KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 30 Disember 2010

Cech tambah derita Ancelotti


CECH kecewa selepas Chelsea tewas 1-3 kepada Arsenal kelmarin.


LONDON - Penjaga gol Chelsea, Petr Cech menambah tekanan kepada pengurus Carlo Ancelotti selepas mereka tewas 1-3 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.
Cech berkata, persembahan skuad The Blues di Stadium Emirates itu adalah yang terburuk sepan- jang tujuh tahun dia berada di Stamford Bridge.
Menurutnya, Chelsea tidak mampu bertahan dan melancarkan serangan.
Ketika ini, Ancelotti berdepan tindakan dipecat selepas Chelsea merekodkan enam perlawanan tanpa menang.
Kekalahan kepada Arsenal itu telah menyebabkan juara bertahan tersebut menduduki tangga kelima liga selepas hanya mengutip enam daripada 24 mata.
"Kami membuat pemilihan yang salah di tengah padang, pertahanan lemas dan serangan juga lemah. Kami tidak lagi melakukan perkara yang sama seperti mana pada awal musim lalu apabila kami tidak mem- boloskan gol dan menjaringkan banyak gol.
"Kami tidak memperoleh rentak yang sama. Kami membuat pemilihan yang salah, hantaran yang tidak tepat.
"Setiap kali melancarkan serangan, kami terpe- rangkap dalam ofsaid dan kami melakukan terlalu banyak kesilapan di barisan pertahanan. Ini adalah sebab utama kami tidak memenangi perlawanan."
Cech yakin aksi di Emirates adalah persembahan terburuk benteng pertahanan Chelsea yang pernah dilihat sepanjang tujuh tahun berasa di kelab itu.
Katanya, Michael Essien dan Florent Malouda membuat kesilapan yang tidak sepatutnya dilaku- kan untuk menghadiahkan gol kedua dan ketiga Arsenal

Apa lagi alasan Indonesia?




APA lagi alasan Indonesia? Sudah mahu mengaku kalah atau masih terus nak bersandiwara?
Tolonglah sedar semua penyokong Indonesia, jangan putar-belit- kan kelemahan diri.
Harus belajar untuk menerima hakikat bahawa dalam apa juga acara sukan, yang terbaik akan muncul pemenang.
Tidak perlu membuat 1,001 macam tuduhan, dan tidak perlu juga mengadakan tunjuk perasaan.
Tindakan seperti itu membuktikan betapa kurangnya semangat kesukanan dalam diri.
Negara akan jadi malu dengan sikap seperti itu.
Tolong jangan jadikan sukan sebagai medan untuk mencetuskan ketegangan.
Satu Indonesia seharusnya berasa malu dengan tindakan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di hadapan hotel penginapan skuad Malaysia di Jakarta kelmarin, yang berhimpun sambil membawa kain rentang dengan pelbagai tuli- san berbentuk sindiran.
Pernahkah penyokong Indonesia bertanya pada diri mereka sendiri - adakah mereka dilayan sebegitu rupa ketika skuad mereka beraksi di Kuala Lumpur, Ahad lalu?
Adakah pemain mereka dibawa menggunakan kereta perisai untuk datang ke stadium?
Kalau saya seorang warganegara Indonesia, saya akan berasa malu melihat sikap seperti itu.
Ia membuktikan betapa biadapnya sikap kita terhadap tetamu yang tidak bersalah.
Bila kalah, pelbagai alasan dilemparkan. Penyokong Malaysia dituduh mengguna laser yang mereka dakwa mengganggu penjaga gol, Markus Harison.
Nak menuduh biarlah berasas. Sedarlah bahawa dalam sukan, yang terbaik pasti menang dan sinaran laser bukan punca.
Untuk pengetahuan penyokong Indonesia - Malaysia memang hebat dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Walaupun tewas 1-2 pada final kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi tetapi Malaysia tetap bergelar juara dengan agregat 4-2 hasil kemenangan 3-0 pada final pertama, Ahad lalu.
Kelebihan jaringan di tempat lawan juga memihak kepada Malaysia selepas Mohd. Safee Mohd. Sali berjaya menggegar gawang Indonesia pada separuh masa kedua untuk mendahului 1-0 sebelum lawan mereka bangkit menjaringkan dua gol.
Adakah penjaga gol Indonesia, Markus diganggu sinaran laser dengan jaringan Mohd. Safee itu?
Markus memang bijak berlakon. Lakonan yang telah memusnahkan harapan pasukan mereka.
Jika dia tidak berlakon pada final pertama di Bukit Jalil, Ahad lalu, saya yakin keadaan akan berbeza.
Gara-gara kerenah Markus itu, rentak permainan mereka tempang dan ia dipergunakan sepenuhnya oleh Malaysia untuk menghasilkan tiga gol.
Pada aksi kedua semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat turut diganggu pancaran laser oleh penyokong Indonesia tetapi dia tetap berjaya menyelamat sepakan penalti yang diperoleh Indonesia pada separuh masa pertama.
Apa pun, kejohanan sudah berakhir dan Malaysia sudah sah bergelar juara, sekali gus mengakhiri penantian selama 14 tahun.
Tahniah kepada Indonesia kerana mencatat kemenangan pada final kedua ini tetapi sayang ia tidak cukup bagi membolehkan mereka bergelar juara.
Bila dah 'sayur', memang 'sayur' dan memang betul pun apa yang diperkatakan oleh kapten Malaysia, Safiq Rahim kelmarin sebelum berlangsungnya final di Geloran Bung Karno itu.
Peringatan kepada skuad kendalian K. Rajagobal ini - jangan mudah berasa selesa dan terus berusaha meningkatkan reputasi pasukan.
Saya anggap kemenangan pada Piala Suzuki AFF ini serta kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009 di Laos lalu sebagai petanda kebangkitan bola sepak negara.
Tahniah Malaysia!

