KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 5 Julai 2010

Air mata Maradona



CAPE TOWN: Kekecewaan yang membelenggu Maradona membuatkan tingkah laku riang dipamer pada sidang media sebelum ini bertukar sugul, sambil jurulatih itu menganggap kekalahan 4-0 kepada Jerman Sabtu lalu perkara paling sukar diterima dalam hidupnya.

“Usia saya menghampiri 50 tahun 30 Oktober depan, dan ini adalah perkara paling sukar pernah saya lalui,” kata Maradona.


“Kekalahan ini bagaikan menerima tumbukan Muhammad Ali. Saya hilang kekuatan.


“Pengalaman ini lebih teruk daripada hari saya berhenti bermain bola sepak,” kata Maradona selepas Argentina menerima kekalahan paling teruk selepas kali terakhir tewas kepada Czechoslovakia 6-1 pada 1958.


Menurut Maradona, dia enggan bercakap mengenai masa depannya selepas pasukannya gagal melangkah ke separuh akhir. Mereka gagal melakukannya sejak kali terakhir 1990 di Itali, ketika itu Maradona menjadi ketua pasukan.


“Saya perlu fikir dalam-dalam mengenai masa depan. Saya mesti berbincang dengan keluarga, pemain dan ramai lagi,” kata Maradona.


Bayangan menunjukkan bahawa masa depan bekas wira Piala Dunia itu masih belum pasti dan dia berkata: “Tiada siapa menjangka ini penghujung kami, tetapi siapapun yang akan mengambil alih, mereka mesti meneruskan cara yang disenangi orang Argentina.


“Saya berterima kasih kepada pemain dan kakitangan kejurulatihan atas kerja yang mereka lakukan, itu saja. Saya tidak bercakap mengenai masa depan,” kata Maradona selepas keluar daripada bilik persalinan yang suram.


Katanya, beliau langsung tidak samngsi kemampuan pasukan tetapi Jerman ternyata lebih mantap dan pantas.


“Saya mungkin akan pergi esok, tetapi saya mahu pemain terus maju menunjukkan gaya permainan Argentina yang sebenar,” katanya.


“Saya sebagai jurulatih dan pemain bola sepak sedar bola sepak rakyat Argentina mahukan adalah gaya sebenar Argentina seperti ini, memburu jaringan, bermain dan saling bertukar posisi. Saya tidak fikir Argentina ada gaya lain untuk dipamerkan.

“Dengan pendahuluan awal, Jerman mula beroleh idea apa yang mereka tidak nampak sebelum ini,” kata Maradona.


“Kekalahan ini tidak akan meruntuhkan rasa bangga terhadap pemain kerana saya tahu keputusan ini tidak menggambarkan apa yang berlaku di atas padang. Mereka mencipta peluang, kami juga merakam beberapa peluang.” Jerman menamatkan rekod tanpa kalah 10 perlawanan Argentina di Piala Dunia selepas kali terakhir mereka tewas 1-0 kepada England pada 2002 di Jepun dan seri 1-1 dengan Jerman pada suku akhir 2006 yang menyaksikan pasukan itu tewas menerusi penentuan penalti.


Maradona mengambil alih kedudukan jurulatih pada 2008. Di bawah kendaliannya, Argentina menang 18 perlawanan dan tewas enam dan majoriti kekalahan dialami pada kempen kelayakan tahun lalu

Messi pulang tangan kosong




CAPE TOWN: Lionel Messi ke Piala Dunia dengan jangkaan dirinya bakal menyinar di kejohanan bola sepak paling berprestij itu tapi bintang Bacelona itu mengucapkan selamat tinggal dengan tangan kosong dan tangisan air mata tanpa menghasilkan sebarang jaringan.

Senario itu bukan lumrah dihadapi pemain terbaik dunia yang juga pemain harapan Argentina. Biarpun baru berusia 23 tahun, Messi menerima banyak penghormatan dan koleksi pingat berharga dan sukar ditandingi pemain lain.


