KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 18 Ogos 2010

Rajagobal tarik nafas lega



RAJAGOBAL memberikan taklimat kepada pemain-pemainnya sebelum memulakan sesi latihan di padang Wisma FAM malam kelmarin.


SKUAD kebangsaan memulakan kem latihan bulan Ramadan di Wisma FAM, Kelana Jaya malam kelmarin yang bakal diakhiri dengan kemungkinan menentang skuad kebangsaan Oman di Doha, Qatar pada 3 September depan.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajago- bal pasti lega apabila semua 26 pemain yang dipanggil kali ini kecuali penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat telah turun menjalani latihan pertama itu tanpa sebarang masalah kecederaan.

Khairul Fahmi akan menyertai kem tersebut sejurus dia bersama skuad Kelantan pulang ke tanah air hari ini selepas mengerjakan umrah.

“Memang hari pertama latihan ini saya tidak boleh lihat apa-apa lagi. Saya hanya mahu tengok keadaan para pemain dan saya dapati tiada kecederaan melanda mereka.

“Kita akan terus berlatih sepanjang bulan puasa ini sebagai salah satu persiapan menghadapi Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China pada November depan.

“Tentang perlawanan persahaba- tan yang diatur, kita masih belum dapat pengesahan. Dalam dua hari lagi baru ia boleh diketahui sepe- nuhnya,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan tersebut malam kelmarin.

Pengendali berusia 54 tahun itu memberitahu, hanya perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Oman itu hampir pasti manakala aksi bertemu skuad kebangsaan Thailand dan kelab Singapura masih belum dimuktamad- kan.

“Ketika pertengahan saingan Piala Malaysia pula, kita akan beraksi pada kejohanan jemputan Piala Ho Chi Minh di Vietnam dari 26 September hingga 3 Oktober depan yang turut disertai skuad B-23 Vietnam, Singapura dan Iran,” jelasnya.

Bagi kem kali ini, Rajagobal telah memanggil 10 pemain skuad Harimau Muda iaitu K. Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Faizal Muhamad, Fadhli Shas, Fandi Othman, Gary Steven Robbat, Izzat Faris Ramlan, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Zamir Selamat.

Hanya empat pemain lebih usia 23 tahun disenaraikan iaitu Sharbi- nee Allawee Ramli, Norshahrul Id- lan Talaha, S. Kunanlan dan Azmi Muslim.

“Peluang tetap terbuka kepada pemain lain yang tidak dipanggil kali ini. Saya akan pantau prestasi mereka pada Piala Malaysia. Saya tidak mahu pemain sedia ada ini merasa selesa tempat mereka sudah terjamin,” tegas Rajagobal

Ozil sah jadi milik Real Madrid



MESUT OZIL (kanan) tidak akan beraksi untuk Werder Bremen pada playoff Liga Juara-Juara Eropah esok selepas Real Madrid mengesahkan pembelian pemain itu semalam.


BERLIN - Mesut Ozil tidak akan turun beraksi untuk Werder Bremen pada perlawanan pertama playoff Liga Juara-Juara menentang Sampdoria pada awal pagi esok selepas bintang Jerman itu sah akan berhijrah ke Real Madrid dengan bayaran perpindahan 15 juta euro (RM60.9 juta).

"Kami terpaksa menghormati keputusan Ozil untuk ber hijrah bagi meningkatkan lagi kariernya," kata Pengarah Sukan Bremen, Klaus Allofs.

Pada masa yang sama, laman web rasmi Real turut mengesahkan berita perpindahan tersebut setelah mereka tertarik dengan kelibat cemerlang Ozil sepanjang Piala Dunia 2010.

Justeru, tatkala Bremen sedang bersiap untuk menghadapi Sampdoria, Ozil, 21, tidak turun menyertai sesi latihan semalam dan dia dijangka akan berada di Madrid hari ini untuk ujian perubatan.

Real perlu membuat keputusan segera sebelum aksi playoff menentang Sampdoria esok kerana sekiranya Ozil turun beraksi pada perlawanan itu, dia tidak dibenarkan bermain untuk dua pasukan berbeza pada saingan Eropah itu dalam satu musim.

