KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 2 September 2010

Semangat merdeka membara di hati Subramaniam


IMBAS KEMBALI... Subramaniam (barisan belakang, tiga dari kanan) bersama skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul naib juara Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu bulan lalu.


TONGGAK pertahanan Kelantan, S. Subramaniam yang menyambut hari lahir ke-25 pada tarikh keramat 31 Ogos lalu berazam mempamerkan aksi terbaik sepanjang kempen Piala Malaysia yang bermula 14 September ini.

Subramaniam yang berbangga lahir bersempena dengan tarikh kemerdekaan negara berkata, dia semakin bersemangat bagi membantu skuad The Red Warriors selepas menyambut hari kelahirannya kelmarin.

Menurutnya, dia terharu apabila menerima banyak ucapan tahniah sempena hari lahirnya kelmarin dan berjanji tidak akan mempersia-siakan harapan peminat Kelantan.

“Sempena hari lahir saya semalam (kelmarin), saya berazam membawa pasukan Kelantan layak beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini,” katanya di Kota Bharu semalam.

Anak kelahiran Sungai Siput, Perak itu berkata, bagi menjayakan misinya, dia akan berlatih bersungguh-sungguh bagi memastikan prestasinya sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Saya akan memberikan fokus sepenuhnya ketika berlatih dan mengikut segala arahan yang telah ditetapkan oleh jurulatih,” ujarnya.

Subramaniam berkata, dia teruja dapat mewakili Kelantan kerana suasananya berbeza dengan pasukan Perak yang diwakilinya sebelum ini.

“Saya gembira dapat bermain di Kelantan, suasananya cukup berbeza, ditambah pula dengan sokongan padu penyokong

Rajagobal tagih aksi terbaik



RAJAGOBAL memberi arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini.


SELEPAS enam bulan tanpa sebarang perlawanan persahabatan antarabangsa kategori A, skuad bola sepak kebangsaan akhirnya akan turun bertemu Oman di Stadium Al-Wakra di Doha, Qatar malam esok.

Aksi persahabatan terakhir kategori itu yang diharungi skuad negara sebelum ini hanyalah ketika mereka menewaskan Yemen 1-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Februari lalu.

Biarpun aksi bertemu Oman itu membabitkan kiraan mata ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal tidak mahu terlalu meletakkan tekanan kepada para pemainnya.

“Bagi saya, keputusan sama ada kita menang atau kalah bertemu Oman ini tidaklah terlalu penting. Apa yang lebih utama, kita dapat peluang bertemu pasukan yang bagus seperti Oman.

“Oman berada di ranking ke-81 manakala Malaysia di ranking ke-139. Saya lebih mahu melihat para pemain kita berjaya berdepan situasi dan tekanan menentang pasukan seperti ini.

“Jangan terlalu fikirkan keputusan. Kita kena ingat bahawa Oman dibarisi pemain-pemain senior sedangkan kita dibarisi pemain bawah 23 tahun kecuali empat pemain berusia 24 tahun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Doha, Qatar.

Bagi menghadapi perlawanan menentang Oman itu, skuad negara telah mengadakan satu aksi persahabatan dengan kelab Qatar, Al-Jaish pada Isnin lalu dan mereka tewas 1-2.

“Pada perlawanan tersebut, saya telah turunkan kesemua 22 pemain yang saya bawa ke Doha ini untuk memberikan peluang kepada mereka.

“Dari situ saya dapat lihat pemain-pemain muda yang berusia bawah 21 tahun seperti Izzaq Faris Ramlan, Fadhli Shas dan Gary Steven Robbat menangani tekanan perlawanan di peringkat senior.

“Ia jelas satu perlawanan pemanas badan yang baik dan saya berharap semua pemain yang diturunkan pada pertemuan dengan Oman nanti akan dapat menunjukkan permainan yang baik,” jelas Rajagobal.

Taji Selangor belum tajam



KAPTEN Selangor, Amri Yahyah (kiri) bersaing dengan pemain Kuala Lumpur pada aksi
persahabatan malam kelmarin.


DUA minggu menjelang sepak mula saingan Piala Malaysia pada 14 September depan, jentera serangan juara Liga Super, Selangor kelihatan masih tumpul.

