KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 25 September 2010

Liverpool resah menanti kunjungan Sunderland


LIVERPOOL - Liverpool ternyata masih belum bersedia menjelang perlawanan menentang Sunderland dalam saingan Liga Perdana England di Anfield malam ini.

Ini kerana skuad kendalian Roy Hodgson itu masih belum boleh menerima hakikat mereka tewas 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Northampton Town pada aksi pusi- ngan ketiga Piala Liga kelmarin.

Selepas sekadar mengumpul lima mata dalam lima perlawanan awal liga musim ini, kekalahan tersebut sudah pastinya memberikan tamparan hebat buat Hodgson yang ketika ini dalam usaha membentuk se- buah skuad yang mantap.

Ia sekali gus memeningkan bekas pengu- rus Fulham itu bagi menyenaraikan kesebe- lasan utama yang baru selepas menyaksi- kan anak-anak buahnya tewas 2-3 kepada Manchester United dalam saingan liga Ahad lalu.

"Kami bekerja keras untuk mempamerkan persembahan terbaik, namun tidak di- nafikan kekalahan tersebut sememangnya sangat mengecewakan tetapi semuanya telah berlaku.

"Kini kami sedang berusaha bagi memas- tikan kekalahan tersebut tidak akan menjejaskan tumpuan kami ketika menentang Sunderland nanti kerana saya percaya pemain-pemain telah belajar daripada kesila- pan sebelum ini.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas keputusan saya menukar ramai pemain dalam pasukan ini kerana pada awalnya saya yakin mereka mampu memberi- kan kemenangan buat Liverpool tetapi sebaliknya yang berlaku," jelas Hodgson.

Sementara itu, Sunderland bakal berkun- jung ke Anfield tanpa kelibat beberapa tonggak utama termasuk John Mensah, Anton Ferdinand, Michael Turner dan Kieran Richardson yang mengalami masalah kecederaan.

Begitupun tonggak pertahanan, Titus Bramble hampir pasti diturunkan selepas diketepikan ekoran penahananya oleh pihak polis yang mendakwa pemain itu terlibat dengan kes rogol seorang wanita berusia 29 tahun.

"Saya akui rekod kami di Anfield tidak begitu baik tetapi kami akan tetap mempamerkan persembahan terbaik," kata pengurus Sunderland

City mahu benam ego Chelsea


MANCINI (kiri) sekali lagi menyandarkan harapan kepada Carlos Tevez bagi merobek gawang Chelsea.


MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini menganggap pertemuan menentang Chelsea dalam saingan Liga Perdana England malam ini merupakan ujian terbesar buat skuad kenda- liannya.

Chelsea ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memulakan saingan liga musim ini dengan lima kemenangan berturut-turut.

Justeru, Mancini menuntut anak-anak buahnya meleburkan rekod cemerlang skuad The Blues itu, sekali gus membuktikan pelaburan besar yang dilakukannya bagi membawa masuk beberapa muka baru ke Eastlands berbaloi.

Hasrat pengurus kelahiran Itali itu untuk menyaksikan skuad bimbingannya menjulang trofi pertama musim ini tidak kesampaian selepas City tewas 1-2 di tangan West Bromwich Albion pada pusingan ketiga Piala Liga kelmarin.

Namun, Mancini mempunyai alasan yang kukuh terhadap kekalahan tersebut kerana beliau merehatkan pemain-pemain utamanya bagi memasti- kan mereka berada pada prestasi terbaik menjelang aksi dengan Chelsea di Stadium of Manchester malam ini.

"Saya langsung tidak menyesal apabila merehatkan pemain-pemain utama pada aksi menentang West Bromwich kerana saya tidak mahu mengambil sebarang risiko menjelang perlawanan dengan Chelsea.

"Saya melihat pertemuan menentang Chelsea adalah lebih penting dan kini saya hanya memiliki 12 hingga 13 pemain yang benar-benar cergas dan sekiranya saya tidak menghadapi masalah kecederaan pemain, saya mampu menurunkan kesebelasan utama yang terkuat," jelas Mancini.

City dijangka turun tanpa beberapa kelibat tonggak utama seperti Joleon Lescott yang menghadapi masalah kecederaan pangkal paha, Micah Richards (hamstring), Wayne Bridge (tulang rusuk), Mario Balo- telli dan Jerome Boateng (lutut) serta Aleksandr Kolarov (kaki).

Sementara itu, The Blues ibarat harimau terluka selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga apabila dikejutkan dengan kekalahan 3-4 kepada Newcastle United di Stamford Bridge kelmarin.

Lebih malang, skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dihimpit dengan masalah kecederaan pemain dan berkemungkinan besar terpaksa melupakan khidmat Frank Lampard, Yossi Benayoun, Salomon Kalou, John Terry, Nicolas Anelka dan Gael Kakuta.

Begitupun, Ancelotti tetap percaya Terry mampu pulih sepenuhnya menjelang aksi menentang City itu dan bersedia untuk diturunkan.

"Pada perlawanan menentang Newcastle, Terry beraksi dalam tempoh 45 minit babak pertama tanpa menghadapi sebarang masalah kerana saya sebenarnya sengaja mahu merehatkannya.

"Kakuta pula memang menghadapi masalah di kaki- nya selepas diterjah pihak lawan, sementara Benayoun mengalami kecederaan pada paha dan Kalou (betis).

"Kami akan tetap memantau perkembangan mereka, namun peluang kesemua pemain ini untuk diturunkan pada aksi menentang City sangat tipis