Sementara itu, skuad bimbingan Thomas Schaaf tersebut kerap bermain pada Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun kebelakangan ini manakala Sampdoria kali terakhir beraksi ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final 1991/92.

Bagi perancang tengah Itali, Antonio Cassano, dia yang telah menolak untuk berhijrah ke Inter Milan, berhasrat untuk memberi komitmen penuh bagi membantu Sampdoria mengulangi kejayaan lampau tersebut.

"Saya mahu tamatkan karier di sini. Bersama Sampdoria, saya rasa begitu selesa umpama raja. Apa yang penting dalam hidup adalah kebahagiaan dan saya merasai semuanya di sini

'Kuda tua' julang United


PEMAIN tengah Manchester United, Paul Scholes (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Newcastle United, Andy Carroll dalam aksi sulung Liga Perdana England di Old Trafford kelmarin. United menang 3-0.


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson memuji persembahan dua tonggak berpengalaman sku- ad kendaliannya itu, Paul Scholes dan Ryan Giggs.

Awal pagi semalam, anak- anak buah Ferguson berjaya mencatatkan kemenangan sulung dalam saingan Liga Perdana England musim ini apabila menewaskan Newcastle United 3-0 di Old Trafford.

Namun, apa yang menarik adalah gandingan Scholes, 35, dan Giggs, 36, di bahagian tengah yang dilihat berjaya mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Newcastle.

Prestasi cemerlang yang ditunjukkan Scholes itu menyaksikan dia turut menjadi nadi utama kepada dua lagi jaringan yang dilakukan The Reds Devils termasuk gol ketiga menerusi Giggs.

"Scholes dan Giggs merupakan dua pemain yang memiliki bakat yang sungguh menakjubkan.

"Saya berharap akan ada pemain seperti mereka selepas ini. Kelibat dua pemain ini ternyata berjaya menghidupkan corak permainan kami.

"Scholes telah membuktikan segala-galanya. Keghairahannya untuk beraksi telah berjaya membantu kami mencatatkan kemenangan dan saya berharap dia mampu mengekalkan corak permainannya," jelas Ferguson.

Selain Giggs, penyerang, Dimitar Berbatov kembali membuktikan ketajaman penyudahnya apabila meledak gol pertama buat United sebe- lum Darren Fletcher menyumbangkan gol kedua

Mascherano, Inter tiada jodoh


JAVIER Mascherano (kanan) perlu mencari kelab lain yang mampu membuat tawaran lebih tinggi jika dia berhasrat meninggalkan Liverpool.


LONDON - Impian perancang Liverpool, Javier Mascherano untuk menyarung jersi Inter Milan berke- mungkinan besar tidak akan menjadi kenyataan.

Ini kerana, jurulatih Inter, Rafael Benitez yang sebelum ini menyata- kan minatnya untuk membawa masuk kapten Argentina itu ke San Siro dilapor telah mendapatkan khidmat perancang muda Genoa, Giuseppe Sculli.

Sebelum ini, Mascherano yang dianggarkan bernilai £25 juta (kira-kira RM123.3 juta) berharap agar Inter mengemukakan tawaran bagi mendapatkan khidmatnya selepas memperoleh dana hasil penjualan penyerang, Mario Balotelli kepada Manchester City.

Bagaimanapun, Benitez tetap mahu menjadikan Sculli sebagai keuta- maannya memandangkan harga pemain itu yang lebih murah berbanding Mascherano.

Menurut satu sumber dalaman Inter, pihak pengurusan kelab tersebut hanya senggup mengeluarkan sekitar £15 juta (RM74.25 juta) sekiranya Benitez masih berminat untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu.

Namun, pengurus Liverpool, Roy Hodgson sudah pastinya tidak akan melepaskan Mascherano dengan begitu mudah kerana percaya yang pemain tersebut masih merupakan nadi utama buat The Reds.

Malah, jika Inter beranggapan Mascherano boleh dimiliki dengan harga yang murah, andaian tersebut meleset sama sekali kerana bekas pemain West Ham United ini masih mempunyai baki kontrak bersama Liverpoo