Di kabinet trofi peribadinya, sudah ada pingat Piala Dunia, tetapi ia dimenangi pada 2005 ketika muncul juara dunia peringkat remaja.


Satu-satunya trofi gagal dimenangi dan diidaminya adalah Piala Dunia di peringkat senior.


Kini pemain itu perlu menunggu hingga usia 27 tahun apabila peluangnya dirampas Jerman selepas mereka membelasah Messi dan rakan senegaranya 4-0 pada saingan suku akhir Sabtu lalu, hasil jaringan Miroslav Klose, Thomas Mueller dan Arne Friedrich.


Jurulatih, Diego Maradona berkata, dia tidak dapat menjelaskan mengapa Messi gagal menjaringkan gol, tetapi mempertahankan pemain itu sambil memuji pemain itu beraksi dengan baik.


Maradona turut mempertahankan pemain terbaik dunia, Lionel Messi yang tangkas menggelecek tetapi gagal menghasilkan gol di sepanjang kejohanan ini.


“Messi bermain baik di Piala Dunia, dia tidak dapat menjaringkan gol kerana mencipta peluang atau penjaga gol cemerlang menafikan cubaannya.


“Selepas melihat Messi menangis di bilik persalinan, saya anggap sesiapa yang mengatakan pemain itu tiada perasaan ketika menyarung jersi Argentina sebagai orang yang bodoh,” katanya.


Maradona memberi Messi memainkan peranan bebas dalam perlawanan itu dan pemain terbabit sering memulakan gerakan dari tengah padang.


Jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, bahawa pasukannya berjaya menghidu setiap gerakan cuba dilakukan Messi

“Kami jangkakan kesebelasan yang bakal diturunkan Argentina dan tahu Messi akan beraksi di bahagian tengah,” katanya.


“Dia adalah pemain utama jadi kami mengawalnya dengan ketat dan memberi tekanan terhadapnya. “Kami juga tahu kalau kami mengasari Messi dengan cara tidak adil, dia akan mendapat bola dan mendapat sepakan percuma, jadi pertahanan kami sentiasa mengawasinya,” katanya.


Ini adalah kali kedua Messi menyaksikan impiannya merangkul Piala Dunia dimusnahkan Jerman, selepas sebelum ini mereka tewas 4-2 menerusi penentuan penalti pada 2006 di peringkat sama

Villa hampiri rekod Raul



JOHANNESBURG: David Villa (gambar) semakin hampir mencatat rekod Sepanyol ketika membantu juara Eropah itu menewaskan Paraguay 1-0 untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia di Ellis Park, awal pagi semalam.

Villa kini menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol, gol kelimanya merobohkan benteng kebal Paraguay tujuh minit sebelum tamat perlawanan.


Sepanyol bakal menentang Jerman di separuh akhir di Durban, Rabu ini.


Gol itu adalah jaringan ke-43 pemain baru Barcelona itu dalam 63 penampilan antarabangsa dan kini hanya ketinggalan satu gol di belakang 44 gol Raul yang dihasil dalam 102 penampilan untuk bergelar penjaring terbanyak Sepanyol sepanjang zaman.


“Penjaring terbanyak bukan keutamaan saya,” kata Villa. “Paling penting membawa pasukan ke final tidak kira sama ada saya atau rakan lain menjaringkan gol.” “Saya gembira berjaya menjaringkan gol tetapi saya lebih gembira jika pasukan menang.” Villa, 28, kini menjadi penjaring terbanyak di Piala Dunia dengan lapan gol, meninggalkan pemain ternama Sepanyol seperti Emilio Butragueno, Fernando Hierro, Fernando Morientes dan Raul yang menjaringkan lima gol.


Ketika gandingannya di bahagian serangan, Fernando Torres dari Liverpool terus gagal menyerlah dan digantikan pada minit ke-56 selepas ketandusan gol dalam lima penampilan, Villa pula semakin bertenaga.


Campur tangan Villa pada lewat permainan berjaya mengelakkan Sepanyol terjerumus beraksi di masa tambahan dan kemungkinan penentuan penalti dengan pasukan Amerika Selatan itu selepas kedua-dua pasukan saling gagal menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua.


