KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 27 November 2010

Liga M, Piala Sumbangsih pada 15 Januari 2011


Liga Super 2011MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam.
MUSIM baru Liga Malaysia 2011 akan bermula pada 15 Januari termasuk aksi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau Piala Sumbangsih pada tarikh sama antara Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dan Juara Liga Super musim ini, Selangor di Stadium Shah Alam.
Seperti musim ini, 14 pasukan akan berentap untuk merebut kejuaraan Liga Super manakala 12 pasukan bagi saingan Liga Perdana.
Dua pasukan Liga Super 2010, Johor dan Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Perdana manakala Sabah dan Felda United bersaing dalam Liga Super.
Turut bersaing dalam kancah Liga Super musim depan ialah skuad Harimau Muda A selepas KL Plus menarik diri dari bagi saingan musim 2011.
Kesemua pasukan yang akan bertanding dalam liga itu akan dipastikan oleh FAM bebas dari semua hutang dan mendapat pelepasan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO
Liga Super merupakan liga elit Malaysia menawarkan hadiah wang tunai RM500,000 bagi juara, naib juara RM300,000 dan tempat ketiga RM150,000.
Sebanyak 11 pasukan dari Liga Super musim ini iaitu Selangor, Kelantan, Terengganu, Johor FC, Kedah, Negeri Sembilan, T-Team, Pahang, Kuala Lumpur, Perak dan Perlis kekal bersaing dalam Liga Super musim depan, dan dua lagi ialah Felda United dan Sabah yang masing-masing merupakan juara dan naib juara Liga Perdana.
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Brendan Gan :Pemain Kelahiran Malaysia Menyinari Liga Australia.



Brendan Gan , Dilahirkan pada 3 Jun 1986 merupakan anak kelahiran Malaysia di mana ayahnya berasal dari Seremban , Negeri Sembilan . Ketika ini dia di sebut - sebut antara pemain tengah yang berbakat di Australia dengan mewakili Sydney Fc dalam saingan Liga A - Rules.

Di lahirkan di Shuterland Shire , dia mula bermain bola sepak ketika berumur 4 tahun lagi apabila menyertai kelab tempatan Marton Hammers. Selepas itu, dia terus di lamar menyertai kelab tempatan , ketika berusia 12 tahun pada tahun 2000 dan membuat penampilan sulung dalam skuad utama pada tahun 20o8. Membuat 22 penampilan pada musim 2008 /09 ,7 penampilan daripadanya adalah kesebelasan utama. Dia yang mempunyai kelebihan larian pantas dan sering menjadi gol - gol penting di saat - saat penting melayakkannya menerima anugerah New South Wales Premier League Award iaitu anugerah pemain muda terbaik tahunan.

Kemudian , dia berpindah ke kelab Sydney FC namun di serapkan dalam pasukan muda untuk pendedahan dan pada 28 November 2008 dia membuat penampilan sulung untuk kelab barunya ketika menentang Queensland Roar. Gol pertamanya bersama Sydney muncul pada ketika menentang Newcastle Jets pada minit ke 78 " membolehkan kelabnya memenangi perlawana pertama selepas 7 perlawanan. Manakala penampilan penuhnya bersama pasukan utama muncul pada 13 Disember 2008 ketika menentang Central Coast Marines dan menjaringkan gol pertama untuk pasukan "senior"ketika menentang Melbourne Victory melalui rembatan dari jarah jauh dari luar kotak penalti.

Pemain ini selesa bermain di sebelah kanan midfield dan kadang - kadang di letakkan di bahagian tengah ini mempunyai skill yang mempersona , tidak malu membuat terjahan - terjahan bola dan mempunyai kecenderungan memenangi perebutan bola.

Persoalannya, adakah dia mahu bermain untuk Malaysia jika di tawarkan untuk berbuat begitu? Adakah FAM mengetahui semua ini dan rela melepaskannya begitu sahaja? Cubalah pujuk dia demi masa depan bola sepak kita. Kita perlukan pemain sepertinya terutamanya di piala AFF Suzuki yang akan bermula bulan depan. Renung - renungkanlah dan selamat beramal.

