KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 1 Januari 2011

Anelka laungkan amaran


ANELKA (kiri) tidak mahu rakan-rakan sepasukannya mempersia-siakan peluang.


LONDON - Nicolas Anelka memberi amaran kepada Chelsea supaya menggunakan peluang keemasan dalam perebutan gelaran Liga Perdana England kali ini dengan sebaik mungkin.
Bekas penyerang Perancis itu mengeluarkan kenyataan tersebut menjelang pertemuan menentang Aston Villa di Stamford Bridge malam esok.
Juara bertahan itu telah menamatkan badi lapan perlawanan tanpa kemenangan dengan mengalahkan Bolton 1-0 pada Khamis lalu dan kembali mengatasi Tottenham di tangga keempat.
Begitupun pengurus skuad The Blues, Carlo Ancelotti mengakui pasukannya perlu meningkat- kan lagi keyakinan mereka sekiranya mahu mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun baru ini.
Penjaring terbanyak Chelsea, Anelka percaya kunci kepada kejayaan mereka kini terletak kepada pertemuan sesama sendiri di antara empat kelab teratas iaitu The Blues, Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Tottenham.
Dia berkata: "Ia bukan kejutan bagi saya tentang apa yang terjadi pada musim ini. Kami memulakan saingan dengan baik dan kami berdepan kesukaran sejak kebelakangan ini, namun masih ada banyak lagi perlawanan dan ia akan menjadi musim yang penuh mencabar.
"Itulah situasi liga ini sekarang. Apabila kamu ada banyak pasukan hebat, kamu akan berdepan lebih banyak perlawanan penting, jadi ia akan menjadi satu persaingan yang sengit sepanjang musim ini.
"Jika kamu kehilangan mata dalam satu hari, ia tidak bermakna kamu akan terus ketinggalan di belakang kerana setiap minggu segalanya boleh berlaku.
"Kami telah kehilangan mata tetapi kadangkala itulah yang berlaku dalam bola sepak, tidak semuanya indah. Mental kamu kena kuat jika mahu mengharungi cabaran ini.
"Hidup juga bukan selalunya mudah, kamu harus tabah menghadapinya dan kemudian lihat apa keputusannya. Ia tidak akan menjejaskan gaya permainan kami kerana kami sentiasa dahagakan kemenangan."

Carrick tidak mahu United buat silap


CARRICK (kanan) menasihati rakan-rakan sepasukannya supaya belajar daripada kesilapan.


MANCHESTER - Michael Car- rick percaya Manchester United perlu mula belajar daripada kesilapan sekiranya mahu memenangi semula gelaran Liga Perdana England musim ini.
United kehilangan beberapa mata penting apabila jaringan penyamaan kontroversi di Birmingham City baru-baru ini menyaksikan mereka terlepas peluang untuk mendahului saingan liga.
Ini kali ketiga skuad kendalian Alex Ferguson itu bolos pada minit ke-89 selepas situasi yang sama turut berlaku ketika berdepan Fulham dan Everton.
Carrick mengakui bahawa pasukannya mula bimbang dengan kegagalan mereka menjamin kemenangan yang diperlukan tersebut sekiranya mahu menjulang trofi liga pada Mei depan.
Namun, perancang United itu menasihati rakan sepasukannya supaya belajar daripada kesilapan tersebut agar kejayaan tidak lagi terlepas dari gengga- man mereka.
"Jaringan lewat sentiasa menyukarkan lagi keadaan tetapi jika dilihat bagaimana ia berlaku, ia amat menyakitkan hati seperti ketika berdepan Birmingham," kata perancang England itu.
"Kami amat kecewa dan ia telah berlaku beberapa kali dalam musim ini.
"Tetapi ia telah terjadi dan kami kini perlu memandang ke depan dan melupakannya.
"Kami kena pastikan ia tidak berulang lagi. Kami masih dalam keadaan yang bagus ketika ini.
"Kami masih belum kalah (dalam liga). Kami dalam prestasi terbaik dan juga akan turun pada perlawanan seterusnya dengan momentum yang baru." 

