KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 5 Januari 2011

Arsenal miliki kelebihan


ROBERTO MANCINI perlu mencari formula terbaik untuk menjinakkan Arsenal yang memiliki barisan terkuat apabila mereka bertemu di Stadium Emirates esok.


LONDON - Arsene Wenger percaya kemena- ngan ke atas pasukan Manchester City awal pagi esok mampu mengembalikan semula Ar- senal ke landasan yang betul bagi menamat- kan kemarau kejuaraan Liga Perdana England selama lima tahun sebelum ini.
Menurut Wenger, beliau mula yakin pemainnya berada di landasan yang betul bagi menamatkan kemarau kejuaraan selepas kemenangan ke atas pasukan yang beraksi di bawah prestasi sebenar, Chelsea pada Krismas lalu.
Malah, kemenangan ke atas City yang ketika ini di tangga kedua liga katanya, bukan sekadar berupaya memintas skuad kendalian Roberto Mancini itu, sebaliknya turut memastikan harapan The Gunners untuk menjulang trofi pada musim ini bukan- lah sesuatu yang mustahil.
"Sebaik menewaskan Chelsea, moral pemain dilihat amat tinggi kerana berjaya mengatasi tekanan dalam perlawanan tersebut, namun kami sedikit kecewa kerana tercicir mata penuh ketika menentang Wigan.
"Mujur kami kembali bangkit dan ia jelas ditunjukkan ketika menewaskan Birmingham, Sabtu lalu.
"Semua pasti dapat merasai betapa yakin- nya kami sekarang, dan itu yang menjadi- kan persaingan menguasai takhta liga bertambah menarik.
"Apa yang jelas, kami memulakan saingan di awal musim dengan perasan kurang cemas, selain lebih memiliki karakter mene- ruskan penguasaan permainan," katanya.
Malah kata Wenger, beliau sendiri belum pernah melihat lima pasukan bersaing sesama sendiri bagi merebut kejuaraan pada musim ini, yang mana Arsenal, Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Tottenham Hotspurs dilihat berpeluang cerah menjulang trofi.
"Saya sendiri sudah tidak ingat bila kali terakhir lima pasukan mempunyai peluang (menjulang piala), minggu lepas Alex Fergu- son (pengurus United kata ada tiga pasukan, kali ini ada lima.
"Saya sendiri pernah kata, sememangnya lima pasukan berpotensi sejak awal lagi,

Real terus kejar Barcelona


KAKA (tengah) kembali memperkuatkan Real Madrid walaupun sekadar pemain gantian ketika menentang Getafe kelmarin selepas pulih daripada pembedahan lutut.


BARCELONA - Cristiano Ronaldo meledak gol ke-19 daripada 17 perlawanan musim ini apabila dua jaringannya semalam membantu Real Madrid menewaskan Getafe 3-2 untuk kekal dua mata di belakang pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona.
Pada perlawanan tersebut, penalti Ronaldo dan jaringan Mesut Ozil memberikan kelebihan 2-0 buat Real sebelum Daniel Pa- rejo merapatkan kedudukan buat pasukan tuan rumah.
Ronaldo menjaringkan gol ketiga Real pada awal babak kedua tetapi mereka terpaksa beraksi 10 pemain setelah Alvaro Arbe- loa dibuang padang pada minit ke-82 dan dua minit kemudian Getafe akhirnya berjaya memperoleh gol kedua menerusi Juan Albin.
Perlawanan tersebut turut menyaksikan bintang Brazil, Kaka kembali beraksi buat kali pertama setelah dia menjalani pembedahan selepas Piala Dunia 2010.
"Pada suatu ketika, saya sendiri tidak pasti dapat beraksi semula. Tetapi semua itu sudah berlalu dan saya harap dapat beraksi pada tahap seperti sebe- lum ini," kata Kaka.
Sementara itu, biarpun Real berjaya mencatat kemenangan keempat berturut-turut dan menamatkan rekod kemenangan Getafe, jurulatih Real, Jose Mourinho masih belum gembira dengan prestasi pasukan.
"Saya tidak suka pada pasukan saya ini. Kebiasaannya kami lebih padat dan fokus. Pasukan saya perlu bertahan dengan lebih baik,

Blackburn tawar RM29j dapatkan Ronaldinho


WALAUPUN ingin mengakhiri karier di negara kelahirannya, Brazil tetapi Ronaldinho masih menjadi buruan kelab dari Eropah yang berminat mendapatkan khidmatnya daripada AC Milan.


