KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 12 Januari 2011

Beraksi di Piala Asia, Olimpik misi Rajagobal

BERBEKALKAN dua kejuaraan yang dikecapi dalam tempoh kurang dua tahun, jurulatih bola sepak kebangsaan K Rajagobal mungkin boleh memilih mengundur diri dengan senang hati.
Namun itu bukan perkara yang bermain dalam fikiran jurulatih berusia 54 tahun itu ketika ini kerana misinya masih belum selesai biarpun sentuhan ajaibnya berjaya menjulang skuad muda negara memenangi pingat emas Sukan Sea Laos 2009 disusuli kejuaraan Piala Suzuki AFF bulan lalu.

“Sebagai seorang jurulatih, saya kena bersedia pergi lebih jauh, apa yang saya harapkan suatu hari nanti, tidak kira sama ada saya masih menjadi jurulatih ataupun tidak, Malaysia beraksi di Piala Asia dan Sukan Olimpik.
“Pasukan kebangsaan dibarisi ramai pemain muda, dalam tempoh empat tahun mereka menjadi pemain matang. Saya mengharapkan skuad kebangsaan boleh layak ke Piala Asia pada 2015, namun kita kena sedar banyak lagi yang perlu ditingkatkan.

“Jika kita lihat taraf pasukan dalam Piala Asia yang sedang berlangsung ketika ini memang masih jauh,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis meraikan kejayaan pasukan kebangsaan baru-baru ini.

Justeru Rajagobal yang membimbing skuad kebangsaan pada April 2009 tidak menganggap tahun ini sebagai tempoh ‘bulan madu’ dengan meraikan kejayaan berganda itu.

Messi terbaik dunia


ZURICH: Aksi memukau Lionel Messi (gambar) bersama Barcelona mengatasi kegagalannya di Piala Dunia apabila berjaya memikat juri yang memilih penyerang Argentina itu sebagai Pemain Terbaik Dunia 2010.
Messi menang anugerah Fifa buat kali kedua berturut-turut awal pagi semalam mengatasi dua lagi rakan sepasukan dari Barcelona, Andres Iniesta dan Xavi Hernandez.

“Hari ini amat istimewa buat saya,” kata Messi ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah pada malam gala Fifa.
Messi, 23, meledak 58 gol tahun lalu membantu Barcelona mempertahankan kejuaraan La Liga dan mendahului musim ini. Bagaimanapun, dia gagal menjaringkan sebarang gol di Afrika Selatan menyaksikan Argentina tersingkir di suku akhir. Sebaliknya Iniesta dan Xavi menyinar ketika membantu Sepanyol muncul juara.

“Saya tidak jangka menang hari ini,” kata Messi. “Saya sudah cukup gembira dapat berada di sini bersama rakan dan lebih gembira lagi apabila diumum pemenang.” Messi mendapat 22.65 peratus undian daripada sejumlah jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan termasuk beberapa wartawan jemputan. Senarai asal calon bagi anugerah itu adalah 23 orang. Iniesta di tempat kedua dengan 17.23 peratus diikuti Xavi 16.48 ketiga buat tahun kedua berturut-turut.

Semua tiga calon adalah bakat yang diasah akademi remaja La Masia di Barcelona.
Sepanjang 20 tahun, Barca menyumbang lapan pemain terbaik dalam sejarah kemasyhuran Fifa. Messi mengikut jejak bekas pemain antarabangsa Brazil, Romario (1994), Ronaldo (1996 dan 97), Rivaldo (1999) dan Ronaldinho (2004 dan 05).

Tahun ini anugerah itu diberi nama baru selepas Fifa menggabungkan anugerah pemain dunia dengan trofi Ballon d’Or yang memilih pemain terbaik di Eropah menerusi Majalah Bola Sepak Perancis sejak 1956.
Jose Mourinho pula menerima anugerah jurulatih terbaik selepas menjulang Inter Milan menjuarai tiga trofi termasuk Liga Juara-Juara.

Mourinho menewaskan Vicente del Bosque yang membawa Sepanyol memenangi Piala Dunia dan Pep Guardiola dari Barcelona untuk menerima penghormatan itu. Jurulatih kelahiran Portugal itu membawa Inter menjulang kejuaraan Serie A Coppa Italia dan Liga Juara-Juara.

“Paling penting buat saya adalah mengumpul banyak gelaran, bukan anugerah individu,” kata Mourinho.

Penyerang Brazil, Marta pula menerima anugerah Pemain Terbaik Wanita buat tahun kelima berturut-turut menewaskan pemenang tiga kali dari Jerman, Birgit Prinz dan pemain baru dari Kosovo, Lira Bajramaj.

Marta terpilih selepas mempamer aksi hebat dalam Liga Profesional Wanita Amerika Syarikat (AS) bersama pasukan juara, Gold Pride. Dia kini ejen bebas selepas kelab Santa Clara di California itu dibubar.

