KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Rabu, 29 September 2010

Messi bakal beraksi semula




MOSCOW - Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi (gambar) berkemungkinan akan diturunkan pada aksi menentang Rubin Kazan dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat Kumpulan D awal pagi esok.

Messi yang juga merupakan Pemain Terbaik Dunia 2009 berada dalam senarai skuad 19 pemain yang dibawa jurulatih, Pep Guardiola bagi menghadapi perlawa- nan yang bakal berlangsung di Stadium Central Kazan itu.

Sebelum ini, penyerang antarabangsa Argentina itu telah mengalami masa- lah kecederaan pada pergelangan kaki kanannya dan terpaksa diketepi- kan dalam dua perlawanan yang membabitkan skuad The Catalan.

Dalam pada itu, Barcelona masih belum dapat melupakan 'mimpi ngeri' mereka berdepan Rubin Kazan sele- pas dikejutkan dengan keka- lahan 1-2 ditangan kelab tersebut di Nou Camp pada per- temuan dalam saingan yang sama musim lalu.

"Rubin Kazan berjaya mencatatkan kemenangan ke atas kami (Barcelona) di Nou Camp musim lalu dan disebabkan itu kami perlu berwaspada pada perlawanan itu nanti.

"Faktor cuaca dan ditambah dengan kekuatan pihak lawan membuatkan perlawanan tersebut bukan suatu tugas mudah buat kami untuk menghadapinya.

"Begitupun, prestasi kami ketika ini mampu menjadi ukuran yang mana kami berjaya mencatatkan kemenangan pada aksi pembukaan saingan Liga Juara-Juara musim ini, jelas Pengarah Sukan Barcelona," Andoni Zubizarreta.

Sementara itu, Rubin Kazan yang tewas 0-1 pada aksi pembukaan menentang FC Copenhagen, berazam untuk sekali lagi mengulangi penca- paian yang dilakarkan musim lalu selepas berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Barcelona.

Pada pertemuan tersebut, Alexander Ryazantsev dan Gokdeniz Karadeniz muncul wira selepas masing- masing meledak satu gol bagi membantu kemenangan Rubin Kazan ke atas kelab gergasi Sepanyol tersebut.

"Kami (Rubin Kazan) semua berada pada prestasi terbaik menjelang perlawanan menentang Barcelona itu.

"Kami berjaya mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir saingan liga domestik dan ia sudah pasti memberikan suntikan semangat buat kami

Vietnam balas dendam di Saigon

Norshahrul menjaringkan gol tunggal skuad negara pada aksi menentang Vietnam di Ho Chi Minh City semalam. Malaysia tewas 1-2.


HO CHI MINH CITY – Dendam Vietnam yang tewas kepada Malaysia pada final acara bola sepak Sukan SEA 2009 di Laos pada Disember lalu akhirnya terbalas.

Mereka berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad kebangsaan Malaysia pada aksi sulung Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat di sini malam tadi.

Kegagalan Malaysia menahan asakan awal pasukan tuan rumah menjadi punca kekalahan tersebut biarpun mereka selepas itu dilihat berjaya mendominasi permainan berbanding Vietnam.

Namun, Vietnam yang dibantu sokongan 15,000 penyokong sendiri jelas menguasai sepenuhnya babak awal permainan yang berlangsung dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Seawal minit kelapan, kesilapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang membuat sepakan lemah hampir dihukum Tran Dinh Dong tetapi bola lambungnya sedikit melepasi palang gol.

Namun, gawang Malaysia bocor juga pada minit ke-19 setelah Ngu- yen Anh Duc mudah menolak masuk bola muntah Khairul Fahmi hasil percubaan awal Nguyen Ngoc Dieu untuk gol pertama Vietnam.

Tujuh minit kemudian, Vietnam mendapat gol kedua sekali lagi me- nerusi Ngoc Dieu yang mudah me- lepasi dua pertahanan tengah Malaysia, Aidil Zafuan Radzak dan Nasriq Baharom sebelum melepaskan rembatan menewaskan Khairul Fahmi.

Hanya selepas setengah jam beraksi barulah anak-anak buah K. Rajagobal dilihat menemui rentak dan mula melakukan beberapa percubaan tepat ke arah pintu gol Vietnam.

Pada minit ke-44, peluang Malaysia kembali cerah apabila memperoleh gol pertama setelah penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong tergelincir ketika melakukan sepa- kan percuma di penjuru kanan.

