KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 11 Ogos 2010

O'Neill: Selamat tinggal Villa



MARTIN O'NEILL


LONDON - Martin O'Neill secara mengejut melepaskan jawatannya sebagai pengurus Aston Villa berkuat kuasa kelmarin - hanya lima hari sebelum kempen Liga Perdana England bermula.

Difahamkan, keputusan O'Neill itu ada kaitan dengan tindakan pihak pengu rusan Villa yang mahu menjual perancang Villa, James Milner kepada Manchester City.

Disebabkan itu, pengurus kelahiran Ireland Utara ini dilaporkan kecewa lantas mengambil keputusan untuk meninggalkan Villa Park.

Begitupun, O'Neill dikatakan masih lagi mampu untuk meneruskan kariernya bersama Villa sekiranya pihak pengurusan kelab itu membeli pemain baru yang lebih berkualiti dengan wang hasil penjualan Milner kepada City.

Namun pemilik Villa, Randy Lerner enggan berbuat demikian kerana beliau dilihat semakin terdesak bagi menyele- saikan masalah kewangan yang dihadapi oleh kelab tersebut.

"Saya berasa puas selama berkhidmat selaku pengurus Villa tetapi ia ternyata sukar untuk saya meninggalkan sebuah kelab yang bagi saya begitu menakjubkan.

"Kesempatan ini saya ingin menyatakan penghargaan saya buat pemain-pemain Villa yang selama ini telah bekerjasama dengan saya selain jurulatih-jurulatih dan tidak dilupakan kepada seluruh penyokong-penyokong setia kelab ini, " jelas O'Neill.

Sebagai rekod, O'Neill, 58, mula membimbing Villa pada 4 Ogos 2006 dan sepanjang tempoh itu, dia telah berjaya membawa kelab tersebut meraih gelaran juara dalam saingan Piala Liga 2010.

Sementara itu, jurulatih skuad kebangsaan Croatia, Slaven Bilic diletakkan sebagai calon pilihan utama bagi mengganti- kan kekosongan yang ditinggalkan O'Neill selain jurulatih Amerika Syarikat

Evra tak mahu berpisah dengan Les Bleus



EVRA (kiri) dilaporkan tidak sependapat dengan Domenech pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.


PARIS - Kapten skuad kebangsaan Perancis, Patrice Evra berkemungkinan besar tidak akan dibenarkan lagi menyarung jersi skuad Les Bleus.

Ini kerana Evra didakwa telah mengetuai pemain-pemain Perancis yang lain memboikot sesi latihan ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan lalu.

Tindakan Evra dan rakan-rakan sepasukannya itu gara-gara jurulatih Perancis, Raymond Domenech yang mengarahkan Nicolas Anelka pulang ke Perancis sekalipun misi skuad Les Bleus di Afrika Selatan ketika itu masih belum berakhir.

Begitupun, Evra tidak akan berse- orangan dalam menjalani hukuman tersebut kerana difahamkan, lima lagi pemain Perancis turut akan dikenakan tindakan yang sama.

Selain Evra, lima lagi pemain yang turut bakal dikenakan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) ialah Anelka, Eric Abidal, Franck Ribery dan Jeremy Toulalan.

Evra menjelaskan, dia langsung tidak faham mengapa hukuman tersebut perlu dilaksanakan kerana dia masih bersemangat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis.

"Saya sangat terkejut dengan perkara ini kerana semua pihak mahu membuka semula cerita lama ketika kempen Piala Dunia 2010.

"Kini, seharusnya kamu perlu memikirkan tentang masa depan dan bukannya mengungkit cerita lama. Saya juga tidak faham mengapa kami perlu dihukum gantung," kata Evra

'Chelsea hanya biasa-biasa sahaja'



HERNANDEZ dianggap bintang baru United yang bakal menyinar tidak lama lagi.


LONDON - "Chelsea terlalu biasa jika dibandingkan dengan Manchester United".

Demikian komen perancang berpengalaman United, Ryan Giggs selepas membantu The Red Devils menewaskan Chelsea 3-1 pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley, Ahad lalu.

"Saya merasakan kami telah menguasai permainan pada perlawanan tersebut. Tidak dinafikan Chelsea merupakan sebuah pasukan yang baik tetapi ada suatu ketika, kami berasa aksi mereka hanya biasa-biasa sahaja.

"Ia merupakan suatu perkara yang baik apabila berjaya mencatatkan kemenangan dan itu yang kami akan kekal sepanjang saingan Liga Perdana England musim ini.

"Meskipun prestasi kami dilihat masih tidak menentu ketika perlawanan pramusim baru-baru ini, namun perla- wanan dengan Chelsea telah membuktikan kami berada pada tahap terbaik untuk memulakan saingan liga," jelas Giggs.

Pada aksi Ahad lalu, tiga gol United disumbangkan oleh Antonio Valencia pada minit ke-41, Javier Hernandez (76) dan Dimitar Berbatov (90) manakala gol tunggal Chelsea dijaringkan Salomon Kalou (83).

Sementara itu, penjaga gol United, Edwin van der Sar percaya Hernandez mampu menjadi seorang legenda di Old Trafford.

"Dia (Hernandez) kelihatan cukup mantap di bahagian serangan sejak dia menyertai kami pada siri lawatan di Amerika Syarikat lagi.

"Memang dia mempunyai bakat dan potensi yang besar. Dia akan menjadi mesin gol kami sepanjang musim ini.

"Harap ada sesuatu yang mampu dilakukannya untuk kami merampas kembali kejuaraan liga," tegas van der Sar.

United bakal melayan kunjungan Newcastle United di Old Trafford dalam aksi sulung mereka dalam saingan liga musim ini pada awal pagi Selasa depan