BLACKBURN - Selepas menafikannya sebelum ini, pemilik Blackburn semalam telah menyatakan bahawa kelab itu sudah membuat bidaan bernilai £6.2 juta (RM29.5 juta) untuk mendapatkan Ronaldinho.
Syarikat dari India, Venky itu pada mulanya menulis tentang minat untuk mendapatkan pemain Brazil tersebut di laman sosial Face- book mereka pada Ahad lalu tetapi beberapa jam kemudian, pengarahnya, Venkatesh Rao menafikan berita tersebut.
Beliau menegaskan bahawa berita tersebut tidak benar sama sekali dan Black- burn langsung tidak berminat terhadap Ronaldinho.
Namun awal pagi semalam, kakaknya yang juga Pengerusi Venky, Anuradha Desai memberitahu bahawa mereka telah pun menyata- kan tawaran kepada AC Milan.
Ronaldinho kini sedang berehat di Brazil dengan beberapa kelab di sana berminat untuk mendapatkan tandatangannya.
Penasihat dan juga abang kepada pemain itu, Roberto Assis mengesahkan bahawa Flamengo, Palmeiras dan Gremio berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldinho.
Assis turut mengakui beliau telah dihubungi Black- burn dan berkata: "Kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Tetapi kami sebenarnya mahu dia kembali beraksi di Brazil."
Namun, Blackburn dikatakan tiada masalah untuk memberikan sebarang gaji kepada Ronaldinho dan dikatakan bersedia membayar lebih £6 juta (RM28.6 juta) setahun kepada bekas pemain kebangsaan Brazil itu.

Khairul 'Apex' mula cipta nama

KHAIRUL atau 'Apex' kini makin memperlihatkan kematangan dalam permainannya meskipun baru berusia 21 tahun.


