KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 2 Mac 2011

Vela sumbang mata berharga West Brom



VELA menjaringkan gol penyamaan buat West Brom pada minit ke-86 awal pagi semalam.


STOKE - West Bromwich Albion berjaya keluar dari zon penyingkiran setelah mencuri satu mata ketika mengikat Stoke 1-1 pada aksi Liga Perdana England di gelanggang lawan awal pagi semalam.
Stoke mendahului menerusi Rory Delap pada minit ke-53 sebelum Carlos Vela menjaringkan gol penyamaan buat West Brom pada minit ke-86.
Namun, ulang tayang televisyen menunjukkan yang Vela berada dalam kedudukan ofsaid ketika melakukan jaringan tersebut.
Penyerang Mexico yang dipinjam dari Arsenal itu turut menjaringkan gol penyamaan pada lewat permainan ketika West Brom mengikat Wolves 1-1 pada minggu lalu.
"Kami gagal beraksi baik pada perlawa- nan ini. Ia persembahan terburuk kami sepanjang musim ini.
"Melihat kepada jaringan penyamaan lawan, ia satu keputusan mengejut dari- pada penjaga garisan.
"Jika dia tidak dapat membuat keputu- san tepat, kenapa dia diberi peluang bertugas pada saingan tinggi seperti ini?
"Tetapi secara keseluruhan, para pemain kami juga telah membuat beberapa tinda- kan yang teruk sepanjang perlawanan ini," tegas pengurus Stoke, Tony Pulis.
West Brom kini menduduki tangga ke-17 dengan 29 mata, cuma satu mata mengatasi Wolves dan West Ham mana- kala Wigan di tangga tercorot dengan 27 mata.
Sementara itu, keputusan seri tersebut meletakkan pengurus baru West Brom, Roy Hodgson masih tercari-cari kemena- ngan pertama selepas dua perlawanan mengambil alih tugas daripada Roberto Di Matteo.
Bekas pengurus Liverpool itu turut me- minta maaf kepada pasukan tuan rumah setelah salah seorang pemainnya, Jonas Olsson telah memecahkan gambar yang digantung di terowong masuk ke bilik per- salinan akibat rasa kecewa.
"Malangnya salah seorang pemain kami telah membuat keputusan untuk menguji kekuatannya dengan memecah gambar tersebut.
"Kami meminta maaf dan sedia untuk membayar ganti rugi terhadap insiden itu. Saya harap Stoke tidak menjadikan ia sebagai isu," ujar Hodgson. 

Barca elak perangkap Valencia



ALVES


BARCELONA - Pemain pertahanan Barcelona, Dani Alves percaya pasukannya telah beraksi baik dalam setiap musim selepas mereka kini selesa menghuni tangga teratas Liga Sepanyol.
Musuh tradisi Barca, Real Madrid berharap skuad Catalan itu akan tercicir mata tetapi mereka tetap menunjukkan prestasi meyakinkan ketika membenam Mallorca 3-0 pada awal pagi Ahad lalu.
Biarpun turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Xavi Hernandez, Victor Valdes, Carles Puyol dan Dani Alves, Barcelona berjaya mencatat keputusan cemerlang menerusi sentuhan Lionel Messi.
"Apa yang penting, kami tidak melakukan kesilapan. Sudah tentu hasrat kami adalah untuk meningkatkan prestasi dari musim ke musim.
"Kami sedar Real Madrid sentiasa memberi saingan yang cukup kompetitif tetapi kami adalah pasukan yang lebih baik berbanding musim lalu dan akan terus cuba mengekalkan rentak ketika ini.
"Kami telah menampilkan aksi baik ketika berdepan Mallorca tempoh hari. Biarpun kami tidak memiliki skuad yang besar tetapi kami tetap memiliki kualiti yang cukup," kata Alves.
Awal pagi esok, Barca bakal berdepan Valencia yang sedang rancak memburu slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan dan telah mempamerkan rentak cemerlang sejak Disember lalu.
Valencia tetap berbahaya ketika membenam Athletic Bilbao 2-1 pada awal pagi kelmarin.
"Valencia pasti akan bertemu kami dengan semangat yang cukup tinggi setelah mereka menang di gelanggang Bilbao.
"Tetapi kami tetap perlu memberi fokus untuk tidak mempersia-siakan kelebihan tujuh mata ini," jelas Alves. 

