KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 25 Ogos 2010

Hadiah istimewa City buat Sheikh Mansour


TEVEZ meledak dua gol untuk membantu kemenangan 3-0 City ke atas Liverpool.


MANCHESTER - Manchester City merekodkan kejayaan terbesar ke atas Liverpool dalam tempoh 73 tahun dengan kemenangan 3-0 pada aksi Liga Perdana England di Eastlands awal pagi semalam.

Gareth Barry meletakkan City di hadapan (ke-13) sebe- lum Carlos Tevez menambah dua lagi gol pada minit ke-52 dan sepakan penalti minit ke-68.

Perlawanan itu juga buat pertama kalinya turut dihadiri pemilik City, Sheikh Mansour sejak dia membeli kelab terse- but pada 2008.

Pengurus City, Roberto Mancini jelas begitu gembira kerana pemilik kelab itu disajikan dengan persembahan yang cukup hebat dan kemenangan bergaya pada perlawa- nan pertama dihadirinya.

"Saya bangga kerana kami dapat mempamerkan permainan yang hebat di hadapannya. Mentaliti pasukan adalah cukup penting bagi kami berbanding formasi dan perkara lain.

"Kami masih memerlukan masa untuk membentuk kese- rasian dan peningkatan kerana kami ketiadaan empat atau lima pemain utama.

"Tetapi jika para pemain dapat mengekalkan mentaliti seperti ini, saya rasa kami mampu menewaskan sesiapa saja," kata Mancini.

Namun perkara berbeza dialami pengurus Liverpool, Roy Hodgson yang diberi harapan besar untuk menamatkan kemarau kelab itu yang kali terakhir menjulang kejua- raan liga pada 1990.

"Saya rasa kami tak patut tewas 3-0. Tetapi kelemahan barisan pertahanan membolehkan lawan memperoleh gol tersebut kerana mereka memanfaat peluang terhidang serta tampil dengan aksi yang mantap.

"Pasukan lawan berjaya menguasai permainan biarpun kami sentiasa cuba untuk bangkit. Tetapi akhirnya kami terpaksa menerima bahawa kami gagal menghasilkan tahap permainan sebenar pada perlawanan ini," kata Hodgson

Carroll layak ganti Shearer


CARROLL dianggap permata baru di Newcastle selepas Shearer.


LONDON - Alan Shearer menyata- kan bahawa penyerang Newcastle, Andy Carroll adalah lebih daripada layak untuk menyarung jersi nombor keramatnya.

Carroll berjaya meledak hatrik ketika Newcastle membelasah Aston Villa 6-0 pada Ahad lalu dengan menggunakan jersi No. 9 yang pernah dipakai Shearer suatu ketika dahulu.

Shearer sendiri hadir ke St James' Park bagi menyaksikan kelibat pemain berusia 21 tahun itu mempamerkan kehebatannya.

"Saya gembira kerana Carroll memiliki keberanian untuk menyarung jersi No. 9 ini kerana sudah bertahun lamanya tiada siapa yang berani menggunakannya.

"Memang ia suatu tanggungjawab yang berat untuk menggunakan jersi ini kerana beberapa nama besar dan pemain hebat pernah menyarungnya. Saya bukan bercakap tentang diri saya sendiri tetapi tentang bekas pemain yang lain seperti Milburns, Macdonalds dan Ferdinands," kata Shearer.

Kelibat Carroll telah menarik minat penolong pengurus skuad kebangsaan England, Franco Baldini tetapi pemain muda itu mengang- gap Newcastle menjadi tumpuannya ketika ini.

"Kita tengoklah apa yang terjadi nanti. Untuk turun beraksi memakai jersi No. 9 dan meledak hatrik, umpama mimpi

Spurs yakin atasi Young Boys



BALE (depan) mula mempamerkan kematangan mengetuai jentera serangan Spurs.


LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) menanti kunjungan kelab Switzerland, Young Boys pada aksi kedua playoff Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Mereka sedar bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk melangkah jauh dengan bekalan dua gol hasil jaringan di tempat lawan minggu lepas yang menyaksi- kan mereka tewas 2-3.

Young Boys telah mengejutkan mereka dengan mendahului 3-0 dalam tempoh setengah jam pada aksi di Berne itu tetapi Tottenham berjaya bangkit dan menghasilkan dua gol untuk menamatkan perlawanan dengan kekalahan 2-3.

Berbekalkan dua gol di tempat lawan itu, skuad bimbingan Harry Redknapp itu hanya perlu menang pada aksi di laman sendiri awal pagi esok untuk layak ke saingan pering- kat kumpulan.

"Kami masih mempunyai peluang. Ia bukan sesuatu yang mudah tetapi kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-3 pada aksi pertama," kata Redknapp.

Tottenham semakin yakin selepas mereka berjaya menewaskan Stoke 2-1 pada saingan Liga Perdana England hujung minggu lalu dan Gareth Bale berada pada prestasi terbaik selepas menjaringkan kedua-dua gol pada perlawanan tersebut.

"Saya tak rasa ada pemain kidal lain di Britain yang lebih bagus dari- pada Bale. Dia mampu berlari ke mana saja dan menanduk bola dengan baik kerana memiliki ketinggian 188 sentimeter," ujar Redknapp.

Namun, pengurus Tottenham itu memiliki masalah kecederaan dengan Jermain Defoe, Robbie Keane, Roman Pavlyuchenko dan Luka Modric tidak diturunkan pada aksi me- nentang Stoke.

Sementara itu, Young Boys tetap yakin mereka juga mampu layak dan secara terbuka menyatakan bahawa kunjungan mereka ke White Hart Lane bukan untuk memperta- hankan kelebihan satu gol itu.

"Aksi pada perlawanan pertama telah menampakkan bahawa kami memiliki peluang untuk mara.

"Saya yakin kami boleh menjaringkan satu atau dua gol pada aksi kedua ini," kata pemain tengah Young Boys, David Degen