1998 (Denmark). Johan liga juara-juara eropah 1999 (Manchester United)

5. Dida (Brazil, AC MIlan)

Tarikh lahir: 7 Okt 1973 Bahia Brazil

Kejayaan: Juara piala dunia 2002, suku akhir piala dunia 2006 (Brazil). Juara liga juara-juara eropah 2003 & 2007 (AC Milan)

4. Iker Cassilas (Sepanyol, Real Madrid)

Tarikh lahir: 20 Mei 1981, Sepanyol

Kejayaan: Suku akhir piala dunia 2002. Johan Euro 2008 (Sepanyol). Juara liga juara-juara eropah 2000 & 2002 (Real Madrid)

3. Fabien Barthez (Perancis, Manchester United)

Tarikh lahir: 28 Jun 1971, Lavelanet, Perancis

Kejayaan: Juara piala dunia 1998. Naib juara piala dunia 2006. Johan Euro 2000 (Perancis)

2. Gianluigi Buffon (Itali, Juventus)

Tarikh lahir: 28 Jan 1978, Itali

Kejayaan: Juara Piala dunia 2006 (Itali). Naib juara liga juara-juara eropah 2003 (Juventus)

1. Oliver Kahn (Jerman, Bayern Munich)

Tarikh lahir: 15 Jun 1969, Jerman

Kejayaan: Naib juara piala dunia 2002 (Jerman). Juara liga juara-juara eropah 2001. Naib juara liga juara-juara eropah 1999. (Bayern Munich)

Kahn dipilih sebagai penjaga gol terbaik kerana telah menjadi perintis kepada era penjaga gol zaman moden. Walaupun tidak memenangi piala dunia, namun persembahannya di piala dunia 2002 telah membuka mata pemerhati bola sepak bahawa pemain terbaik juga mampu lahir drp posisi penjaga gol. Penjaga gol pertama memenangi anugerah pemain terbaik piala dunia 2002, serta menyelamatkan penalti untuk final liga juara-juara 2001. Beliau pasti kekal dalam ingatan peminat bola sepak.

Perlawanan Persahabatan ATM 0 - 3 Kelantan

Perlawanan Persahabatan ATM VS Kelantan yang diadakan pada malam tadi berkesudahan ATM 0 - 3 Kelantan. Jaringan gol Kelantan dihasilkan oleh 2 gol jaringan Indra Putra dan 1 gol jaringan Akmal. Kehadiran penyokong Kelantan lebih 200 orang.

Selasa, 29 Jun 2010

Tevez cemerlang julang Argentina

JOHANNESBURG: Pemain terbaik perlawanan, Carlos Tevez bingung mengapa dia dikeluarkan jurulatih Diego Maradona selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu Argentina meneruskan rentak tanpa kalah pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Soccer City.

Bintang Manchester City itu menjaringkan gol bagi mengesahkan juara dunia dua kali itu membelasah Mexico 3-1 dan mara ke suku akhir.

Argentina akan beraksi pada pertembungan paling menarik di suku akhir berdepan Jerman, menewaskan musuh tradisi England 4-1 di Bloemfontein, kelmarin.


Perlawanan itu juga memperlihatkan kehebatan Tevez yang melepaskan rembatan cantik dari luar kotak penalti pada minit ke-52, gagal digapai penjaga gol Mexico Oscar Perez.


Begitupun, jaringan pembukaan Tevez pada minit ke-26 diselubungi kontroversi.


Dia tidak dikawal menerima hantaran Lionel Messi dan melepaskan rembatan dari jarak dekat yang gagal ditampan Perez.


Pemain Mexico bersungguh-sungguh membantah jaringan itu kerana mendakwa Tevez berada di posisi ofsaid, dan dakwaan mereka itu terbukti benar selepas ulang tayang rakaman video menunjukkan Tevez ofsaid, tetapi pengadil Itali Roberto Rosetti membenarkan jaringan itu selepas berbincang dengan penjaga garisan.


Bagaimanapun sejurus selepas Tevez menjaringkan gol kedua, dia dikeluarkan oleh Maradona menerima tepukan daripada 84,377 penonton yang membanjiri stadium.


“Saya perlukan perlawanan sebegitu untuk membuktikan saya sedia dan cergas, saya bangga menyarung jersi ini,” kata Tevez.


“Saya bersaing dan berasa berada di tahap yang baik tetapi saya tidak faham mengapa ditukarkan.


“Saya tidak menerima banyak hantaran, tetapi begitu juga pemain lain.” Prestasi kemuncak Tevez yang digandingkan dengan kreativiti pemain terbaik dunia, Messi dan pendahulu senarai penjaring Piala Dunia kali ini, Gonzalo Higuain dengan empat gol membuktikan mengapa Argentina mempunyai potensi besar ketika menyerang dan tergolong antara pasukan pilihan untuk menjulang trofi itu tahun in

DUA MISI JEPON

PRETORIA: Jepun mungkin tidak mempunyai peluang sebaik ini bagi mengakhiri rekod mengecewakan pasukan Asia setiap kali bertemu pasukan Amerika Selatan di Piala Dunia apabila turun menentang Paraguay pada pusingan kedua di Pretoria, malam ini.

