KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 10 November 2010

Chanturu makin bersemangat


SEORANG pegawai perubatan membalut buku lali kaki kanan Chanturu dengan ais semalam.


PENJARING gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S. Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini.
Pemain sayap Kelantan yang berasal dari Kulim, Kedah itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.
Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk terus turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari satu keputusan positif ketika bertemu Jepun.
"Kalau kesakitan pada bahagian belakang buku lali saya ini dapat sembuh sebelum perlawanan, saya memang begitu bersemangat untuk turun beraksi.
"Jika diturunkan, saya akan bermain bersungguh-sungguh untuk menunjukkan kepada Jepun bahawa Malaysia juga mampu menyaingi mereka," katanya ketika ditemui Kosmo! pada sesi latihan petang semalam.
Chanturu kini pada prestasi terbaik setelah dia turut menjaringkan satu gol ketika skuad kebangsaan menewaskan Maldives 4-0 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya minggu lalu pada aksi persahabatan terakhir sebelum berlepas ke Guangzhou.
Karier bola sepak Chanturu sebe- narnya bermula agak lewat apabila dia menjadi pemain skuad Piala Presiden Telekom Melaka pada 2007 dan pemain skuad Piala Presiden KL Plus pada musim 2008.
Hanya pada pertengahan musim 2009, Chanturu disenaraikan sebagai pemain skuad Liga Super Pulau Pinang sebelum dia dipancing Kelantan pada awal musim 2010.

Reina bakal tinggalkan Anfield



REINA (kiri) memberi gambaran bakal meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini.


LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Rei- na memberi gambaran awal yang dia bakal meninggalkan Anfield pada penghujung musim ini biarpun kontraknya masih berbaki enam tahun lagi.
Apabila ditanya berapa lama lagi dia akan kekal beraksi bersama Liverpool, Reina berkata: "Sekurangnya-kurangnya sehingga penghujung musim ini," katanya.
"Reina yang juga merupakan penjaga gol antarabangsa Sepanyol adalah salah seorang pemain bertaraf dunia yang dimiliki skuad The Reds selain Fernando Torres dan Steven Gerrard.
"Memang saya gembira berada di sini (Anfield) ditambah pula saya baru sahaja memperbaharui kontrak saya bersama Liver- pool tujuh bulan lalu.
"Namun, setiap pemain bola sepak sudah pastinya memasang impian untuk bersaing bagi memenangi sebarang trofi kejuaraan.
"Begitupun, saya akan terus kekal bersama Liverpool sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini tetapi ingin saya tegaskan bahawa saya tidak akan berhijrah dalam saingan Liga Sepanyol," kata Reina.
Sebagai rekod, Reina tidak pernah menjulang sebarang trofi kejuaraan sejak kali ter- akhir berbuat demikian ketika Liverpool menjadi juara Piala FA pada 2006

Ferguson lancar perang psikologi ke atas City


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson seakan-akan mahu melancarkan perang psikologi ke atas Manchester City menjelang pertemuan kedua-dua kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana England di Stadium of Manchester awal pagi esok.
Ini kerana, pengurus kelahiran Scotland itu percaya yang City tidak akan berhenti berbelanja besar bagi membawa masuk beberapa lagi pemain bintang ke Eastland selagi mereka tidak menjulang sebarang trofi kejuaraan.
Setakat ini, pemilik City, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £320 juta (RM1,593.79 bilion) bagi mendapatkan khidmat pemain-pemain bintang sejak mengambil kelab tersebut pada 2008.
Begitupun, perbelanjaan besar yang dikeluarkan itu dilihat masih belum mendatangkan hasil buat City yang terus kemarau tanpa menjulang sebarang trofi baik dalam saingan liga domestik mahupun di pentas Eropah.
"Kami (United) tahu dari mana datangnya wang yang dikeluarkan untuk membeli pemain-pemain baru itu.
"City telah membawa masuk lima atau enam muka baru pada musim perpindahan yang lalu dan perkara tersebut bakal berlanjutan sehingga- lah mereka menjulang trofi kejuaraan yang diidamkan selama ini," jelas Fer- guson.
Selepas mengharungi 11 perlawanan, United kini mengumpul 23 mata, dua mata di belakang pendahulu, Chelsea manakala City pula sekadar meraih 20 mata ditempat keempat.
Namun, sekiranya City mampu menumbangkan The Red Devils di laman sendiri awal pagi esok, skuad bimbi- ngan Roberto Mancini itu bakal melonjak ke tangga kedua liga sambil mengharapkan Arsenal yang menduduki tangga ketiga tewas di tangan Wolverhampton Wanderers dalam satu lagi perlawanan.
Ferguson yang telah membimbing United selama 24 tahun berkata, City seharusnya menjadikan kejuaraan liga musim ini sebagai sasaran mereka dan langkah ke arah tersebut bakal bermula daripada pertemuan kedua- dua kelab berjiran itu.
"Saya tidak percaya akan ada pihak yang mempersoalkan kemampuan City untuk muncul sebagai juara liga.
"Mereka kini berada dalam kelompok empat pasukan teratas liga dan pertemuan dengan United sudah pastinya menjadi penentu kepada mereka mengenai hala tuju mereka dalam saingan liga musim ini," tambah- nya.

Safiq galas tugas kapten


SAFIQ (kiri) mengambil alih tugas kapten daripada Norhafiz Zamani yang mengalami kecederaan pada aksi menentang Kyrgyzstan kelmarin.


SAFIQ RAHIM sudah bersedia untuk menggalas tugas selaku ketua pasukan apabila skuad bola sepak negara turun menentang Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Stadium Huadu petang ini.
Pemain tengah Selangor itu mengambil alih tugas tersebut daripada Norhafiz Zamani Misbah yang terpaksa diketepikan selepas mengalami kecederaan lutut pada minit ke-70 ketika skuad negara menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi sulung kelmarin.
Menurut Safiq, 23, dia akan memberikan persembahan yang lebih baik apabila berdepan Jepun petang ini memandangkan dia kini menggalas satu lagi tugas tambahan untuk mengetuai rakan-rakannya yang lain.
“Ketiadaan Zamani memang dirasai kerana dia merupakan tonggak paling senior dalam pasukan. Tapi apa boleh buat, kita terpaksa juga beraksi tanpa khidmatnya.
“Saya berjanji akan memberikan yang terbaik dengan segala apa yang saya miliki untuk mendapatkan satu keputusan yang baik buat skuad negara pada aksi menentang Jepun kelak.
“Sebagai kapten, saya akan cuba memberi bantuan kepada rakan-rakan lain supaya kami tidak mudah hilang fokus ketika di padang," kata Safiq kepada Kosmo! semalam.
Malaysia kini menduduki tangga kedua Kumpulan A berkongsi tiga mata dengan pendahulu kumpulan, Jepun yang membelasah tuan rumah, China 3-0 kelmarin. Kyrgyzstan berada di tangga ketiga dan China di tempat tercorot.
Diminta mengulas aksinya pada perlawanan menentang Kyrgyzstan kelmarin, Safiq berkata, dia berpuas hati dengan persembahannya dan juga rakan-rakan sepasukan lain.
“Cuma pada aksi menentang Jepun ini, kami perlu meningkatkan lagi persembahan serta memperbaiki rentak permainan untuk mencatat keputusan yang baik bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua.
“Kami berjaya menguasai sepenuhnya bahagian tengah ketika bertemu Kyrgyzstan. Cuma pada awal babak kedua kami agak hilang punca, mungkin kerana terlampau ghairah mencari gol kemenangan,” jelas Safiq.