KAFA mahu pajak stadium RM10j


ANNUAR (kiri) mempengerusikan mesyuarat agung KAFA kali ke-56 di Kota Bharu semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) membuat tawaran untuk memajak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV daripada kerajaan negeri itu untuk tempoh 30 tahun dengan nilai RM10 juta.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia membolehkan pihaknya menaik taraf stadium yang agak daif sebelum ini dalam usaha menjadikan Kelantan sebagai tuan rumah kejohanan peringkat lebih tinggi.
Menurutnya, pajakan tersebut bukanlah bertujuan mengambil alih sepenuhnya pengurusan stadium, sebaliknya hanyalah untuk menaikkan imej bola sepak Kelantan dan negara.
"Jika kerajaan negeri melalui Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) bersetuju, KAFA akan membayar dengan jumlah tersebut.
"Dalam tempoh itu, stadium ini akan berubah wajah daripada apa yang ada sekarang.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat agung KAFA kali ke-56 di Kota Bharu semalam.
Pada mesyuarat itu, Annuar diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawa- tan presiden untuk tempoh tiga tahun lagi manakala jawatan timbalan presiden kini dipegang Datuk Afandi Hamzah.
Annuar yang juga Timba- lan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu, FAM sebelum ini pernah meminta PSK bertindak segera menaik taraf kemudahan stadium yang sudah uzur.
Ini kerana, jika tidak FAM boleh mengambil tindakan untuk tidak membenarkan sebarang kejohanan peringkat kebangsaan seperti Liga Malaysia diadakan di stadium tersebut.
Beliau berkata, surat tunjuk minat telah pun dihantar kepada perbadanan berkenaan untuk dipertimbangkan.
"Perbadanan telah pun membalas surat berkenaan yang meminta KAFA memperincikan beberapa perkara lagi bagi dipertimbangkan di peringkat yang lebih tinggi.
"Beberapa pihak telah menyatakan persetujuan untuk menjadi rakan kongsi KAFA bagi membantu menaik taraf stadium itu jika kerajaan negeri bersetuju untuk memajaknya," ujarnya.
Sementara itu, KAFA bercadang untuk membuka keanggotaan KAFA kepada peminat seperti yang dilakukan oleh kelab terkemuka di luar negara bagi membantu menaikkan imej persatuan tersebut.
"Kita akan buka keanggo- taan dengan yuran yang paling murah dan dengan ini pelbagai insentif akan diberi selain dapat bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri ini.
"Selain itu KAFA akan menubuhkan sebuah syarikat anak miliknya bagi menguruskan pasukan The Red Warriors bagi merealisasikan hasrat membawa sukan tersebut ke tahap lebih profesional," jelasnya.
Tambahnya, dengan adanya syarikat itu nanti, ia membolehkan KAFA menumpukan perhatian membangunkan sukan tersebut di peringkat lain seperti menghidupkan liga peringkat daerah.

Bapa harap Khairul tak lupa diri


KEPULANGAN Khairul Fahmi ke Kota Bharu akan disambut secara besar-besaran pada Isnin ini.


"JANGAN mudah lupa diri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi potensi yang ada dalam diri untuk terus berjaya pada masa hadapan".
Demikian amanat dan nasihat seorang ayah, Che Mat Hussain, 58, kepada anaknya, Khairul Fahmi, 21, yang merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan dan Kelantan.
Menurutnya, seluruh ahli keluarga bangga dengan pencapaian yang ditunjukkan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan 'Pak Su' di kalangan ahli keluarga selepas berjaya membantu Harimau Malaya bergelar juara buat kali pertama pada kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010, Rabu lalu.
"Kami semuanya terkejut dengan apa yang telah ditunjukkan olehnya sepanjang tahun ini. Mungkin ini rezeki buatnya untuk terus maju dalam bola sepak.
"Kejayaan ini adalah berkat usaha dan displin yang tinggi yang ditunjukkan serta semangat tidak mudah putus yang ada dalam diri- nya," kata Che Mat Hussain ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, Kota Bharu semalam.
Tambahnya, sebelum turun beraksi di atas padang, anaknya itu akan menghubunginya terlebih dahulu untuk memohon restu dan meminta keluarga mendoakan kejayaannya.
"Setiap kali beraksi baik untuk Kelantan mahupun negara, dia (Khairul Fahmi) akan menghubungi saya dan ibunya supaya mendoakan keselamatan dan kejayaannya," ujarnya.
Akhbar semalam melaporkan, persembahan cemerlang penjaga gol Malaysia itu bukan sekadar menarik peminat baru ke akaun Facebook, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini laman web sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gol kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima menumpaskan Support Timnas yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Menyentuh mengenai minat Khairul Fahmi dalam bola sepak, ayahnya memberitahu, ia bermula ketika dia berumur lapan tahun lagi dan apa yang menarik mengenai Khairul Fahmi, dia hanya minat beraksi sebagai penjaga gol sahaja.
"Dari kecil lagi, dia cukup minat dengan posisi itu dan mula beraksi bersama pasukan sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang ketika berumur 12 tahun.
"Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) Johor Bahru sebelumdan berpindah ke Seko- lah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) untuk mengambil Sijil Pela- jaran Malaysia (SPM)," ujarnya.
Dalam pada itu, Che Mat memberitahu, satu sambutan besar-besaran akan dilakukan oleh penduduk kampung dengan kerjasama wakil rakyat untuk menyambut kepulangan Khairul.
"Majlis itu akan diadakan pada 3 Januari ini,