Wenger congak peluang


SQUILLACI (kiri) mengalami kecederaan ketika Arsenal seri 1-1 dengan Leeds pada aksi Piala FA, Sabtu lalu.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sedar saingan Piala Liga merupakan peluang terbaiknya untuk membawa kelab itu menamatkan kemarau enam tahun tanpa sebarang trofi kejuaraan.
Arsenal bakal turun bertemu Ipswich di tempat lawan pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga awal pagi esok dan Wenger berkata, beliau akan menghadapi perlawanan itu dengan lebih serius.
Skuad The Gunners kini hanya dipisahkan 180 minit lagi untuk tampil beraksi pada pentas final di Wembley dan lawan yang perlu diketepikan mereka ialah Ipswich yang baru saja dibelasah 0-7 oleh Chelsea pada aksi Piala FA, Ahad lalu.
Ipswich berdepan masalah pengurusan apabila mereka dibimbing pengurus sementara, Ian Mc- Parland ketika tewas kepada Chelsea sebelum bekas pengurus Derby dan Wigan, Paul Jewell diumum pengurus baru kelmarin bagi menggantikan Roy Keane yang dipecat minggu lalu.
Namun, Arsenal bakal kehilangan pemain pertahanan, Sebastien Squillaci yang cedera ketika mereka terikat 1-1 dengan Leeds pada aksi Piala FA, Sabtu lalu.
"Jika kecederaan Squillaci itu teruk, kami perlu segera mendapatkan pemain baru untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana kami hanya memiliki dua sahaja pemain pertahanan tengah ketika ini," jelas Wenger.
Tidak cukup dengan itu, Wenger turut berdepan masalah di jentera serangannya dengan Theo Walcott dikritik kerana mengaku sengaja menjatuhkan diri untuk mendapatkan penalti ketika bertemu Leeds.
Manakala Andrey Arshavin dan Nicklas Bendtner masing-masing hanya memiliki purata satu gol se- tiap empat perlawanan.
Mereka telah mempersia-siakan beberapa peluang terbaik ketika bertemu Leeds dan diejek penyokong sendiri. Namun, Wenger tetap yakin dengan kemampuan kedua-dua pemain itu.
"Penyokong mahukan sesuatu. Kami pula secara teknikalnya tidak konsisten. Bukan bermakna Arshavin kurang keghairahan. Dia memang mahu melakukan yang terbaik.

Cahill julang Australia


CAHILL meledakkan dua gol untuk membantu Australia membelasah India 4-0 pada aksi sulung Kumpulan C pada saingan Piala Asia 2011 malam kelmarin.


DOHA - Dua jaringan Tim Cahill membantu Australia membelasah India 4-0 pada aksi sulung mereka dalam Kumpulan C pada saingan Piala Asia 2011 malam kelmarin.
Cahill yang kini mencipta rekod 24 gol dalam 48 penampi- lannya bersama Australia berkata, dia gemar beraksi dalam tekanan untuk menjaringkan gol.
"Ramai yang begitu mengharapkan saya untuk menjaringkan gol, tidak kiralah sama ada saya beraksi di tengah atau serangan. Jadi saya hanya mahu melakukannya dan terus berharap gol yang dicari menjelma.
"Perasaan cukup bangga apabila berjaya menjaringkan gol, tidak kiralah dengan siapa kamu bertemu.
"Saya gembira dengan dua gol pada perlawanan ini tetapi jujur- nya, saya patut boleh jaringkan lebih lagi," kata Cahill.
Pemain yang beraksi di posisi tengah menyerang bersama kelab England, Everton itu memi- liki nisbah jaringan yang baik iaitu meledak 122 gol menerusi 460 perlawanan termasuk ketika dia beraksi dengan Millwall sebe- lum ini.
Kebanyakan gol tersebut terhasil menerusi tandukan biarpun Cahill hanya berketinggian 172 sentimeter dan gol keduanya malam kelmarin membuktikan bahawa dia sememangnya tiada masalah berdepan benteng pertahanan yang lebih tinggi.
"Ia terpulang kepada cara saya tetapi apa yang penting kami telah berjaya menang ke atas pasukan yang berusaha untuk meminimumkan jumlah gol dibolosi mereka.
"Kemenangan ini membina keyakinan dan membantu kami untuk terus bersemangat bagi memenangi kejohanan ini," jelas Cahill.
Pada aksi tersebut, dua lagi gol Australia dijaringkan oleh Harry Kewell dan Brett Holman.
Sementara itu, jurulatih India, Bob Houghton tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya memandangkan ia merupakan penampilan pertama mereka di pentas Piala Asia selepas 27 tahun.
"Ini pertama kali kami beraksi menentang pasukan hebat pada tahap pertandingan tertinggi dan saya tetap bangga dengan cara pemain saya beraksi.
"Tetapi nampak pemain Australia berkedudukan ofsaid ketika gol pertama. Jika jaringan itu tidak berlaku dan kami tidak dibolosi gol ketiga pada penghu- jung babak pertama, segalanya pasti berubah.
"Apa pun, pujian buat Austra- lia kerana mereka tetap barisan yang hebat dan kami akan bela- jar daripada kesilapan ini. Harap keputusan lebih baik pada aksi seterusnya menentang Bahrain," jelas Houghton.