KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 8 Mac 2011

Chamakh menggayakan snood untuk kali terakhir


Mario Balotelli dan Marouane Chamakh menggayakan snood untuk kali terakhir.

Ia menyebabkan debat, kemarahan dan akhirnya, snood telahpun diharamkan.
 
Badan pengelola bola sepak membuat keputusan bijak apabila mengarahkan pemain untuk tidak menggunakan pemanas leher yang mula muncul dengan kerap di Liga Perdana musim ini.
 
Lembaga Bola Sepak Antarabangsa yang bermesyuarat di Celtic Manor, Wales, bersetuju untuk mengaktifkan peraturan yang mengharamkan snood…dengan serta-merta.
 
Jadi pemain Manchester City, Mario Balotelli dan Arsenal, Marouane Chamakh, yang mengenakan aksesori fesyen tersebut semalam ketika keputusan itu diumumkan, harus bersedia menghadapi angin sejuk dalam minggu mendatang.
 
Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata: "Snood bukan sebahagian dari pakaian dan ia boleh jadi bahaya, ia nampak seperti menggantung seseorang. Keputusan itu dibuat sebulat suara. Malah tiada perbincangan langsung tentangnya kerana ia bukan sebahagian uniform bola sepak."

Shakhtar ada misi peribadi




DARIJO SRNA (kanan) dan Dmytro Chygrynskiy meraikan kejayaan Shakhtar menewaskan Roma 3-2 bulan lalu.


DONETSK - Kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk ada misi peribadi yang perlu dilaksanakan pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara bertemu AS Roma di Stadium Donbass Arena awal pagi esok.
Selepas berjaya mencatat kemenangan 3-2 pada aksi pertama pada 16 Februari lalu, Shakhtar yang kini dibimbing Mircea Lucescu tidak mahu menoleh ke bela- kang lagi.
Ini kerana, anak-anak buah Lucescu itu sudah bertekad untuk mara ke peringkat suku akhir pada kejohanan paling berprestij di Eropah itu.
Bagaimanapun, Lucescu tetap mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak terus di- buai mimpi dengan kemena- ngan pada aksi pertama itu.
Sebaliknya, beliau menuntut barisan pemainnya meningkatkan prestasi masing-masing bagi memastikan kelab itu mara ke kelompok lapan pasukan terbaik musim ini.
"Ada di kalangan pemain saya yang dilihat beraksi dengan sambil lewa pada aksi pertama dan ia tidak boleh berlaku sekali lagi pada aksi kedua nanti.
"Aksi kedua sudah pasti- nya akan menjadi suatu yang berbeza daripada aksi pertama. Roma pastinya tidak akan beraksi secara bertahan kerana mereka perlu mencari gol awal sele- pas ketinggalan satu gol jika dibandingkan dengan kami (Shakhtar).
"Namun, kami juga tidak akan membiarkan Roma menguasai perlawanan kerana kami cukup bersemangat untuk mencatat kemenangan. Hanya dengan kemenangan sahaja dapat menjamin kejuaraan yang sudah lama kami impikan," jelas Lucescu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Roma, Gian Paolo Montali optimis dengan kemampuan kelab itu mara ke peringkat suku akhir berdasarkan persembahan yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian jurulatih baru, Vincenzo Montella.
"Kami (Roma) gembira dengan aksi yang dipamerkan para pemain sejak berada di bawah kendalian Montella.
"Kami memiliki jurulatih yang berkredibiliti tinggi bagi menggarap ramuan terbaik untuk menewaskan Shakhtar dan saya yakin dia mampu memberikan impak yang besar kepada kami," kata Montali.

Benteng Barca pincang



KEITA menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol, Ahad lalu.


