KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 12 November 2010

Kelantan Mara Ke Suku Akhir


Kelincahan pemain muda Kelantan, Mohd Nurfafifi tidak dapat dibendung apabila beliau turut mempunyai dua peluang terbaik masing-masing pada m-33 dan 44 namun rembatannya diselamatkan Mohd Faizal yang merupakan penjaga gol Liga Super Pulau Pinang musim ini.
Babak kedua, Kelantan dilihat menguasai permainan namun ketumpulan jentera serangan serta kekentalan benteng pertahanan pasukan pelawat menafikan hasrat Kelantan untuk memburu gol pertama.
Dua peluang terbaik hadir pada m-65 dan 67 menerusi tandukan Kapten, Tengku Hazman Raja Hassan dan Mohd Nurfafifi namun ketangkasan Mohd Faizal di gawang gol Pulau Pinang sekali lagi menghampakan anak buah Zahasmi Ismail itu.
Usaha Kelantan untuk memburu jaringannya akhirnya berhasil pada m-75 apabila bekas pemain pertahanan KL Plus FC musim lalu, Khairan Ezuan Razali berjaya meledakkan rembatan kencang dari luar kotak penalti Pulau Pinang menghasilkan gol kemenangan Kelantan dalam perlawanan itu.
Kemenangan ketiga berturut-turut Kelantan dalam perlawanan peringkat kumpulan membolehkan muncul juara kumpulan B dan akan membuat perhitungan dengan pasukan naib juara daripada kumpulan A sama ada Negeri Sembilan atau Perlis pada peringkat suku akhir pada 13 November ini.
Pengalaman Zahasmi Ismail (tengah) ditagih bagi membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala Emas Raja-Raja pada tahun ini.

Malaysia hanya buru satu mata

Malaysia hanya buru satu mata

PENYERANG negara, Norshahrul Idlan Talaha (belakang) bersaing dengan pemain Jepun, Yuki Saneto pada aksi di Stadium Huadu, Guangzhou kelmarin.


SKUAD bola sepak negara makin hampir menamatkan kemarau 32 tahun bagi melepasi saingan peringkat kumpulan temasya Sukan Asia. Untuk rekod, kali terakhir Malaysia berjaya melepasi saingan peringkat kumpulan ialah pada Sukan Asia 1978 di Bangkok, Thailand.
Kini barisan pemain negara hanya perlu sekurang-kurangnya seri ketika menentang China pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A Sukan Asia Ke-16 di Stadium Tianhe malam esok.
Seandainya seri, skuad kendalian K. Rajagobal itu akan muncul naib juara di belakang gergasi Asia, Jepun.
Namun jika tewas sekalipun, Malaysia masih mempunyai beka- lan tiga mata selepas menewas- kan Kyrgyzstan 2-1 pada aksi pembukaan untuk layak ke pusi- ngan kedua selaku empat pasukan di tempat ketiga terbaik di kala- ngan enam kumpulan.
Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, pencapai- an anak-anak buah Rajagobal setakat ini wajar dipuji biarpun mereka tewas 0-2 kepada Jepun kelmarin.
"Saya tetap bangga walaupun kita tewas kepada Jepun kerana beberapa pemain kita yang beraksi semalam (kelmarin) ada di antaranya baru berusia 18, 19 dan 20 tahun.
"Tetapi mereka telah membuktikan bahawa kita masih mampu untuk menyaingi pasukan gergasi seperti Jepun.
"Saya juga yakin kita sekali lagi mampu beraksi baik untuk mene- waskan China (esok).
"Lagipun sudah lama kita tidak mencapai keputusan membanggakan setelah kali terakhir kita berjaya melepasi peringkat kumpulan 32 tahun yang lalu," kata Subahan ketika ditemui pada sesi latihan di Shiqiao No. 2 Mid- dle School semalam.
Malaysia pernah dua kali memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia 1962 dan 1974 tetapi selepas temasya 1978, skuad bola sepak negara sering terkandas pada saingan peringkat kumpulan.
Sementara itu, Rajagobal turut melaungkan keyakinan bahawa anak-anak buahnya mampu mencatat keputusan seri atau mene- waskan China malam esok.
"Saya mahu para pemain turun beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat tinggi sama seperti dua perlawanan sebelum ini biarpun China bakal mendapat soko- ngan puluhan ribu penyokong di stadium.
"Saya juga sudah mengingatkan pemain, biarpun kita kini tanpa beberapa tonggak yang cedera, mereka yang ada ini perlu mempersiapkan diri masing-masing bagi menghadapi perlawanan itu.
"Jangan terlalu takut dengan China kerana mereka juga menghadapi tekanan kerana perlu menewaskan kita untuk layak, sedangkan kita hanya perlukan seri," kata Rajagobal.
Hanya latihan ringan dilakukan semalam dengan disertai 17 pemain manakala S. Chanthuru yang cedera buku lali pada perla- wanan pertama masih berlatih secara bersendirian