MUNGKIN sebelum ini tidak ramai yang mengenalinya dan tidak keterlaluan jika dikatakan peminat bola sepak tempatan cukup sangsi terhadap kemampuan pemain ini ketika jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal menyenaraikan namanya ke Piala Millenium di Vietnam baru-baru ini.
Namun, itulah hakikatnya – tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Segalanya bermula dengan kesungguhan, keazaman serta sema- ngat untuk sentiasa mahu menjadi yang terbaik dan akhirnya telah membuahkan hasil.
Sosok yang bergelar Khairul Fahmi Che Mat sebelum ini tidak begitu dikenali seantero negara seperti hari ini, malah peminat Kelantan juga seperti ‘enggan’ mengenalinya terutama ketika dia dibayangi kehebatan beberapa lagi penjaga gol utama pasukan The Red Warriors itu.
Berada di belakang Halim Napi dan Shahrizan Ismail, cukup membuatkan anak muda yang baru me- nginjak ke umur 22 tahun itu ‘lemas’ sehingga pernah memasang hajat untuk meninggalkan pasukan negeri kelahirannya.
Khairul Fahmi atau dikenali sebagai ‘Apex’, tidak pernah menyangka bahawa musim 2010 adalah musim paling bermakna buatnya.
Sebaik pulang dari Tanah Suci selepas mengerjakan umrah bersama pemain-pemain The Red
Warriors, ia membuka lembaran baru buat karier bola sepaknya.
Bagaimanapun, sebelum itu ‘Apex’ terpaksa melalui ranjau yang terlalu beronak selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ketua jurulatih, B. Sathia- nathan membuat keputusan untuk mendapatkan bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney Syed Hussin.
Kehadiran penjaga gol tinggi lampai itu bermakna ‘Apex’ bukan lagi menjadi penjaga gol ketiga tetapi turun satu tahap lagi kepada pilihan keempat yang tentu- nya membuatkan masa depan yang lebih kelam.
Namanya terus disisihkan sehingga dia tidak mempunyai pili- han selain beraksi bersama skuad Piala Presiden semata-mata untuk mengekalkan prestasi dalam saingan liga kompetitif.
Kosmo! memetik ayat yang ditulis di dalam blog jejariruncing. blogspot milik Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, buah hati penjaga gol kebangsaan itu sebagai berkata: “Saya teringat masa tu sering kali mendengar keluhan My Incik Apex (Khairul Fahmi), “Nak buat macam mana yunk, I tak bagus, tak main la.”
Luahan tersebut sudah cukup untuk menggambarkan betapa ‘Apex’ berperang dengan perasaan untuk membuktikan bakat yang terpendam serta semangat cintakan pasukan kelahirannya menyebabkan dia memilih untuk terus bersabar.
Sejarah penglibatan ‘Apex’ dalam dunia bola sepak cukup sempurna apabila menerima asuhan di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) kemudian meneruskan cita-citanya di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
Dia kemudiannya menyertai pasukan PKNS pada tahun 2007 dan seterusnya dipanggil menyertai pasukan Harimau Muda pada tahun 2008 sebelum memilih untuk pulang menyertai pasukan negeri kelahirannya, ‘Negeri Cik Siti Wan Kembang’.
Pulang ke pangkuan pasukan negeri bermakna cabaran besar perlu dihadapi olehnya, sementelah ketika itu satu reformasi besar- besaran dilakukan oleh KAFA yang diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa membentuk sebuah pasukan negeri yang cukup mantap dengan membariskan beberapa pemain yang lebih berpenga- laman dan berkaliber.
Kembalinya Shahrizan Ismail yang bekelana ke Terengganu sebelum ini serta penampilan semula Halim Napi sudah pasti menipiskan lagi peluang ‘Apex’ beraksi dalam skuad utama dan musim 2008 kelibat pemain yang mengenakan jersi nombor 30 ini langsung tidak kelihatan.
Musim 2009 sekali lagi menyaksikan ‘Apex’ terus tersisih apabila kekebalan Halim dengan sosok tubuh yang tegak dan ketinggiannya menyebabakan pemain vateran itu sentiasa menjadi pilihan jurulatih Peter James Butler manakala Shahrizan pula sentiasa mengintai peluang.
Turun menjalani latihan dengan status sebagai rakan sparring, ‘Apex’ tahu peluangnya juga makin tertutup selepas KAFA sekali lagi membuat kejutan membawa masuk bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney.
KHAIRUL 'Apex' melayan permintaan peminat yang mahu merakamkan gambar bersamanya.


Segala-galanya bermula pada 6 Mac tahun lalu apabila dia disenaraikan oleh B. Sathianathan ketika Kelantan terpaksa berkunjung ke Terengganu untuk aksi Liga Super menentang T-Team.
Ketika itu Sathia seperti tiada pilihan lain kerana Syed Adney mengalami kecederaan selain keyakinan pengurusan dan penonton terhadap pemain tersebut juga sedikit berkurangan ekoran bebe- rapa kesilapan mudah yang dilakukan.
Selain itu, Shahrizan juga mengalami kecederaan manakala Halim yang baru pulih daripada kecederaan, belum cergas sepenuhnya menyebabkan ‘Apex’ terpaksa disenaraikan memikul tanggungjawab di gawang Kelantan.
Sama ada takdir atau kebetulan, bermula dari situ ‘Apex’ enggan menoleh ke belakang lagi apabila aksi demi aksinya amat meyakinkan para penonton dan namanya mula menjadi sebutan puluhan ribu penyokong fanatik The Red
Warriors.
Kemuncak prestasinya apabila Kelantan bertemu Selangor pada peringkat suku akhir Piala Malaysia apabila dia berjaya menyela- matkan beberapa percubaan bahaya pasukan lawan selain membantu Kelantan ke peringkat sepa- ruh akhir menewaskan gergasi Lembah Klang.
Kepantasan serta keyakinannya di padang mula memikat jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal yang mula memantau kelibatnya dan mula menaruh minat untuk memanggilnya menyarung jersi kebangsaan.
Impian yang lama dipasang menjadi kenyataan apabila ‘Apex’ dipanggil melaporkan diri ke Wisma Persatuan Bola Sepak Malay- sia (FAM) untuk menyertai skuad kebangsaan dalam misi kejohanan Piala Millenium di Vietnam awal Oktober lalu.
Pulang dari kejohanan tersebut, namanya semakin memuncak selepas Kelantan buat pertama kali- nya berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia selepas penantian selama lebih 80 tahun dan ‘Apex’ adalah antara pemain utama yang membantu Kelantan.
Tugasnya semakin sibuk. Belum pun sempat meraikan kejayaan tersebut, dia diarahkan melaporkan diri bersama skuad Rajagobal untuk persiapan ke Sukan Asia Guangzhou, namun langkah Malaysia hanya terhenti di pusingan kedua.
Akhirnya sinar kegemilangan anak kelahiran Kampung Cherang, Kota Bharu ini semakin jelas kelihatan apabila bersama skuad kebangsaan berjaya membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia setelah menunggu selama 14 tahun.
Ramai yang bersetuju salah satu faktor kejayaan pasukan Malaysia adalah disebabkan kecekapan ‘Apex’ di gawang.
Buktinya, perlawanan menentang Indonesia pada pusingan akhir kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno memperlihatkan bakat sebenarnya.
Mentalnya terlalu kuat untuk ‘diganggu’ para penyokong fanatik sang Garuda walaupun pelbagai cubaan dilakukan dan dia juga de- ngan tenang menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Indo- nesia, Firman Utina.

