KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 21 Ogos 2010

Mancini puji penampilan sulung Balotelli


LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini memuji persembahan bintang barunya, Mario Balotelli.

Meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian, Balotelli membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak satu gol dalam penampilan sulungnya bersama City.

Lebih manis, jaringan yang dilakukan bekas penyerang Inter Milan itu berjaya membantu City mencatatkan kemenangan ke atas Timisoara FC 1-0 dalam saingan playoff Liga Europa di Stadium Dan Paltini- sanu, Bucharest awal pagi semalam.

Begitupun, Mancini tidak mahu Balotelli terus dibuai mimpi indah.

Jelas Mancini, Balotelli perlu lebih bekerja keras bagi menyesuaikan diri dengan suasana sebenar dalam saingan Liga Perdana England.

"Kempen Liga Perdana England sangat berbeza berbanding Itali (Serie A).

"Saya akan bercakap dengannya menge- nai perkara ini tetapi dia memulakan kariernya bersama City begitu baik sekali apabila dia berjaya menjaringkan gol.

"Tidak dinafikan, dia merupakan seorang pemain yang berbakat serta memiliki kualiti tersendiri, namun masih ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki- nya," jelas Mancini.

Mengulas mengenai kad kuning yang dilayangkan kepada Balotelli pada aksi semalam, Mancini berkata: "Kami merasakan kekasaran yang dilakukannya tidaklah begitu serius. Namun apa yang lebih penting, kami menang.

Wenger tidak mahu terburu-buru


WENGER (kiri) masih menilai tahap kecergasan Fabregas sebelum bersedia menurunkan kapten Arsenal itu dalam kesebelasan utama.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak mahu terburu-buru menurunkan Cesc Fabregas dan Robin van Persie dalam kesebelasan utamanya.

Fabregas terlepas aksi sulung Liga Perdana England ketika Arsenal seri 1-1 dengan Liverpool, Ahad lalu ekoran masalah kecederaan.

Van Persie pula hanya dimasukkan sebagai pemain gantian dalam tempoh 15 minit perlawanan yang berlangsung di Anfield itu.

"Untuk mengharungi satu musim yang baik, kamu perlu mempunyai persiapan yang secukupnya.

"Jadi... kami ada cara tersendiri untuk memastikan Fabregas dan van Persie berada pada tahap terbaik sebelum mereka kembali beraksi dalam kesebelasan utama.

"Kedua-dua pemain itu mula kembali menjalani latihan bersama kami sejak 5 Ogos lalu dan disebabkan itu, mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu bagi untuk pulih sepenuhnya," jelas Wenger.

Dalam pada itu, Wenger menerima perkhabaran gembira apabila beberapa tonggak utamanya seperti Alex Song, Denilson dan Johan Djourou dijangka beraksi semula selepas masing-masing pulih daripada kecederaan.

"Memang kesemua pemain tersebut kini sudah boleh diturunkan semula.

"Namun, saya masih memerlukan sedikit lagi masa bagi memikirkan pemain-pemain yang benar-benar layak disenaraikan dalam skuad," kata Wenger

Cole belum temui rentak




COLE masih gagal memperlihatkan sentuhan sebenarnya sejak berhijrah dari Chelsea musim ini.


LONDON - Prestasi hambar terus menghantui bintang baru Liverpool, Joe Cole.

Awal pagi semalam, bekas bintang Chelsea itu gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi menentang kelab Turki, Trabzonspor dalam aksi pertama playoffLiga Europa di Anfield.

Dengan ketiadaan kapten, Steven Gerrard yang direhatkan, tugas untuk mengambil sepakan penalti diserahkan kepada Cole selepas Lucas dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit ke-52.

Namun peluang yang diperoleh itu gagal dimanfaatkan Cole apabila percubaannya yang mudah ditampan penjaga gol Trabzonspor, Onur Kivrak.

"Saya akui ini merupakan sepakan penalti terburuk yang pernah saya ambil.

"Kali terakhir saya mengambil sepa kan penalti ketika usia saya 13 tahun dan saya berjaya menyempur- nakannya," jelas Cole yang dilayangkan kad merah pada aksi sulung Liga Perdana England menentang Arsenal, Ahad lalu.

Begitupun, kekecewaan Cole itu sedikit terubat apabila dia menjadi nadi utama kepada jaringan yang dilaku- kan Ryan Babel pada minit ke-45, sekali gus membantu Liverpool mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Trabzonspor.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Roy Hodgson berkata: "Kamu tidak boleh menyalahkan sesiapa sekiranya kamu sendiri yang gagal menyempurnakan penalti.

"Sepatutnya kami berhak untuk menjaringkan gol kedua yang mana ia bakal menjadi bekalan selesa buat kami apabila berkunjung ke Turki pada aksi kedua minggu depan.

"Tetapi kini segala-galanya sudah tidak seperti yang dirancang dan kami perlu lebih bersedia

Peluang Rooney akhiri kemarau gol


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mendesak ayam tambatannya, Wayne Rooney untuk menamatkan kemarau gol dalam 13 perlawanan sebelum ini.

Rooney belum lagi menjaringkan sebarang gol sejak aksi separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 30 Mac lalu.

Kini, Rooney, 24, berpeluang untuk menamatkan kemarau gol tersebut apabila United dijadual berdepan Fulham dalam saingan Liga Perdana England di Craven Cottage malam esok.

"Rooney merupakan salah seorang penyerang terbaik dunia ketika ini. Dia masih muda dan masih banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

"Apabila seseorang pemain itu mencecah usia 26 atau 27 tahun, barulah kamu akan dapat menyaksikan tahap sebenar mereka yang mana ia bakal memperlihatkan sendiri corak permainan mereka yang matang," jelas Ferguson.

Sementara itu, jurulatih skuad utama United, Rene Meulensteen turut sependapat dengan Ferguson dan memberitahu, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan dengan prestasi Rooney.

Sebaliknya, Meulensteen percaya penyerang antarabangsa England itu akan kembali menemui sentuhannya tidak lama lagi.

"Ia sebenarnya tidak ada kena mengena dengan pemikiran mahupun mental Rooney sendiri. Tidak ada sebarang masalah berkenaan dengan perkara itu.

"Dia merupakan seorang pemain yang tidak pernah kenal erti putus asa dan saya yakin dia mampu menyinar musim ini