Pasukan Asia hingga kini belum berjaya menewaskan skuad dari Amerika Selatan di Piala Dunia. Dalam 10 pertemuan antara kedua-dua benua, Amerika Selatan menang lapan perlawanan dan dua lagi seri, Korea Utara seri 1-1 dengan Chile pada 1966 dan Korea Selatan seri tanpa jaringan ketika menentang Bolivia pada 1994.

Bagaimanapun, prestasi hebat Jepun di peringkat kumpulan kali ini mencerahkan harapan mengakhiri badi berkenaan sekali gus mengesahkan tiket skuad matahari terbit itu ke suku akhir buat pertama kali.


Meskipun Paraguay mengungguli kumpulan disertai juara dunia Itali, Slovakia dan New Zealand, mereka gagal mempamerkan aksi menyerang seperti diharapkan walaupun menyenaraikan penyerang hebat seperti Roque Santa Cruz, Lucas Barrios dan Nelson Valdez.


Jepun sebaliknya menjadi tumpuan kejohanan ini dengan corak serangan bertali arus dan kehebatan penyudahan set-piece.


Selepas menjinakkan Denmark, 3-1 pada perlawanan terakhir kumpulan, penyerang Keisuke Honda yang menjaringkan gol menerusi sepakan percuma daripada jarak 30 meter kini berazam membawa pasukannya ke suku terakhir.


“Bagi saya dan pasukan, perlawanan berikut lebih penting kerana kami mahu membuktikan kepada rakyat Jepun bahawa tiada yang mustahil,” katanya.


Jepun turut membuktikan kepada pasukan lain di Piala Dunia tidak mustahil melakukan jaringan menerusi sepakan percuma menggunakan bola Jabulani yang didakwa sukar dikawal.


Honda dan Yasuhito Endo berjaya melakukan jaringan itu pada pertemuan menentang Denmark dan pemain pertahanan, Tulio yang mengakui dirinya kembali cergas selepas perlanggaran dengan pemain Denmark berkata, Jepun boleh memanfaatkan kehebatan set-piece mereka sekali lagi.


“Paraguay pasti cuba sebaik mungkin mengecewakan kami. Setiap gol kini lebih berharga dan kami perlu terus berwaspada. Kami perlu pelbagaikan set-piece untuk mengejutkan mereka,” katanya.


Paraguay pastinya gembira menghasilkan gol menerusi cara apa pun ketika ini selepas seri tanpa jaringan dengan New Zealand dalam perlawanan terakhir kumpulan yang membuktikan mereka kebuntuan jaringan. Pertahanan, Julio Cesar Caceres berkata Paraguay tidak berpuas hati dengan hanya mara ke pusingan kedua kerana mereka mereka pernah melakukannya sebanyak tiga kali sebelum ini

“Kami gembira kerana melepasi pusingan pertama tetapi objektif kami ialah mencatat sejarah dan perlawanan menentang Jepun penting,” katanya. “Kami mampu menghasilkan permainan terbaik. Jepun adalah pasukan yang pantas dan kami perlu memikirkan secara terperinci untuk mencari jalan menewaskan mereka

marakah argentina ke final

Cukup berpeluang. Asal pertahanan diperketat dan alur serangan tidak selalu dimulai dengan gocekan maut Lionel Messi. Oya, lawan Anda (Spanyol, Jerman, Portugal), tidak mungkin ketemu Argentina di final. Kalau Jerman lolos, ketemu di perempatfinal. Kalau Spanyol atau Portugal lolos ketemunya di semifinal. Kalau sampai Jerman lolos (menang lawan Inggris), kemungkinan Argentina mengecil karena Jerman lebih stabil. Kalau Inggris yg lolos, Argentina lebih berpeluang.
Untuk juara, sulit kalau ketemu Brazil di final. Berdoa aja Brazil kalah sama Belanda yang sejarahnya hampir selalu bisa dijinakkan Tango. Atau sampai final saja sudah menang kan dari lawan2 Anda?

Menunggu Gol dari Torres

Beritabola.com Cape Town - Kala tandemnya, David Villa, sudah mencetak tiga gol, Fernando Torres malah belum mencetak gol sama sekali. Maka, gol dari penyerang Spanyol itu pun ditunggu-tunggu.

Sejauh ini Torres sudah dimainkan sebanyak tiga kali, dengan total waktu

van persie geram...

Beritabola.com Durban - Robin van Persie menunjukkan gestur tidak puas ketika ia ditarik keluar oleh pelatih Bert Van Marwijk. Sang pelatih tak menyalahkan anak buahnya dan bisa menerima sikap tersebut.

Kejadian itu berlangsung dalam laga antara Belanda kontra Slovakia,

langkah sumbang chile

Beritabola.com Johannesburg - Marcelo Bielsa sudah berhasil mengubah Chile kembali tangguh. Tapi itu saja belum cukup saat menghadapi Brasil yang diakui Bielsa punya kelas jauh di atas timnya. Langkah Chile di Piala Dunia 2010 terhenti sampai babak 16 besar. Di babak itu