KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 27 Ogos 2010

Mancini sedia lepaskan Robinho



ROBINHO lebih cenderung menyarung jersi kelab Sepanyol atau Itali.


LONDON - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengesahkan, Robinho hanya akan meninggalkan Eastlands jika ada kelab dari Itali atau Sepanyol mengemu kakan tawaran bagi mendapatkan penyerang antarabangsa Brazil itu.

Sebelum ini, Robinho telah dipinjamkan ke kelab Brazil, Santos dan kini dia dikatakan mahu meninggalkan City.

Begitupun, Robinho telah menolak tawaran daripada Fenerbahce kerana percaya masa depannya lebih cerah di Sepanyol atau Itali.

"Robinho memiliki dua atau tiga pilihan. Kita akan tahu ke mana dia mahu pergi selepas dia memikirkannya.

"Saya telah bercakap dengan Robinho dan dia boleh tinggal di sini jika dia berusaha keras dan berlatih dengan baik.

"Saya ada hubungan yang baik dengannya tetapi saya rasa dia mahu bermain di Itali ataupun Sepanyol," jelas Mancini.

Beliau juga mengakui Lazio kini berminat ke atas penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz yang kini khidmatnya tidak diperlukan lagi.

"Roque seorang lelaki yang baik dan seorang pemain yang bagus. Ada kemungkinan dia akan menyertai Lazio atau kelab lain," kata pengurus dari Itali itu

Crouch julang Spurs


CROUCH muncul wira apabila meledak hatrik bagi membantu kemenangan Spurs awal pagi semalam.


LONDON - Jaringan hatrik Peter Crouch berjaya membawa Tottenham Hotspur (Spurs) layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara hasil kemenangan 4-0 ke atas kelab Switzerland, Young Boys awal pagi semalam.

Pada aksi kedua playoff di White Hart Lane itu, Spurs berjaya mara dengan agregat 6-3 selepas tewas 2-3 pada perlawanan pertama di tempat lawan minggu lalu.

"Kami mahu diundi satu kumpulan bersama Real Madrid dan Inter Milan supaya kedua-dua pasukan itu dapat bertandang ke White Hart Lane kerana para penyokong kami mahu melihat kami bertemu kelab terbabit.

"Kami tidak akan dapat menilai se- jauh mana kehebatan kami sehingga- lah kami berpeluang bertemu pasukan terbaik. Kami kini memiliki peluang tersebut dan bersedia untuk menghadapinya," kata Crouch.

Sementara itu, Defoe yang bakal menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pangkal pahanya pada minggu depan telah menjaringkan satu lagi gol Spurs yang dianggap kontroversi.

"Memang saya menyentuh bola menggunakan tangan ketika menyambut hantaran tersebut tetapi apa yang lebih penting, kejayaan layak beraksi pada Liga Juara-Juara musim ini cukup bermakna buat kami," kata Defoe.

Bagi pengurus Spurs, Harry Red- knapp pula, kejayaan tersebut begitu menarik kerana ia merupakan suatu penantian yang cukup lama untuk mereka beraksi pada saingan tertinggi Eropah itu.

"Kami pernah beraksi pada Piala UEFA. Tetapi kejayaan mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ini sesuatu yang hebat.

"Ketika saya mula-mula menyertai kelab ini, ia merupakan sasaran utama saya dan kami akhirnya berjaya merealisasikannya," kata Redknapp

Kuyt nekad tinggalkan Anfield


KUYT (kanan) dan Mascherano kini dilamar jurulatih Inter, Rafael Benitez.


LIVERPOOL - Bintang Liverpool, Dirk Kuyt membuat kejutan apabila menyatakan hasrat untuk meninggalkan Anfield.

Bintang Belanda itu dikatakan mahu menyertai bekas pengurus Liverpool, Rafael Benitez yang kini membimbing kelab gergasi Itali, Inter Milan.

Perkembangan terbaru itu nyata menimbulkan kemarahan pengurus Liverpool, Roy Hudgson kerana Benitez sebe- lum ini telah berjanji tidak akan lagi mengganggu bekas-bekas pemain bimbingannya.

"Kedua-dua kelab masih meneruskan perbincangan tetapi Kuyt telah memberitahu Liverpool bahawa dia tidak mahu terlibat lagi dengan mereka kerana ini melibatkan karier dan kehidu- pannya.

"Tetapi itu bukan bermakna dia sedia meninggalkan kelab ini dengan apa harga sekalipun tetapi apabila kelab seperti Inter datang dengan tawaran, adalah perkara normal untuk difikirkan lebih lanjut," kata ejen Kuyt, Rob Jansen.

Hodgson ketika ini berdepan situasi sukar untuk mempertahankan Javier Mascherano setelah Inter kelmarin membuat tawaran rasmi dengan harga £20 juta (RM98 juta) dan pemain Argentina itu turut diintai Barcelona.

"Apabila Benitez meninggalkan kelab ini, dia telah menandatangani perjanjian bahawa dia tidak boleh mengambil pemain dari Liverpool dan saya rasa ia masih berkuat kuasa.

"Kami belum terima tawaran daripada mana-mana kelab untuk Kuyt. Jadi jelas berlaku urusan belakang tabir dengan ejen terus berbincang dengan pengurus Inter.

"Dengan ini kami tidak mengalu-alukan tawaran ini dan kami juga tidak menerima sebarang tawaran rasmi. Saya perlukan pemain, bukannya wang