KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 1 Julai 2010

Hashim Mustapha Bakal Menjadi Ketua Jurulatih Kelantan

Hashim Mustapha boleh dinobatkan lagenda bolasepak Kelantan zaman berzaman dan pernah menjadi idola semua peminat bolasepak tanahair dek kerana kelincahan dan kehebatan dalam memanfaatkan peluang gol. Zaman kegemilangan beliau di Kelantan tidak sehebat namanya kerana Kelantan gagal mencapai sebarang kejayaan membanggakan kecuali hanya layak ke separuh akhir pada zamannya.

Namun beliau kekal antara pemain paling kerap merangkul status Kasut Emas selaku penjaring terbanyak untuk beberapa musim. Ketika di temuramah TRW Radio oleh DJ Big E, beliau sempat berkongsi saat kemanisannya bersama Kedah merangkul Piala dan diraikan oleh ribuan rakyat Kedah yang menyambut kepulangan pemain-pemain kesayangan mereka, seperti kata beliau tidak dapat bayangkan pada waktu itu, rakyat Kedah memenuhi dari Lapangan Terbang hingga ke jalan-jalan utama seluruh Alor Star dan daerah di Kedah. Keseronokan ini tidak dapat dikecapi oleh beliau sewaktu menyarung jersi di Kelantan.

Dengan tekad dan semangat tanpa segan Hashim berjanji akan membawa kemeriahan ini untuk bumi Kelantan tercinta walaupun kini beliau hanya mampu memerhati ditepi padang sahaja. Namun selagi diberi kepercayaan oleh Tan Sri Annuar Musa dan KAFA, beliau akan berusaha merealisasikan impiannya dan seluruh rakyat Kelantan untuk memiliki mana-mana piala pada tahun ini atau pada masa depan. Cita-cita ini wujud sejak mula beliau mengenali bolasepak dengan sepakan pertama sewaktu kecil lagi. Beliau juga turut yakin dan bersedia sekiranya diberi peluang untuk mendapat Sijil Kejurulatihan Kelas A yang melayakkannya memegang status Ketua Jurulatih Kelantan pada satu masa nanti, beliau yakin perebutan piala bukan lagi dikalangan pasukan Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Perlis lagi tapi sebaliknya Kelantan bakal menjadi gergasi utama yang sentiasa merangkul piala.

Beliau juga menasihati para peminat Kelantan untuk meletak keyakinan penuh kepada barisan muda pilihan ketua jurulatih B Sathinathan kerana barisan pilihan inilah yang bakal menjulang kejayaan bolasepak Kelantan di masa hadapan nanti. Kikis sifat cepat meletakkan kesalahan dan memandang remeh kepada barisan muda dengan gelaran dan sorakan yang menyakitkan hati pemain dan pengurusan pemain. Beliau amat bersyukur kerana prestasi Kelantan sekarang berada dalam keadaan baik dan yakin Kelantan akan memberi tentangan sengit hingga ke peluh terakhir untuk baki perlawanan yang ada dan perlawanan penting menentang Selangor. Kemampuan Kelantan dilihatnya bakal membantut kemaraan Selangor dalam menambah mata.

Beliau juga sempat berkongsi tips kehebatan dan ketepatan sasaran golnya dengan menceritakan bagaimana bajunya digantung didepan gol dan beliau akan cuba menyepak bola dari pelbagai sudut sehingga mengena bajunya sebagai sasaran. Latihan tubi yang konsisten perlu kerap dilakukan bagi sesiapa yang mengimpikan menjadi pemain yang hebat seperti yang dikecapinya sebelum ini. Sikap menerima kritikan dan komen daripada kawan sepasukan dan jurulatih perlu ada dikalangan pemain yang ingin berjaya kerana skil tidak bermakna sekiranya kita tidak dapat bermain sebagai satu pasukan.

Pemain yang meminati pasukan Brazil sejak berzaman lagi juga turut yakin pasukan kesayangannya Brazil dapat meneruskan rentak sebagai juara Piala Dunia 2010. Ketika ditanya berkenaan pemain yang diminatinya pada ketika ini, beliau dengan selamba menyatakan pasukan piala dunia sekarang kurang menonjolkan kualiti seorang pemain kerana masing-masing lebih menonjol sebagai satu pasukan yang mantap.

