KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 7 Oktober 2010

Kemenangan Bermakna Untuk Semua!


Kemenangan 4 - 0 keatas PKNS kembali memberi harapan kepada The Red Warriors mara ke suku akhir. Jaringan pertama Farisham Ismail pada minit ke 28 telah mula memberi keyakinan kepada pemain lain untuk mempamerkan aksi yang cemerlang pada malam tadi. Jaringan kedua oleh Akmal Rizal pada minit ke 54, disusuli jaringan ketiga oleh Mohd Badhri Radzi pada minit ke 77 dan Indra Putra melengkapkan jaringan keempat Kelantan pada minit ke 81. Gandingan dan persembahan mantap pemain pada malam tadi dilihat lebih bertenaga dan menjadi.
B Sathinathan ketika mengulas mengenai perlawanan ini, beliau harap kemenangan pada malam tadi berjaya menutup pandangan sinis penyokong Kelantan kepada beliau dan pemain Kelantan. Beliau juga berbangga dengan persembahan anak buahnya yang begitu hebat mengharungi 90 minit perlawanan dibawah tekanan yang amat dahsyat. Beliau dengan nada sinis masih tidak berpuashati dengan keupayaan prestasi dibawah prestasi sebenar pemainnya, namun kemenangan ini amat bermakna dalam sejarah beliau menjadi jurulatih.Beliau juga menyatakan pemain perlu bersedia dengan pasukan mana pun yang akan bertemu di suku akhir nanti dan menganggap semua pasukan sehebat Selangor yang perlu diberi tentangan sengit demi penyokong setia Kelantan.
Semua penyokong dan pemain Kelantan diseru tidak alpa dengan kejayaan ini kerana masih ada satu perlawanan yang perlu ditamatkan selain tidak terlalu memperlekeh penyokong pasukan lawan disebabkan terlalu kagum dengan pasukan kita. Perlawanan menentang KL Plus di Stadium MBPJ Kelana Jaya masih memerlukan sokongan padu para penyokong. Ayuh kita penuhkan stadium MBPJ dengan warna merah putih warna kebanggaan kita. Pastikan jumlah kehadiran ini lebih 3 kali ganda daripada jumlah kehadiran penyokong ketika menentang KL Plus pada saingan liga super lalu.
BERSAMA KITA SENTIASA BERDOA DAN SUJUD SOLAT DEMI KEMENANGAN DAN KEBERKATAN BERTERUSAN THE RED WARRIORS.

Neymar beri gambaran sarung jersi Chelsea



NEYMAR berminat menyertai Chelsea kerana saingan Liga Perdana England yang dianggap kompetitif.



LONDON - Bintang muda Brazil, Neymar memberi gambaran awal bahawa dia kini telah bersedia untuk menyarung jersi Chelsea.
Jelas Neymar, beraksi bersama skuad The Bluesmerupakan satu penghormatan buat dirinya.
Pada musim panas yang lalu, Chelsea telah mengemukakan tawaran bernilai £25 juta (RM123 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun itu.
Namun tawaran tersebut telak ditolak oleh kelab Santos yang masih mahu Neymar terus menyumbangkan khidmatnya bersama mereka.
"Untuk beraksi bersama Chelsea, ia merupakan satu penghormatan. Semuanya yang mereka tawarkan sebelum ini berjaya menarik minat saya.
"Mereka memiliki ramai pemain yang berkualiti dan saya gemar akan corak permainan yang dipamerkan mereka.
"Sudah pasti ramai pemain bertaraf bintang mahu beraksi bersama mereka tetapi saya tidak begitu. Saya masih gembira beraksi dengan Santos.
"Jika saya meninggalkan Santos sekalipun, ia bukan kerana kelab itu tidak bagus tetapi saingan Liga Perdana England lebih kompetitif dan itu telah menarik minat saya

NESV hampir pasti pemilik baru Liverpool


IMBAS KEMBALI... Gillet (kiri) dan Hicks bergambar bersama selepas sah menjadi pemilik Liverpool pada 2007.


