KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 7 Januari 2011

Ancelotti tak takut dipecat


WOLVERHAMPTON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti tidak takut dipecat meskipun dia dianggap sebagai punca yang menyukarkan peluang skuad The Blues bagi mempertahan gelaran Liga Perdana England musim ini.
Pada aksi di Stadium Molineux awal pagi semalam, skuad kendalian Ancelotti tewas mengejut 0-1 kepada Wolverhampton Wanderers.
Kekalahan itu menyebabkan Ancelotti berdepan kemungkinan dipecat selepas Chelsea hanya memenangi satu daripada sembilan perlawanan terakhir liga, sekali gus menyebabkan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester United.
Kekalahan kepada Wolves yang menghuni kedudukan tercorot liga sebelum perlawanan itu terus memberi tekanan kepada Ancelotti.
Begitupun, Ancelotti menegaskan, dia tidak takut dengan reaksi melampau pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang dilapor mahu memecatnya.
"Adakah saya akan terkejut sekiranya saya dipecat? Ya. Sudah tentu ia bukan keputusan saya tetapi saya berharap untuk meneruskan tugas ini," kata Ancelotti.
"Saya suka untuk terus kekal di sini, saya mempunyai hubungan yang baik dengan para pemain dan pengursan kelab. Saya tidak takut dengan jawatan saya. Saya hanya bimbang kerana pasukan tidak mencipta keputusan yang baik.
"Sudah tentu kami tidak cukup hebat buat masa ini tetapi pasukan mempunyai skill, kemampuan dan personaliti untuk bergerak ke depan. Adalah penting untuk kekal kompak dan bekerjasama."
Ketika ini, tidak ada jaminan untuk Chelsea menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik seterusnya melayakkan mereka beraksi secara automatik dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.
"Ia satu lagi kekalahan tetapi saya fikir kami perlu terus bermain. Kami perlu bekerja keras, kekal fokus dan kami perlu bersaing untuk gelaran itu.
"Terdapat jurang yang besar tetapi kini perkara yang paling penting adalah kembali memenangi perlawanan dan bertarung pada setiap perlawanan.
"Buat masa ini, kami belum kehilangan apa-apa. Sudah tentu sukar untuk kembali bersaing dalam Liga Perdana England tetapi kami masih mempunyai Piala FA dan Liga Juara-Juara. Apa yang lebih penting, kami perlu bergerak ke depan,

Ramalan Nani


NANI yakin United mampu mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.


MANCHESTER - Pemain sayap Manchester United, Nani meramalkan skuad The Red Devils mampu menamatkan saingan Liga Perdana England musim ini dengan rekod tanpa kalah.
Skuad bimbingan Alex Ferguson itu kini berada di tangga teratas liga selepas mengharungi 20 perlawanan tanpa sebarang kekalahan.
Tiada siapa yang berani meramalkan United akan berjaya menyamai rekod dicipta Arsenal pada 2004 itu, namun selepas kejayaan menewaskan Stoke 2-1 awal pagi Rabu lalu, Nani menjangkakan, sesuatu yang istimewa bakal berlaku.
"Saya harap kami akan kekal tanpa kalah sepanjang musim ini. Kami kini pada kedudukan terbaik. Kami cuma perlu bekerja keras dan melakukan apa yang telah kami lakukan sebelum ini.
"Selagi kami semua dapat kekal bersatu, saya rasa kami akan menamatkan saingan musim ini dengan sesuatu yang cukup istimewa," kata Nani.
Arsenal menjadi pasukan paling cemerlang pada musim 2003/04 apabila mereka berjaya mengharungi kesemua 38 perlawanan liga tanpa mencatat sebarang kekalahan.
Skuad The Gunners itu menamatkan saingan di tangga teratas dengan 11 mata mengatasi Chelsea manakala United di tangga ketiga dengan 15 mata kurang berbanding Arsenal.
Pada waktu ini, ketika musim 2003/04 itu, Arsenal telah memungut 46 mata selepas 20 perlawanan tetapi United pula pada musim ini kurang dua mata daripada itu apabila mengumpul 44 mata.
Arsenal yang tidak tewas dua perlawanan terakhir musim 2002/03 serta sembilan perlawanan awal musim 2004/05, mahu meraikan rekod 50 perlawanan tanpa tewas apabila bertandang ke Old Trafford untuk bertemu United pada Oktober 2004.
Biarpun sudah bersedia dengan baju khas di sebalik jersi mereka untuk meraikan kejayaan itu, Arsenal bagaimanapun tewas 0-2 kepada United.
United kini separuh perjalanan untuk mengatasi rekod tanpa kalah dipegang Arsenal itu apabila mereka tidak tewas sepanjang 25 perlawanan termasuk lima perlawanan terakhir musim lalu.
Kekalahan terakhir United dalam saingan liga ialah ketika mereka tewas 1-2 kepada Chelsea pada 3 April 2010