Semuanya kemudian terpulang kepada Villa yang menyertai Barcelona sebelum Piala Dunia dengan bayaran 40 juta euro (RM161.7 juta) dari Valencia untuk sekali lagi menyelesaikan masalah terbabit.


Pemain tengah, Andres Iniesta melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya di Barcelona, Pedro tapi rembatannya terkena tiang kiri dan bola melantun ke arah Villa yang melakukan sepakan voli menghalakan bola ke tiang kanan dan meleret mengenai tiang kiri dan menggegar jaring lawan.


Villa turut menjadi bintang Piala Dunia kali ini apabila meledak dua gol sewaktu menewaskan Honduras 2-0, gol pembukaan ketika menewaskan Chile 2-1 dan jaringan kemenangan ketika menentang Portugal di pusingan kedua


Nasib berbeza 2 bintang



CAPE TOWN: Ketika perlawanan suku akhir antara Jerman menentang Argentina di Piala Dunia, seorang pemain meraikannya dengan kegembiraan manakala seorang lagi menangis.

Namun, sebilangan peminat sudah mampu meramalkan siapa yang menang dan kalah sebelum perlawanan bermula.


Pemain Argentina, Lionel Messi melangkah ke kejohanan itu sebagai penyerang terbaik dunia Fifa dan seorang yang hebat, manakala pemain veteran Jerman, Miroslav Klose pula dianggap sebaliknya selain dinobatkan menunggu saat pencen dan makin hilang sentuhan.


Bagaimanapun, penyudah Klose memberi lebih banyak pulangan kepada Jerman berbanding larian dan hantaran Messi buat Argentina yang membantu pasukan Jerman meraih kemenangan mudah 4-0.


Klose meraikan kerjayanya dalam arena bola sepak dengan catatan gol ke-14 di Piala Dunia menerusi aksi memukau manakala Messi hanya mampu menatap kekalahan di padang rumput dengan tangan kirinya di pinggul sebelum menangis.


Klose, 32, kini di tangga kedua senarai penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman di belakang pemain Brazil, Ronaldo.


“Ini adalah penghargaan besar buat saya, dan terima kasih kepada pasukan kerana disebabkan mereka, saya banyak berpeluang menjaringkan gol.


“Saya lebih gembira menjadi juara dunia berbanding membuat hantaran kepada orang lain,” kata Klose.


Berbeza pula dengan Messi yang gagal menyumbang walau satupun jaringan gol di kejohanan ini dan hanya menjaringkan satu gol daripada sembilan perlawanan Piala Dunia.


Messi berjaya merangkul beberapa gelaran bersama Barcelona. Walaupun, cintanya lebih kepada Argentina, namun dia tidak pernah sekalipun menikmati gelaran sebagai juara untuk pasukan negaranya itu.


Walaupun statusnya sebagai pemain hebat Barcelona tidak disangkal, namun dia perlukan kemenangan di Piala Dunia untuk menjadi legenda sebenar bola sepak.


http://malaysia.youthsays.com/singerlee/Nivea-You-Wow-You-Rock

Seiring pemain England, Wayne Rooney dan Portugal, Cristiano Ronaldo, dia kini tersingkir daripada senarai bintang Piala Dunia Afrika Selatan bulan ini. Bukan setakat itu saja, Messi turut terpinggir daripada perlawanan separuh akhir.


Jika empat tahun lalu, beliau hanyalah pemain gantian tapi kini, bintang berusia 23 tahun itu adalah ikon untuk perlawanan dunia tahun ini di sokong imej jurulatihnya adalah Diego Maradona iaitu bekas bintang terhebat suatu ketika dulu.


Walaupun, Messi awalnya memberi inspirasi kepada Argentina, namun tiada jaringan gol yang dihasilkan. Lebih-lebih lagi ketika menentang Jerman, Messi turut mengecewakan pasukannya.


“Messi gagal bermain. Ini adalah kerja sepasukan yang terbaik,