Piala Emas Raja-raja : Kelantan Mara Ke Separuh Akhir

Pertarungan sengit diantara Kelantan dan Perlis petang semalam tidak memberi impak yang besar kepada Kelantan yang telah membawa bekal 3 gol ke Kangar, apabila perlawanan semalam berkesudahan seri 2 sama. Kelantan mara dengan agregat 5 menewaskan Perlis dengan agregat 2. Ternyata anak didik Zahasmi Ismail mula mengikut jejak langkah skuad senior Kelantan, hanya selangkah lagi akan melayakkan pasukan ini ke final. Kemenangan ini diharap mampu menarik penyokong The Red Warriors kembali ke stadium

Fabregas bikin Wenger gelisah


FABGERAS kembali dihantui masalah kecederaan hamstring.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger ternyata resah dengan masalah kecederaan hamstring yang dialami kapten, Cesc Fabregas.
Wenger bimbang kecederaan yang dialami Fabregas adalah disebabkan tekanan serta tanggungjawab besar yang diletakkan ke atas bahu perancang antarabangsa Sepanyol itu.
Ini kerana, Fabregas menjadi sandaran utama Wenger untuk kembali meletakkan skuad The Gunnersberada pada landasan terbaik bagi menjulang trofi kejuaraan dalam saingan musim ini.
Selepas turut bergelut dengan masalah kecederaan yang sama sejak kempen Piala Dunia 2010 yang lalu, Fabregas sekali lagi terpaksa diketepikan.
Terbaru, pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan hamstring ketika membantu Arse- nal menewaskan Braga 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, Rabu lalu.
Menurut laporan, Fabregas terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya dalam empat perlawanan.
Bagaimanapun, Wenger masih akan mengikuti perkembangan terkini berhubung dengan kecederaan yang dialami Fabregas untuk tempoh beberapa bulan daripada seka- rang.
Ia sebagai salah suatu langkah untuk mengelakkan kecederaan yang sama berulang ke atas pemain tersebut.
"Saya ada berbincang dengan Fabregas sebelum perlawanan menentang Braga dan ketika itu, dia berada pada tahap terbaik untuk beraksi.
"Semua maklumat yang kami peroleh berhubung kecederaan Fabregas adalah positif dan ia sukar untuk kami tidak menurunkannya pada perlawanan tersebut.
"Kami telah melakukan ujian ke atas tubuh badannya tetapi hasil- nya menunjukkan yang dia tidak mengalami sebarang masalah.
"Jadi... apakah punca yang membuatkan dia sering kali bergelut dengan masalah kecederaan yang sama?" tanya Wenger.
Tambah Wenger, kecederaan hamstring kebiasaannya hanya dialami oleh pemain-pemain yang memiliki larian-larian pantas.
Ia sama sekali jauh berbeza jika dibandingkan dengan Fabregas yang mana tugasnya selaku peran- cang yang lebih kepada melakukan hantaran bola kepada pemain-pemain lain

Harga Young RM396 juta


Young


LONDON - Liverpool dan Manchester United mungkin sudah boleh melupakan hasrat mereka bagi mendapatkan khidmat pemain sayap Aston Villa, Ashley Young.
Ini kerana pengurus Villa, Gerard Houllier meletakkan harga yang tinggi buat mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat bintang muda England itu.
Percaya atau tidak, £80 juta (RM396.199 juta) adalah harga baru yang diletakkan Houllier ke atas Young.
Langkah tersebut diambil bagi memastikan pemain berusia 25 tahun itu terus kekal di Villa Park.
Sebelum ini, Liverpool dan United telah menyuarakan hasrat mereka bagi mendapatkan khidmat Young apabila pintu perpindahan pemain dibuka Januari depan.
Difahamkan, kedua-dua kelab itu terpikat dengan kualiti yang dimiliki Young kerana mampu beraksi di pelbagai posisi.
Menurut laporan, Young pada awalnya enggan meninggalkan Villa kerana telah selesa beraksi bersama kelab tersebut.
Namun seperti pemain-pemain lain, Young juga sudah pasti berfikir dua kali jika mahu me- nolak tawaran yang dikemukakan oleh dua kelab gergasi England itu.
Ketika ini, Young masih belum memperbaharui kontraknya bersama Villa.
Ia bermakna dia hanya mempunyai baki kontrak selama 18 bulan sahaja lagi sebelum bebas untuk meninggalkan Villa Park