Aksi Lampard ditagih


LAMPARD masih dibelenggu masalah kecederaan di bahagian pangkal paha.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berharap pemain tengah, Frank Lampard kembali cergas, sekali gus beraksi secepat mungkin dalam saingan Liga Perdana England.
Ia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Michael Essien selepas pemain antarabangsa Ghana itu dilayangkan kad merah ketika membantu kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Fulham awal pagi semalam.
Pada aksi di Stamford Bridge itu, skuad The Blues berjaya mengukuh- kan kedudukan selaku pendahulu liga hasil jaringan tunggal Essien pada minit ke-30.
Begitupun, Ancelotti ternyata kurang senang dengan tindakan penga- dil yang melayangkan kad merah ke- pada Essien selepas dia melakukan terjahan ke atas Clint Dempsey.
"Saya tidak mahu menilai keputu- san yang dibuat oleh pengadil itu tetapi saya merasakan ia tidak patut kad merah.
"Memang Essien melakukan satu terjahan keras tetapi ia adalah pada bola dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada pemain lawan.
"Kini, Essien bakal terlepas tiga perlawanan dan ia pastinya suatu yang sukar buat kami (Chelsea)," jelas Ancelotti.
Disebabkan itu, Ancelotti kini menaruh harapan agar Lampard kembali cergas sepenuhnya untuk diturunkan selepas terpaksa diketepikan sejak Ogos lalu ekoran masalah kecederaan pangkal peha.
"Dia (Lampard) kini telah menjalani latihan semula bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain sejak dua hari lalu.
"Apa yang saya lihat, Lampard tidak menghadapi sebarang masalah dan dia menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi.
"Saya percaya dia boleh diturunkan biarpun bukan untuk tempoh 90 minit perlawanan

Van der Sar kritik permainan City


MANCHESTER - Penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar mengkritik corak permainan Manchester City selepas mereka seri tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium of Manchester itu, kedua-dua kelab dilihat terlalu berhati-hati.
"Jelas menunjukkan mereka (City) turun beraksi sekadar untuk mengutip sekurang- kurangnya satu mata manakala kami (United) mahu menang, sekali gus mengutip tiga mata penuh.
"Ini kerana, corak permainan mereka dilihat lebih banyak bertahan jika dibandingkan dengan kami," jelas van der Sar.
Bagaimanapun, dakwaan yang dilempar- kan van der Sar itu pantas dinafikan Ro- berto Mancini yang tampil mempertahankan corak permainan yang dipamerkan anak-anak buahnya.
Mancini yakin City telah mempamerkan peningkatan dalam usaha meletakkan kelab itu sebaris dengan kelab elit dalam saingan Liga Perdana England.
"Saya gembira apabila kami berjaya mengutip satu mata berbanding pada musim lalu. Ketika itu, kami berjaya menjaringkan gol tetapi tetap tewas kepada United.
"Apabila kamu turun menentang kelab sejiran, ia pasti merupakan suatu perlawanan yang sukar.
"Saya akui kami gagal memanfaatkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol kerana semua pasukan mahu mencatat kemenangan.
"Namun, jika kamu tidak boleh menang, cukup sekiranya kamu tidak tewas

Real tebus kesilapan musim lalu


LEON (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama Real bersama rakan-rakan sepasukannya kelmarin. Pada perlawanan itu Real menewaskan Murcia 5-1.


MADRID - Real Madrid mencatat kemenangan 5-1 ke atas Murcia untuk mengelak daripada tersingkir awal, sekali gus dimalukan dalam saingan Piala Raja Sepanyol kelmarin.
Selepas seri tanpa jaringan pada pertemuan pertama, pemain tengah Real, Esteban Granero menyambar hantaran Pedro Leon untuk meletakkan kelab gergasi Sepanyol itu di hadapan pada minit keempat.
Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menjadikan kedu- dukan 2-0 pada minit ke-44.
Real menambah gol pada masa kedua menerusi pemain gantian, Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Xabi Alonso.
"Peminat Real pasti berpuas hati kerana kami berjaya melupakan sejarah lalu apabila kalah kepada Real Union dan Alcorcon," kata pengurus Real, Jose Mourinho merujuk kepada kekalahan kepada kelab Divisyen Tiga itu pada dua musim sebelum ini.
"Kami juga bermain dengan baik dan menghiburkan."
Pada pertemuan menentang Murcia, Mourinho terpaksa menyaksikan perlawanan itu di bangku penonton di Stadium Santiago Bernabeu selepas diarah meninggalkan padang pada minit ke-39.
"Apabila saya diarah meninggalkan padang, saya tahu bahawa saya tidak boleh duduk di tempat saya dan saya perlu duduk di lokasi yang terbaik," kata pengendali kelahiran Portugal itu.
"Saya tidak menghadapi sebarang masalah."
Sementara itu, juara 25 kali, Barcelona membelasah Ceuta 5-1 untuk layak dengan agregat 7-1.
Begitupun, Barca terpaksa membayar dengan harga yang tinggi di atas kemenangan itu apabila pemain pertahanan, Gabriel Milito mengalami kece- deraan paha.
Sebaik perlawanan tamat, pegawai perubatan Barcelona mengesahkan bahawa Milito dijangka akan direhatkan selama empat hingga enam minggu.