Liga M: Karel Stromsik kembali


IMBAS KEMBALI... Karel Stromsik (kiri) pernah mencipta nama bersama Selangor pada 1989 hingga 1991.


BEKAS penjaga gol import Selangor, Karel Stromsik kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) 2011 apabila dilantik sebagai penasihat teknikal pasukan Felda United.
Stromsik, 52, bakal membantu ketua jurulatih Felda United, E. Elavarasan merencanakan cabaran pasukan berstatus kelab itu yang beraksi buat kali pertama di pentas Liga Super musim ini.
Bekas penjaga gol Czechoslovakia yang beraksi pada Piala Dunia 1982 itu pernah menyarung jersi Selangor sepanjang tiga musim iaitu pada 1989 hingga 1991.
Felda United yang menjuarai Liga Perdana musim lalu masih mengekalkan barisan penolong jurulatih terdiri daripada Ridzuan Abu Shah, Zamzuri Mohd. Noor dan Woo Kong Soon.
Penolong pengurus Felda United, Faisal Zakariah berkata, sentuhan Stromsik diharap dapat meningkatkan prestasi pasukan, memandangkan dia memiliki pengalaman luas tentang bola sepak Eropah serta memiliki Lesen A daripada Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).
"Dengan gabungan rentak permainan Eropah yang mampu diterapkan Stromsik dan ditambah pula kepakaran Elavarasan mencatur strategi, kami bercita-cita untuk berada di kelompok empat pasukan teratas Liga Super musim ini.
"Selain itu, kita memiliki tiga penjaga gol berpengalaman iaitu Hamsani Ahmad, Zainal Rabin dan Faizal Rashid. Jadi kehadiran Stromsik pasti membantu Zamzuri (jurulatih penjaga gol) memperhebatkan posisi tersebut," kata Faisal kepada Kosmo! semalam.
Ditanya bagaimana Felda United berjaya mendapatkan khidmat Stromsik, Faisal berkata, dia dan Elavarasan pernah bekerjasama dengan Stromsik ketika mereka mengemudi pasukan Selangor Public Bank pada 2003 dan 2004.
"Sebenarnya dari musim lalu lagi kami sudah berhubung dengan Stromsik tetapi ketika itu, dia masih mempunyai kontrak sebagai jurulatih penjaga gol skuad remaja Republik Czech.
"Jadi kini apabila kontraknya sudah tamat, dia sendiri berminat untuk kembali ke Malaysia. Kami di Felda United sememangnya mengalu-alukan kehadirannya," jelas Faisal.
Musim ini, Felda United menampilkan ramai muka baru seperti Hamsani, Faizal, Azi Shahril Azmi, Farderin Kadir, K. Rajan, Liew Kit Kong, Mohd. Lot Abu Hassan dan Nizaruddin Yusof.
Antara tonggak musim lalu yang masih dikekalkan ialah Zainal, Kaironnisam Sahabudin, Rashid Mahmud dan Juzaili Samion.