MANCHESTER - Ahli lembaga Liverpool telah mencapai persetujuan untuk penjualan kelab Liga Perdana England itu kepada New England Sports Ventures (NESV) yang merupakan pemilik kelab bola keranjang Amerika Syarikat, Boston Red Sox.
Namun penjualan tersebut bergantung kepada kelulusan pihak pentadbiran Liga Perdana England selain penyelesaian pertikaian berhubung keahlian ahli lembaga pengarah kelab serta hal-hal lain yang berkaitan.
"Saya cukup gembira apabila kami akhirnya berjaya menyelesaikan proses penjualan kelab ini yang telah berjalan dalam tempoh yang cukup panjang dan mendapat liputan meluas.
"Lembaga pengarah kelab membuat keputusan untuk menerima kertas kerja yang dikemukakan NESV kerana pada dasarnya, ia merupakan yang terbaik dan menepati kriteria yang kami tetapkan untuk pemilik baru.
"Falsafah NESV juga bertepatan kerana mereka hanya memikirkan soal kemenangan dan ia telah dibuktikan menerusi pasukan Red Sox," kata Pengerusi Liverpool, Martin Broughton dalam satu kenyataan semalam.
Pemilik Liverpool ketika ini, Tom Hicks dan George Gillett dari Amerika Syarikat telah membeli kelab Merseyside itu pada Februari 2007 dengan harga £218.9 juta (RM1.08 bilion).
Kedua-dua pemilik bersama itu telah diarahkan Barclays Capital pada April lalu untuk mencari pembeli baru dan melantik Broughton yang juga Pengerusi British Airways untuk menguruskan penjualan tersebut.
Broughton menambah, dia agak kecewa kerana kedua-dua pemilik terbabit sering cuba melakukan pelbagai cara untuk menghalang penjualan itu daripada berlaku.
Liverpool telah berhutang sebanyak £237 juta (RM1.17 bilion) kepada pemiutang utama mereka iaitu Royal Bank of Scotland yang menetapkan 15 Oktober depan sebagai tarikh akhir pembiayaan semula

The Chance: Zaky terpilih wakili Malaysia



ZAKY (kanan) bergambar bersama Menaha di Bukit Jalil semalam.



NIKE Malaysia secara rasmi telah mengumumkan Mohammad Zaky Zulkifli sebagai pemenang programThe Chance 2010.
Dengan itu, Zaky akan mewakili Malaysia pada sesi pemilihan bersama 99 lagi bakat muda dari 40 negara lain di bawah kendalian pengurus Arsenal, Arsene Wenger di London tahun depan.
Pemilihan akhir bagi memilih wakil tunggal Malaysia berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur petang semalam turut dihadiri jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal dan Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj.
Zaky yang menghadiri sesi pemilihan awal The Chance di Pasir Gudang, Johor bakal merebut lapan tempat untuk menyertai Akademi Nike di London yang merupakan sebuah pusat latihan program berprestasi tinggi dan disokong Liga Perdana England.
"Ia sentiasa menjadi impian saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Terima kasih Nike," kata Zaky.
The Chance yang dilancarkan pada September lalu telah menyaksikan lebih 500 bakat muda dari seluruh negara hadir sesi pemilihan di Kuala Lumpur, Kuantan, Pulau Pinang dan Pasir Gudang dengan panel pemilihannya diketuai oleh Rajagobal yang memilih 30 pemain ke peringkat akhir semalam.
Sementara itu, Pengurus Pemasaran Nike Malaysia, Menaha Nadaraja berkata, pihaknya yakin The Chance ini bukan saja menjadi program bagi mencari bakat muda berpotensi, malah ia juga dapat membina semangat bola sepak di negara ini.
"Dengan sesi pemilihan telah selesai, kami berasa cukup bangga untuk mengumumkan Zaky sebagai wakil Malaysia pada pemilihan global nanti. Kami yakin Zaky akan mengharumkan nama negara di London," jelas Menaha