BARCELONA - Barcelona menghadapi kebimbangan di posisi pertahanan apabila berdepan Arsenal pada aksi kedua pusingan kedua Liga Juara- Juara di Stadium Nou Camp awal pagi esok.
Situasi itu disuarakan sendiri pemain tengah Barcelona, Seydou Keita yang menganggap masalah tersebut cukup besar untuk dihadapi pasukan berkenaan pada aksi penting nanti.
Keita yang menjaringkan gol tunggal Barcelona ketika menewaskan Zaragoza 1-0 pada aksi Liga Sepanyol awal pagi Ahad lalu kini mahu mengalih tumpuan untuk aksi bertemu Arsenal setelah tewas 1-2 di Emirates.
"Bertemu Arsenal, kami perlu tampil dengan mentaliti yang kuat kerana ini mungkin akan menjadi perlawanan paling penting kami bagi musim ini.
"Kunci utama kejayaan adalah menghalang Arsenal daripada menja- ringkan gol kerana saya yakin Lionel Messi, David Villa dan Pedro Rodri- guez akan mengemudi jentera serangan," kata Keita.
Begitupun, kelab Catalan itu dijangka berdepan masalah apabila pemain utama di posisi pertahanan tengah, Gerard Pique digantung perlawanan manakala Carles Puyol mengalami kecederaan.
Keita yang mungkin akan bermula dari bangku simpanan dengan jentera tengah Barcelona dikemudi Xavi, Andres Iniesta dan Sergio Busquets menjangkakan satu perlawanan sengit.
"Ia bakal menjadi satu perlawanan yang berbeza kerana Arsenal akan tampil ke sini kali ini dengan lebih pe- ngalaman dan juga idea-idea baru untuk berdepan kami.
"Namun, kami telah mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga domes- tik musim ini dan itu telah membuat- kan kami mampu tampil dengan begitu yakin untuk saingan Eropah ini," jelas- nya.
Musim lalu, Barcelona dan Arsenal turut bertemu tetapi pada peringkat suku akhir.
Arsenal berjaya mengikat Barcelona di laman sendiri tetapi dibelasah 1-4 di Nou Camp dengan kesemua empat jaringan tersebut adalah menerusi ledakan Messi.

Kekalkan momentum - Dalglish



KUYT (kiri) meledakkan hatrik ketika membantu Liverpool menewaskan Manchester United 3-1 di Anfield kelmarin.


LONDON - Kenny Dalglish menggesa Liverpool untuk mengekalkan momentum selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas Manchester United di Anfield pada aksi saingan Liga Perdana England kelmarin.
Pengurus Liverpool itu berkata, tidak mustahil skuad The Redsakan menamat- kan saingan musim ini dalam kelompok teratas sekiranya mampu mengekalkan prestasi yang dipamerkan ketika menewaskan pendahulu liga tersebut.
Selepas bergelut dengan prestasi tidak menentu pada awal musim ini, sekali gus menyaksikan Roy Hodgson dipecat selaku pengurus, Liverpool akhirnya kembali bangkit dan menunjukkan 'taring' mereka yang sebenarnya.
Dalglish yang dilantik bagi mengganti- kan tempat dikosongkan Hodgson pada Januari lalu adalah individu yang paling gembira dengan kemenangan itu.
Terutamanya selepas menyaksikan percaturan menggandingkan bintang Uruguay, Luiz Suarez dengan penyerang Belanda, Dirk Kuyt di posisi serangan.
Percaturan itu ternyata telah membuahkan hasil yang cukup 'lumayan'.
"Semua orang yang menyokong Liverpool selama ini pastinya telah melalui hari yang paling hebat. Aksi cemerlang pemain-pemain, sikap, komitmen dan sema- ngat juang yang tinggi untuk kelab adalah kunci kejayaan kami (Liverpool).
"Kuyt berjaya melakukan hatrik dan namanya kini menjadi sebutan manakala Suarez pula tampil dengan aksi yang cukup hebat. Namun, pemain-pemain lain juga tidak kurang hebatnya dan itu tidak boleh dipersoalkan lagi.
"Semua pemain tahu apa yang mereka mahukan sebelum perlawanan bermula ;agi dan mereka berjaya merealisasikannya dengan baik sekali," jelas Dalglish sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Pada aksi yang berlangsung di Anfield itu, Kuyt membuktikan kualitinya sebagai penyerang apabila melakukan hatrik menerusi jaringannya pada minit ke-34, 39 dan 65.
United pula memperoleh gol sagu hati menerusi pemain gantian, Javier Hernan- dez yang masuk menggantikan pemain sayap, Nani pada lewat babak perlawanan.