Kelemahan itu tampak ketara ketika Selangor tewas 1-3 kepada Kuala Lumpur pada aksi persahabatan keempat mereka di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.

"Penguasaan bola kita baik, peluang banyak dan stamina pemain sudah meningkat. Tapi penyudah kita masih lagi tumpul dan kurang baik.

"Selain itu, barisan pertahanan juga memiliki kelemahan apabila ketiga-tiga gol Kuala Lumpur terhasil menerusi situasi bola mati. Ini perlu diperbaiki sebelum saingan bermula," kata jurulatih Selangor, K. Devan selepas perlawanan.

Dua jaringan Kuala Lumpur diperolehi menerusi pemain pinjaman dari Johor, Azmi Sarmin pada minit kedua dan ke-18 serta satu gol Hazwan Bakri (57) manakala gol tunggal Selangor dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal (49).

Tambah Devan, masalah kekurangan pemain turut mengganggu persiapan dengan tiga pemain, Safiq Rahim, Nasriq Baharom dan Asraruddin Putra Omar bersama skuad kebangsaan manakala Bunyamin Umar berehat panjang akibat pembedahan lutut.

"Kita hanya memiliki 16 pemain saja kerana D. Surendran demam, Liew Kit Kong cedera minggu lalu dan Azrine Efendy Saduddin masih belum pulih. Tapi Khairul Anuar Baharom sudah pulih dan mula beraksi," jelasnya.

Selangor akan mengharungi tiga lagi aksi persahabatan di Padang SUK, Shah Alam iaitu bertemu ATM malam ini, Johor FC pada Sabtu ini dan Pahang pada Rabu depan.

Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail gembira dengan prestasi dan persefahaman yang ditunjukkan Azmi, 27, yang merupakan pemain pinjaman tunggal mereka untuk saingan Piala Malaysia.

"Kemenangan ini juga baik untuk kami dan para pemain menunjukkan peningkatan dari perlawanan ke perlawanan. Saya tak sangka kita boleh dapat tiga gol bertemu Selangor

Robinho milik Milan


ROBINHO berhijrah ke Milan dengan nilai perpindahan berjumlah RM72.1 juta.


ROM - Penyerang Brazil, Robinho akhirnya menandatangani kontrak empat tahun bersama kelab gergasi Itali, AC Milan.

Penyerang Manchester City itu berhijrah ke Milan dengan nilai perpindahan berjumlah 18 juta euro (RM72.1 juta).

"Kami telah membayar jumlah perpindahan tersebut berserta dengan bonus-bonus tambahan," kata Pengarah Milan, Adriano Galliani.

Robinho, 26, dibeli City dua tahun lalu dengan harga £32.5 juta (RM156.6 juta) tetapi mula dipinggirkan selepas Roberto Mancini dilantik sebagai pengurus musim lalu.

Dia telah dipinjamkan ke Santos pada Januari lalu tetapi kelab Brazil itu tidak mampu untuk membelinya terus selepas tamat tempoh pinjaman.

"Saya cukup gembira dapat berada di sini (Milan). Saya bangga kerana diberi peluang ini dan saya akan cuba untuk membuktikan diri saya ini masih berharga," kata Robinho.

Sepanjang bersama City, Robinho telah menjaringkan 14 gol daripada 41 penampilannya bersama kelab itu.

"Cita-cita saya ialah untuk beraksi dengan baik dan membantu Milan merampas semula kejuaraan liga," jelasnya.

Robinho merupakan nama besar kedua yang diikat Milan musim ini setelah mereka mendapatkan Zlatan Ibrahimovic secara pinjaman selama semusim dari Barcelona.

Milan turut diberi pilihan untuk membeli penyerang antarabangsa Sweden itu dengan harga 24 juta euro (RM96.1 juta) pada penghujung musim nanti

Gyan taruhan terbaik Sunderland





LONDON - Penyerang sensasi Ghana, Asamoah Gyan (gambar) kini sah menjadi milik kelab England, Sunderland.

Gyan dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai £13.5 juta (RM65 juta) dari kelab Perancis, Rennes.

