KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 4 Oktober 2010

Liverpool makin derita


VARNEY menjaringkan gol kemenangan Blackpool semalam ketika mereka menewaskan Liverpool 2-1.


NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana England selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri semalam.
Kedudukan itu sekali gus menambah derita skuad bimbingan Roy Hodgson yang kini hanya mencatat satu kemenangan dan tiga seri selepas mengharungi tujuh perlawanan setakat ini.
Perebutan takhta liga pula makin rancak dengan pasukan berbelanja besar, Manchester City menang 2-1 ke atas Newcastle untuk merampas tangga kedua liga daripada Arsenal yang tewas 0-2 kepada Chelsea.
Ini bermakna City (14 mata) makin menghampiri pendahulu liga, Chelsea (18 mata) apabila dua pasukan teratas itu kini hanya dipisahkan dengan empat mata sahaja.
Manchester United pula di tangga ketiga dengan 13 mata diikuti Arsenal 11 mata.

Kebangkitan Everton


MOYES yakin Everton akan bangkit untuk memberi saingan kepada pasukan elit.


LONDON - Pengurus Everton, David Moyes memberitahu bahawa skuad kendaliannya itu tidak layak menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Perdana England ketika ini.
Kelmarin, skuad The Toffeemencatatkan kemenangan sulung dalam saingan liga musim ini selepas mene- waskan Birmingham City 2-0.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium St. Andrews itu, tiga mata yang dikutip anak-anak buah Moyes ternyata amat berharga apabila mereka kini berjaya keluar daripada zon penyingkiran.
"Birmingham memiliki rekod yang baik apabila beraksi di tempat sendiri.
"Bagi kami (Everton), ini merupakan satu detik bermakna kerana berjaya menamatkan kemarau yang kami alami selama 12 bulan tanpa se- barang kemenangan.
"Kini, kami telah mengumpul empat mata daripada perlawanan di tempat lawan iaitu ketika menentang Fulham dan Birmingham ini sendiri," kata Moyes.
Pada aksi tersebut, Everton berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi jaringan sendiri tonggak pertahanan Birmingham, Roger Johnson minit ke-59 sebelum Tim Cahill meledak gol kedua pada lewat babak perlawanan