KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 22 September 2010

The Chance cungkil bakat baru bola sepak


RAJAGOBAL (tiga dari kiri) dan pembantunya, Aminuddin Hussin berbincang dengan beberapa pemain yang mengikuti sesi pemilihan program The Chance di Bukit Jalil, Sabtu lalu.


JENAMA sukan terkenal, Nike Malaysia merasmikan program yang diberi nama The Chance bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan bola sepak.

Ia merupakan sebuah program yang bakal memberi peluang buat pemain-pemain remaja negara menimba pengalaman menjalani latihan bersama akademi bola sepak Nike yang turut mendapat sokongan daripada Liga Perdana England.

Program pencarian bakat baru itu dijangka mampu menarik perhatian lebih daripada 500 pemain-pemain remaja untuk mencuba nasib bagi menjalani latihan di bawah kendalian pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Majlis perasmian program tersebut telah dilancarkan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Sabtu lalu dan jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal telah dilantik sebagai ketua panel pemilihan pemain.

"Program seperti ini sudah pastinya merupakan satu perkembangan positif terhadap pembangunan sukan bola sepak Malaysia.

"Ia memberi peluang buat pemain-pemain muda membuktikan keupayaan mereka pada peringkat yang lebih tinggi.

"Saya mengucapkan tahniah kepada Nike kerana mereka sentiasa membantu negara melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkualiti menerusi program dari peringkat akar umbi," jelas Rajagobal.

Sesi pemilihan pemain akan dijalankan di tiga venue berbeza iaitu di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Kuantan, Pahang (22 September), Sony Complex, Seberang Prai, Pulau Pinang (25 September) dan Padang Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru pada 29 September ini.

Menerusi sesi pemilihan tersebut, hanya seorang pemain yang layak akan dipilih bagi mewakili Malaysia bagi bersaing dengan pemain-pemain lain daripada seluruh pelosok dunia di London nanti.

"Nike sentiasa memandang serius dalam usaha memberi peluang kepada pemain-pemain tempatan mendapat pendedahan secukupnya di bawah kendalian salah seorang jurulatih terbaik dunia bagi meningkatkan lagi prestasi permainan mereka.

"Program The Chance merupakan landasan terbaik kepada pemain-pemain muda tempatan bagi membuktikan yang mereka layak untuk bersaing diperingkat yang lebih tinggi," kata Pengurus Pemasaran Nike Malaysia,

Pengurus Liverpool dikritik



HODGSON masih belum dapat mengaplikasi sepenuhnya corak permainan yang mahu
diterapkan dalam skuad Liverpool.


LONDON - Daniel Anger secara terbuka mengkritik corak permainan yang diterap- kan oleh pengurus baru Liverpool, Roy Hodgson.

Menurut tonggak pertahananThe Reds itu, dia lebih gemar melakukan hantaran bola secara pendek, sebaliknya Hodgson mahu para pemainnya sentiasa menghantar bola dari jauh.

"Hodgson mempunyai prinsip yang mana pemain-pemain perlu melakukan hantaran bola jauh ketika menyerang dan menukar corak tersebut apabila bola berada di kawa- san pertahanan.

"Namun, saya tidak akan sesekali menjadi pemain yang sentiasa mahu melakukan hantaran jauh setiap kali bola berada di kaki saya," jelasnya.

Kritikan daripada tonggak pertahanan antarabangsa Denmark itu hadir selepas dia diketepikan oleh Hodgson dalam dua perlawanan sebelum ini.

Hodgson lebih cenderung meletakkan Martin Skrtel dan Jamie Carragher beraksi di posisi pertahanan tengah.

"Sama ada dia (Hodgson) menurunkan saya ataupun tidak, semuanya akan berubah mengikut waktu.

"Begitupun, saya tidak akan berputus asa. Saya akan kembali bersaing bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Liverpool.

"Biarpun corak permainan kami telah berubah tetapi saya tidak akan mengikut- nya seratus peratus," tambah Anger.

