KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 3 Januari 2011

Reina setia di Anfield




LONDON - Penjaga gol Liverpool, Pepe Reina (gambar) menafikan spekulasi yang mengatakan dia bakal meninggalkan kelab Liga Perdana England itu.
Sebaliknya Reina menegaskan, dia tetap menghormati kontraknya bersama skuad The Reds.
Reina, 28, sudah beberapa kali dikaitkan dengan spekulasi perpindahan dari Anfield sejak musim panas lalu.
Selain Manchester United, Arsenal juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan penjaga gol Sepanyol itu.
Meskipun Reina menandata- ngani kontrak baru selama enam tahun pada April lalu, ada khabar angin yang mengatakan terdapat satu klausa dalam kontrak itu yang yang memboleh- kan dia meninggalkan kelab tersebut.
"Saya letih apabila dikaitkan dengan khabar angin akan bersama beberapa pasukan lain di England dan luar negara," katanya.
"Saya adalah pemain yang berpegang pada janji dan komitmen. Saya menghormati kontrak saya di Liverpool.
"Cerita mengenai tawaran ini tidak betul. Saya belum bercakap dengan sesiapa dan saya 100 peratus adalah pemain Liverpool.
"Sejak saya berada di sini, saya telah memiliki kesabaran yang kuat dan lebih daripada apa yang saya fikirkan di Sepa- nyol.
"Liverpool adalah sebuah eklab yang ditakuti, ia sangat istimewa. Penjaga penjaga gol Liverpool adalah satu keistimewaan. Mulai sekarang, saya hanya mahu memena- ngi trofi bersama mereka." 

City tak putus asa buru Kaka


KAKA semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kiri pada Ogos lalu.


LONDON - Manchester City tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Brazil, Kaka.
Terbaru, kelab Liga Perdana England itu mendedahkan bahawa mereka bersedia untuk membuat tawa- ran baru kepada Kaka sekiranya dia gagal mempamerkan aksi terbaik di Real Madrid.
Kaka, 28, semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kiri pada Ogos lalu.
Ketiadaan Kaka memaksa pengurus Real, Jose Mourinho membawa masuk pemain muda Jerman, Mesut Ozil dari Werder Bremen dan bintang Piala Dunia itu berjaya melakukan impak.
Begitupun satu sumber di Sepanyol mendakwa, City telah bersedia untuk membuat tawaran sekiranya dia berminat untuk meninggalkan Real pada musim panas ini.
Real membeli Kaka dengan harga £56 juta (RM270 juta) kira-kira 18 bulan lalu.
Begitupun, enam bulan sebelum dia menandatangani kontrak bersama Real, City dilaporkan sudah mengemukakan tawaran tetapi ia telah ditolak.
Kini, City masih mencari seorang pemain berstatus bintang dan pemilik kelab, Sheikh Mansour serta pengerusi, Khaldoon Al-Mubarak memberi 'lampu hijau' kepada pengurus Roberto Mancini.
Dalam pada itu, pengurus Chelsea dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Kaka yang juga bekas pemainnya itu di AC Milan untuk sekali lagi bekerja sama.
Bagaimanapun, pembelian Kaka belum lagi menda- pat persetujuan pemilik kelab, Roman Abramovich kerana ia membabitkan kos yang tinggi.