Arsenal waspada jerat Orient



VAN PERSIE yang mengalami kecederaan lutut hampir pasti diketepikan pada aksi bertemu
Orient awal pagi esok.


LONDON - Arsenal bakal menghadapi ujian mencabar apabila menanti kunjungan Leyton Orient di Emirates awal pagi esok untuk aksi ulangan pusingan kelima Piala FA.
Ia pasti peluang terbaik untuk para pemain Arsenal menunjukkan karakter sebenar mereka setelah dihimpit kekecewaan tewas 1-2 kepada Birmingham City pada final Piala Liga awal pagi kelmarin.
Jika menang, skuad bimbingan Arsene Wenger itu bakal berdepan pula Manchester United yang menanti mereka pada peringkat suku akhir.
"Sudah tentu ia satu perlawanan yang sukar tetapi ia sebahagian dari- pada tugas kami iaitu untuk memas- tikan kemaraan pasukan.
"Banyak cabaran besar menanti kami selepas ini dan kami tidak se- sekali mahu mempersia-siakannya.
"Pasukan kami telah mengharungi satu musim yang cukup baik sehingga kini. Jadi sokongan cukup diperlukan untuk meningkatkan semula semangat pasukan," kata Wenger.
Robin van Persie hampir pasti diketepikan pada aksi bertemu Orient selepas mengalami kecederaan lutut ketika aksi menentang Birmingham manakala Theo Walcott dan Cesc Fabregas turut masih belum pulih.
Pada aksi sebelum ini, gol penya- maan lewat Jonathan Tehoue membolehkan Orient mengikat Arsenal 1-1.
"Adalah sesuatu yang menarik jika dapat menjaringkan gol awal ketika bertemu Arsenal kali ini tetapi memang ia tugas yang sukar.
"Apa pun, para pemain kami memiliki semangat yang cukup tinggi untuk mencipta kejutan sekali lagi," kata pengurus Orient, Russell Slade.
Bagaimanapun, Orient mungkin tidak dapat menurunkan Tehoue yang mengalami migrain

Kelantan unggul terajui takhta Liga Super



NORSHAHRUL (kiri) cuba melepasi halangan kapten Negeri Sembilan, Shukor Adan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.


KELANTAN mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Super selepas membenam Negeri Sembilan 3-0 di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam.
Selepas gagal merobek gawang Negeri Sembilan pada babak pertama, Kelantan akhirnya memperoleh gol pembukaan menerusi S. Chanturu pada minit ke-49.
Gol tersebut ternyata menyemarak semangat barisan pemain tuan rumah untuk menambah jaringan dan hasilnya, Nor- shahrul Idlan Talaha meledak dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 80.
Kemenangan itu menyaksikan skuad The Red Warriors mengumpul 14 mata hasil empat kemenangan dan dua kali seri.
Lebih manis, Kelantan yang ditabalkan selaku juara Piala Sultan Ahmad Shah masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mengharungi enam perlawanan.
Di Stadium Perak, pencabar terdekat Kelantan, Perak pula gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri 1-1 dengan skuad Harimau Muda A.
Bagaimanapun, skuad Kejor Yob Kejor itu masih boleh berbangga kerana turut mengekalkan rekod bersih selepas enam perlawanan.
Harimau Muda A terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Wan Zack Haikal pada minit ke-11 sebelum Muhamad Nor Azrul muncul penyelamat Perak dengan gol penyamaan lima minit sebelum perlawanan berakhir.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila seri 2-2 dengan Sabah.
Sabah memperoleh dua gol awal mene- rusi Razlan Oto pada minit ke-30 dan Leo- pold Alfonso Otong (68).
Namun, Pahang bangkit dengan dua gol sumbangan R. Surendran (70) dan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.
Di Stadium MBPJ, Felda United mengutip tiga mata penuh selepas menewas- kan wakil Terengganu, T-Team 2-0.
Di Stadium Utama Negeri, Perlis gagal mengutip mata penuh apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuala Lumpur.