Ahad lalu, Anger hanya dimasukkan kira- kira perlawanan masih berbaki lapan minit ketika Liverpool tewas 2-3 di tangan Manchester United di Old Trafford

Barca buru kemenangan sulung di Nou Camp


MESSI terbaring selepas dikasari pemain pertahanan Atletico Madrid, Tomas Ujfalusi pada aksi Liga Sepanyol di Vicente Calderon, Ahad lalu. Barcelona menang 2-1.


MADRID - Penyandang juara, Barcelona memburu kemenangan sulung di gelanggang sendiri musim ini apabila melayan kunjungan Sporting Gijon di Nou Camp awal pagi esok.

Sebelum ini, Barca dikejutkan dengan kekalahan 0-2 di tangan pendatang baru, Hercules pada aksi sulung mereka di tempat sendiri.

Bagaimanapun, anak-anak buah Pep Guardiola itu kembali bangkit apabila menewaskan Panathinaikos 5-1 dalam saingan Liga Juara-Juara sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Atletico Madrid, Ahad lalu.

Namun, Barcelona yang kini menduduki tangga keenam liga terpaksa melupakan seketika khidmat penyerang sensasi mereka, Lionel Messi yang mengalami kecederaan di bahagian buku lali kaki kanannya.

"Kami gembira apabila berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Atletico tetapi se- patutnya keputusan pada perlawanan tersebut berkesudahan dengan jaringan 5-1 jika dikira ter- hadap peluang yang kami miliki.

"Begitupun, kami sudah pasti akan merasai kehilangan khidmat Messi yang kini mengalami kecederaan.

"Seharusnya pengadil perlu melindu- ngi semua pemain dan bukannya Cristiano Ronaldo (Real Madrid) seorang sahaja," jelas Guardiola.

Dengan ketiadaan Messi, kini Guardiola mengharapkan ketajaman penyudah berbisa daripada penyerang antarabangsa Sepanyol, David Villa bagi merobek gawang gol pihak lawan.

Pertemuan menentang Sporting Gijon sudah pastinya suatu yang istimewa buat Villa yang mana dia bakal berdepan kelab pertamanya itu sebe- lum menempa nama bersama Valencia dan kini Barcelona

Amaran buat City, Arsenal


MALOUDA (kiri) bersama rakan-rakan sepasukannya meraikan kejayaan membenam Blackpool 4-0 di Stamford Bridge kelmarin.


LONDON - Pemain sayap Chelsea, Florent Malouda mula memberi amaran kepada Manchester City dan Arsenal.

Ini kerana, Malouda percaya kedua-dua kelab tersebut bakal menjadi mangsa Chelsea yang seterusnya.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memulakan saingan Liga Perdana England musim ini dengan mencipta lima kemenangan berturut-turut dan merekodkan 21 gol.

Terbaru, Chelsea berjaya mencatatkan kemenangan bergaya 4-0 ke atas Blackpool di Stamford Bridge kelmarin.

Justeru, Malouda yang juga merupakan pemain sayap antarabangsa Perancis, optimis Chelsea mampu meneruskan rentak kecemerlangan mereka ketika ini.

"Banyak pihak tidak percaya kami mampu melakarkan kejayaan seperti itu kerana bagi mereka, kami hanya berdepan kelab-kelab yang lemah.

"Namun, pertemuan dengan City dan Arsenal nanti pasti akan membuktikan keupayaan sebenar kami dan menunjukkan yang kami sentia- sa bersedia untuk berdepan dengan mana-mana sekalipun.

"Ia sekali gus bakal membuktikan betapa kami sememangnya berhak muncul selaku juara liga musim lalu dan sudah pasti kami akan memper- tahankan kejuaraan tersebut," jelas Malouda.

Chelsea dijadual berdepan City di Stadium of Manchester, Sabtu ini sebelum melayan kunjungan Arsenal di Stamford Bridge pada 3 Oktober depan