Astro Media penaja bersama Liga M

TENGKU ABDULLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima suntikan baru dalam mengendalikan perjalanan sukan bola sepak negara apabila Astro Media bersedia menjadi rakan penaja bersama bagi Liga Malaysia (Liga M) musim 2011-2014.
Astro Media yang merupakan salah satu rangkai- an daripada syarikat televi- syen berbayar negara, Astro telah menandatangani kontrak penajaan bersama FAM dengan jumlah RM120 juta bagi tempoh empat tahun tersebut.
Begitupun, FAM menjelaskan bahawa Astro Media bukan penaja utama bagi Liga M 2011-2014, sebaliknya bertindak sebagai sebuah agensi yang membantu urusan kewangan dan pemasaran FAM selain turut memegang hak siaran langsung dalam semua perlawa- nan Liga M.
“Astro Media secara dasarnya telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama saingan Liga M dengan tajaan RM120 juta selama empat tahun,” kata Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Kelana Jaya semalam.
“Mereka bukan menjadi penaja utama bagi Liga M tetapi dilantik menjadi agensi yang membantu urusan kewangan serta pemasaran untuk FAM. Begitupun, mereka juga diberi hak siaran televisyen bagi semua perlawanan Liga M termasuk Liga Perdana, Piala FA, Piala Presiden dan rakan media skuad remaja.
“Tetapi ia tidak bermakna stesen televisyen lain tidak berpeluang menyiarkan perlawanan Liga M secara langsung. Mereka boleh membeli siaran tersebut dan berurusan melalui Astro Media.”
Menurut Tengku Abdullah, baginda berharap agar banyak lagi syarikat korporat akan tampil menjadi penaja bersama Liga M, sekali gus membantu peningkatan sukan bola sepak negara selain menjadikan ia platform dalam bidang komersial.
“Apa yang ditawarkan oleh Astro Media ini adalah baik bagi bola sepak negara dan ia juga perkembangan baru bagi FAM.
“Ia akan melibatkan pembangunan bagi jangka masa panjang dan perubahan yang menarik bagi saingan liga tempatan sendiri.”
Pengerusi Liga Super Malaysia (MSL), Tan Sri Annuar Musa pula menjelaskan, FAM menerima bidaan daripada Astro Media sete- lah melihat visi dan potensi yang mampu mereka reali- sasikan dalam kancah Liga M sehingga 2014.
“FAM bukan hanya melihat jumlah bidaan saja tetapi juga menimbang perkara-perkara lain seperti pelaksanaan mereka dalam perubahan-perubahan yang FAM mahukan dalam Liga M sepanjang empat tahun ini,” kata Annuar.
“Mereka juga turut melabur RM100 juta lagi dalam peralatan dan fasiliti bagi siaran langsung Liga M, jadi keseluruhan penajaan mereka boleh dikatakan mencapai RM220 juta.
“FAM mahu mengubah Liga M menjadi satu kejo- hanan liga yang kompetitif dan menarik untuk disaksi- kan. Saya berani jamin pada musim 2013 hingga 2014, perubahan besar akan dilihat dalam kancah liga bola sepak negara.”
Sementara itu Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM berkata, pengumuman mengenai penaja utama Liga M bagi musim 2011 hingga 2014 akan dibuat dalam sedikit masa.
“FAM terpaksa mengambil sedikit masa bagi melihat bidaan-bidaan yang diterima, kemudian selepas itu barulah akan diumumkan siapa penaja utama Liga M bagi musim 2011-2014.
“Ada beberapa nama besar yang telah mengemuka- kan bidaan mereka dan saya akui salah satu daripadanya ialah Maxis. Kita tunggu dan lihat saja siapa yang akan dipilih oleh FAM,” ujar Annuar.

Tengku Abdullah minta Safee fikir ‘semasak-masaknya’


TIMBALAN Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihati Safee Sali supaya memikirkan ‘semasak-masaknya’ sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depan karier bola sepaknya.
Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negara selepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.
Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).
“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.
“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.
“Oleh itu, saya harap Safee memikirkan dulu semua perkara sebelum membuat keputusan.
“Jangan pula pilihan yang dibuatnya ini akan merugikan masa depannya dan juga negara,” ujar baginda lagi.
Safee ketika ini menyertai skuad Selangor menjalani latihan dan beberapa siri perlawanan ujian pra musim di Perth, Australia hingga 9 Januari ini.
Sementara itu, mengenai imbuhan kepada pemain skuad Malaysia yang membawa pulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama setelah menewaskan Indonesia 4-2 menerusi agregat, Tengku Abdullah berkata, ia akan diumumkan oleh Presiden FAM sendiri, Sultan Ahmad Shah pertengahan bulan ini.
“Saya rasa lebih baik kita jangan fikir sangat tentang ganjaran atau imbuhan kepada pemain negara ini. Kita tidak boleh terlalu teruja dengan kejayaan ini,” jelas Tengku Abdullah.
“Bagaimanapun, FAM akan tetap memberi ganjaran kepada pemain negara, cuma masih belum pasti bila- kah masa untuk mengumumkannya.
“Semua ini terpulang kepada presiden sendiri untuk menentukannya dan saya rasa mungkin pada pertengahan bulan ini Presiden FAM akan umumkan,” tambah baginda lagi.