Pesanan beliau kepada seluruh penyokong Kelantan untuk terus berdiri teguh sebagai pemain ke 12 dan setia dalam memberi sokongan serta semangat kepada pasukan bagi merangkul sisa-sisa kejuaraan yang masih ada. Beliau amat teruja dengan sambutan penyokong Kelantan yang jauh berbeza dengan penyokong negeri lain dalam memenuhi stadium dan memberikan sokongan. Beliau pasti semangat ini akan terus berkekalan sehingga Kelantan dinobatkan antara pasukan juara di Malaysia.

Tahniah semua diatas kejayaan Kelantan ini.

Loew pilih Argentina

ERASMIA: Jurulatih Jerman, Joachim Loew menyifatkan Argentina sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia dan menyifatkan satu kesilapan jika percaya Lionel Messi sebagai satu-satunya pemain terbaik dalam pasukan Diego Maradona.

Loew berkata beliau menjangkakan perlawanan sengit apabila kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir Cape Town, esok.

“Argentina mempunyai banyak kekuatan. Mereka adalah satu daripada pilihan utama, mungkin pilihan untuk menjulang takhta Piala Dunia,” kata Loew. “Mereka mempunyai pertahanan kental dan barisan penyerang berwibawa. Bukan hanya Lionel Messi. Tapi, saya fikir kami sudah mengenal pasti beberapa aspek yang Argentina agak rapuh.” Bagaimanapun, beliau enggan memberikan maklumat terperinci.


Loew meramalkan yang perlawanan esok nanti akan menjadi tegang dan fizikal seperti mana dialami di peringkat kumpulan di Jerman, empat tahun lalu apabila tuan rumah itu mara ke separuh akhir menerusi penentuan penalti.


Perlawanan itu turut dicemari dengan pemain dan pegawai kedua-dua pasukan bertumbuk selepas penentuan penalti itu.


“Saya juga menjangkakan corak permainan menyerang,” kata Loew. “Argentina sebuah pasukan hebat yang boleh memberikan anda masalah dan mereka begitu klinik ketika menghukum kesilapan anda.” Pada penentuan sepakan penalti pada 2006, penjaga gol Jerman, Jens Lehmann mendapat maklumat pemain Argentina yang mengambil sepakan penalti dan arah sepakan penalti itu dilakukan.


Tapi situasi itu tidak sama seperti sekarang.


“Bila anda lihat berapa ramai pakar sepakan penalti yang mereka ada, maklumat itu tidak banyak membantu,” kata Loew.


Loew menyifatkan Maradona sebagai seorang yang “genius, pencetus fenomena' ketika beraksi dan menjadi idola kepada jutaan peminat.


“Sukar untuk menilai beliau sebagai jurulatih. Saya tidak mengetahui tentang dirinya,” kata Loew. “Namun apa yang saya baca dan apa yang ditunjukkan pasukan itu adalah positif.” Loew berkata, penyerang Cacau dijangka tidak dapat pulih dari kecederaan pangkal paha kanan untuk beraksi pada perlawanan itu.


Cacau tidak akan berlatih dengan rakan sepasukan hari ini dan dia akan menjalani ujian kecergasan sebelum perlawanan Sabtu ini. Cacau selalunya menjadi pemain gantian kepada Miroslav Klose

Silva sah sertai Manchester City

MANCHESTER: Pemain sayap Sepanyol, David Silva kini menyertai Manchester City menerusi perjanjian lima tahun dari Valencia.

Perpindahan diumumkan semalam oleh kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam akan lengkap apabila Silva selesai menjalani pemeriksaan kesihatan selepas Piala Dunia.

Silva berkata: “Ini adalah masa terbaik saya mencari cabaran baru, saya begitu teruja untuk bermain di England bersama Manchester City

THEREDWARRIORS.COM akan berkerjasama dengan Pengendali Video Dari Denmark

THEREDWARRIORS.COM akan berkerjasama dengan syarikat dari Denmark melalui cawangan teknologi di Malaysia yang diuruskan oleh CGYNET Sdn Bhd dalam menyiarkan siaran secara langsung melalu web. Ini merupakan siri percubaan pertama syarikat berkenaan dalam industri bolasepak di Malaysia, sekiranya percubaan ini berjaya, CGYNet akan meneruskan kerjasama jangka panjang bersama THEREDWARRIORS.COM.
Melalui pengalaman yang digunakan untuk siaran secara langsung menerusi web "Live Streaming" bagi beberapa syarikat terkemuka di Malaysia, teknologi ini amat memuaskan kerana sistem yang digunakan dapat mengawal capaian muat turun (Download) dan muat turun (upload) mengikut kelajuan internet di Malaysia.