bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" diluar Amerika) sudah ada semenjak lama. Maksudnya benar-benar lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum, bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
KYD

KYD
WELCOME

Khamis, 15 Julai 2010
senarai pemain skuad negara akan menentang skuad Olimpik Korea Selatan
Fabregas 'kunci mulut'

LONDON - Kapten Arsenal, Cesc Fabregas mencetuskan kontroversi apabila dia dilihat memakai jersi Barcelona di Madrid kelmarin.
Ketika itu, Fabregas sedang meraikan kejayaan Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2010.
Begitupun, Fabregas menegaskan, tidak ada apa yang perlu diperkatakan berhubung perkara tersebut.
Sebelum ini, Fabregas telah beberapa kali dikaitkan dengan Barcelona tetapi ketika perpindahan itu dilihat hampir pasti berlaku, dia membuat keputusan untuk terus kekal di Arsenal musim depan.
Begitupun, ketika diajukan pertanyaan sama ada dia benar-benar mahu berhijrah ke Barcelona, pemain tengah Sepanyol itu enggan memberi sebarang komen.
"Saya fikir, kurang bercakap mengenai perkara itu adalah lebih baik kerana perkara ini akan menyakitkan hati banyak pihak," katanya.
"Buat masa ini, kami perlu tenang dan apa yang akan berlaku tetap akan berlaku."
Mengulas lanjut mengenai isu dia memakai jersi Barcelona, Fabregas berkata, ia tidak boleh dijadikan petanda yang dia akan beraksi di Nou Camp.
"Kejadian itu berlaku pada saat yang istimewa dan saya tidak fikir ia lebih daripada itu kerana ia cuma satu jenaka pada malam sambutan yang hebat itu," katanya.
"Ia adalah masa di mana Pepe Reina menarik saya ke hadapan pentas dan mengajak saya menyanyi bersamanya.
"Pada mulanya, saya agak terkejut dengan tindakannya itu. Namun selepas difikir semula, sekiranya itu cara untuk berseronok, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.