peledak paling berbisa di Asia Tenggara

SAFEE bangga dengan gelaran sebagai penjaring terbanyak kejohanan.


JAKARTA – Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Mohd. Sali mengakui yang dia tidak menyangka akan membawa pulang trofi selaku penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010.
Safee, 26, gagal menjaringkan sebarang gol ketika aksi peringkat kumpulan di sini dari 1 hingga 7 Disember lalu.
Namun, penyerang Selangor kelahiran Kajang itu meledak dua gol ketika separuh akhir pertama menewaskan Vietnam 2-0 dan dua gol ketika final pertama menewaskan Indonesia 3-0 di Kuala Lumpur, Ahad lalu.
Pada final kedua di sini malam tadi, Safee memastikan gelaran penjaring terbanyak menjadi miliknya apabila menjaringkan satu gol biarpun Malaysia tewas 1-2.
“Sepanjang sebulan kejohanan ini, saya sentiasa berusaha keras untuk meningkatkan prestasi.
“Apa pun, ini semua terhasil menerusi usaha dan kerjasama sepasukan yang telah membantu saya menjaringkan lima gol sepanjang kejohanan ini,” kata Safee pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.
Safee kini berstatus peledak paling berbisa di Asia Tenggara mengetepikan penyerang Indonesia, Cristian Gonzales yang sekadar mengumpul tiga gol di tempat kedua senarai penjaring terbanyak.
Bagi anugerah pemain paling bernilai (MVP) untuk kejohanan kali ini, ia menjadi milik kapten Indonesia, Firman Utina biarpun dia gagal menyempurnakan sepakan penalti malam tadi.
Firman membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM30,951).
Sementara itu, selaku juara, Malaysia berjaya meraih wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM309,510) manakala Indonesia yang menjadi naib juara menerima habuan AS$50,000 (RM154,755).
Sepanjang lapan edisi kejohanan, hanya empat pasukan pernah bergelar juara iaitu Thailand, Singapura, Vietnam dan terbaru Malaysia.