Harimau Muda asah taring


ONG KIM SWEE (dua dari kanan) perlu bekerja keras memperkemaskan skuad bimbingannya bagi menghadapi pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2012.


TUJUH minggu sebelum berlangsungnya aksi pusingan pertama kelayakan Sukan Olimpik 2012, skuad Harimau Muda A terus dikerah mengasah taring.
Harimau Muda A yang kini berperanan sebagai skuad Olimpik kebangsaan dijadual bertemu Pakistan di gelanggang sendiri pada 23 Februari sebelum bertandang ke tempat lawan pada 9 Mac depan.
Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee meletakkan sasaran skuad bimbingannya itu berjaya menyingkirkan Pakis- tan bagi membolehkan mereka layak ke pusingan kedua yang dijadual berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.
"Buat masa ini, saya telah menyenarai- kan 30 pemain untuk Harimau Muda A beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
"Bagi kelayakan Sukan Olimpik, kita di- benarkan mendaftar sehingga 50 pemain dan bagi setiap perlawanan, kita perlu me- nyenaraikan 18 pemain daripada senarai yang didaftarkan.
"Jadi, selain 30 pemain Harimau Muda A, saya akan panggil maksimum lima pemain luar yang berusia 22 tahun (lahir 1989) seperti Khairul Fahmi Che Mat, Faizal Abu Bakar, Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani.


"Tiada pemain senior dibenarkan beraksi pada saingan kelayakan ini tetapi pada Sukan Olimpik, tiga senior dibenar- kan," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Setelah gah membenam juara Piala Malaysia, Kelantan 4-1 pada aksi persahabatan di Kelana Jaya minggu lalu, Hari- mau Muda A bakal mengharungi beberapa lagi aksi persahabatan sebelum saingan Liga Super bermula pada 29 Januari ini.
"Kita akan menghadapi Johor di padang Wisma FAM pada Jumaat ini, PKNS pada 14 Januari sebelum berlepas ke Doha un- tuk aksi persahabatan menentang skuad Olimpik Qatar pada 20 Januari.
"Kemudian kami akan mengharungi empat aksi awal Liga Super bertemu Ne- geri Sembilan di Paroi (29 Januari), Pahang (1 Februari), T-Team (12 Februari) dan Perlis (15 Februari) sebelum bertemu SDM Navy pada 18 Februari untuk pusi- ngan pertama Piala FA.
"Selepas itu, saya ada lima hari untuk persiapan menghadapi Pakistan. Harap deretan perlawanan ini dapat membantu kita dalam membentuk gandingan terbaik bagi aksi kelayakan Sukan Olimpik ini," jelas Kim Swee.
Daripada senarai 30 pemain Harimau Muda A, hanya tiga pemain yang bersama pasukan itu ke Slovakia selama tiga bulan dari September hingga November lalu tidak disenaraikan.
D. Saarvindran dan Farhan Abu Bakar telah diserapkan ke dalam skuad Harimau Muda B untuk saingan Liga Perdana bagi memberi mereka lebih ruang beraksi manakala Nicholas Wee melanjutkan pelaja- ran di luar negara.