Bola yang tepat menuju ke arah Norshahrul Idlan Talaha tidak dipersia-siakan penyerang Malaysia itu untuk merembat masuk bola ke gawang terbuka bagi merapatkan kedudukan.

Babak kedua bermula, rentak Malaysia semakin tersusun apabila berjaya menguasai permainan dan dilihat lebih banyak mengasak ke arah kubu pertahanan tuan rumah.

Bagi menambah sengat di bahagian serangan, Rajagobal telah memasukkan Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani bagi menggantikan Fandi Othman dan Safee Sali pada minit ke-65 dan 70.

Namun, Malaysia tetap gagal mencari gol penyamaan biarpun masa kecederaan selama lima minit diberikan pengadil.

“Saya sudah beritahu pemain, Vietnam tentu mahu membuktikan sesuatu di hadapan penyokong mereka serta mahu membalas dendam tewas pada Sukan SEA 2009.

“Memang kita tidak beraksi baik pada 30 minit pertama apabila pemain hilang tumpuan, hilang kawalan bola serta dibolosi dua gol yang berpunca daripada kesilapan pertahanan.

“Tetapi kita bangkit dan menguasai babak kedua dengan aksi lebih baik dan agresif. Kita patut boleh seri atau menang.

“Jadi kita tak perlu rasa terlalu kecewa,” kata Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan.

Sementara itu, pada perlawanan terdahulu yang berlangsung di gelanggang sama, Singapura dan Iran sekadar mencatat kepu- tusan seri 1-1.

Iran mendahului pada minit ke-22 menerusi sepakan percuma Aliasgaridehaghi Hamidreza tetapi Singapura berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-65 hasil tandukan pemain gantian, Luo Zhenlun Eugene selepas sepa- kan sudut.

Perlawanan kedua esok menyak- sikan Malaysia bakal bertemu Iran manakala Vietnam bertemu Singapura.

Malaysia: Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli (Sabre Mat Abu), Nasriq Baharom (Muslim Ahmad), Aidil Zafuan Radzak (ketua pasukan), Asraruddin Putra Omar, S. Kunanlan, Safiq Rahim, Amar Rohidan (Gary Steven Rob- bat), Fandi Othman (Baddrol Bakhtiar), Norshahrul Idlan Talaha (Izzaq Faris Ramlan), Safee Sali (Ahmad Fakri Saarani).

Vietnam: Bui Tan Truong, Nguyen Quoc Long, Nguyen Thanh Long Giang, Nguyen Minh Duc (ketua pasukan), Tran Dinh Dong (Vo Hoang Quang), Dinh Thanh Trung (Mai Tien Thanh), Nguyen Ngoc Dieu (Phan Thanh Hung), Bui Van Hieu, Nguyen Duc Thien (Hoang Danh Ngoc), Le Van Thang (Nguyen Thai Duong), Nguyen Anh Duc.

PENGADIL: Mahapab Chaiya Alee (Thailand).

Rooney tak disenarai bagi aksi menentang Valencia


ROONEY tidak berada dalam senarai Ferguson bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara menentang Valencia awal pagi esok.


LONDON - 'Ayam tambatan' Manchester United, Wayne Rooney tidak akan diturun- kan pada aksi menentang Valencia dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat Kumpulan C awal pagi esok.

Rooney tidak berada dalam senarai skuad bimbingan Alex Ferguson itu yang akan berkunjung ke Stadium Mestalla bagi mengha- dapi pertemuan tersebut.

Pada Ahad lalu, The Red Devils mengesah- kan yang penyerang antarabangsa England itu telah mengalami kecederaan pada buku lalinya dan tidak akan cergas sepenuhnya untuk beraksi menentang kelab Sepanyol itu.

"Rooney tidak akan berlepas ke Sepanyol minggu ini (awal pagi esok) kerana Ferguson merasakan yang pemain-pemain lain mampu beraksi dengan baik biarpun dengan ketiadaannya," jelas sumber dalaman United.

Selain masalah kecederaan, Ferguson turut menganggap yang Rooney masih belum bersedia untuk menghadapi tugasan luar ekoran masalah rumahtangga dengan isterinya, Coleen selepas timbul dakwaan mengatakan yang pemain itu telah meniduri beberapa orang pelacur.

Dalam pada itu, perancang veteran United, Ryan Giggs turut terlepas aksi menen- tang Valencia itu selepas mengalami masalah kecederaan hamstring ketika The Red Devils seri 2-2 dengan Bolton Wanderers dalam saingan Liga Perdana England,