"Kamu perlu kuat untuk menghadapi dugaan serta cabaran pada masa akan datang.

"Saya akui, kekecewaan yang saya alami ketika kempen Piala Dunia 2010 yang lalu banyak memberi pengajaran kepada saya.

"Kini saya perlu pandang ke depan dan berfikir secara positif. Saya percaya beraksi bersama Sunderland bakal memberi satu lembaran baru dalam karier saya," kata Gyan semalam.

Bersama Sunderland, pemain berusia 24 tahun itu dijangka bergandingan dengan Darren Bent yang dibawa masuk dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta (RM48.2 juta).

Sementara itu, pengurus Sunderland, Steve Bruce menganggap kehadiran Gyan dalam skuad kendaliannya telah menambahkan seorang lagi penyerang bertaraf dunia.

"Ia merupakan satu urusan perniagaan yang hebat apabila kami membawa masuk Gyan di saat-saat pintu perpindahan pemain hampir ditutup.

"Gyan merupakan seorang pemain yang bekerja keras dan dia bakal bergandingan dengan Bent," jelas Bruce.

Pada kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Gyan gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga menyebabkan Ghana tersingkir pada peringkat suku akhir

Santa Cruz sudah tiada masa depan



SANTA CRUZ tiada dalam perancangan Manchester City musim ini.


LONDON - Masa depan penyerang skuad kebangsaan Paraguay, Roque Santa Cruz bersama Manchester City kini semakin gelap.

Ia gara-gara hasrat Santa Cruz yang mahu berhijrah ke Lazio tidak kesampaian selepas pintu perpindahan pemain ditutup kelmarin.

Mengikut peraturan yang ditetapkan Liga Perdana England, City telah menyenaraikan 25 pemain skuad tersebut semalam dan Santa Cruz dilapor tidak berada dalam perancangan pengurus, Roberto Mancini musim ini.

Ini bermakna, bekas penyerang Blackburn Rovers itu akan sekadar menjalani latihan bersama skuad simpanan City dan mengharapkan kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya secara pinjaman.

"Seperti yang saya selalu katakan, saya sentiasa gembira beraksi bersama City dan mahu menyumbangkan sesuatu bersama kelab ini.

"Namun pengurus terlebih dahulu telah memberitahu saya bahawa saya tiada lagi dalam perancangannya untuk saingan musim ini.

"Kini apa yang mampu saya lakukan adalah terus menjalani latihan lebih keras lagi bagi memastikan tahap kecergasan saya sentiasa dalam prestasi terbaik selain mengharapkan mana-mana mendapatkan khidmat saya secara pinjaman," jelas Cruz.

Cruz, 29, merupakan pemain pertama yang dibawa masuk oleh pemilik City, Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan pada 2009 dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta (RM86.8 juta)

Spurs pikat van der Vaart


VAN DER VAART bakal menjadi
tonggak baru Spurs musim ini.


3LONDON - Tottenham Hotspur melakukan keputusan mengejut pada hari terakhir perpindahan pemain kelmarin.

Pengurus Spurs, Harry Redknapp telah membuat keputusan di saat-saat akhir apabila mengemukakan tawaran bernilai £8 juta (RM38.47 juta) bagi mendapatkan khidmat bintang Real Madrid, Rafael van der Vaart.

Begitupun, Redknapp masih perlu menunggu jawapan daripada pihak pengurusan Liga Perdana England sama ada telah menerima semua kertas kerja bagi urusan mendaparkan van der Vaart.

Difahamkan, pihak pengurusan Liga Perdana England perlu meneliti setiap perkara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan kerana Spurs mengemukakan tawaran mereka di saat-saat akhir pintu perpindahan pemain ditutup.

Musim lalu, Arsenal ternyata bernasib baik apabila berjaya mengikat penyerang Rusia, Andrei Arshavin dari kelab Zenit St Petersburg hanya dua hari sebelum pintu perpindahan pemain ditutup.

Justeru, Spurs kini mengharapkan agar dapat menerima nasib yang sama seperti Arsenal.

Terdahulu, Redknapp menjelaskan, perpindahan van der Vaart ke Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai £18 juta (RM86.67 juta) telah dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Disebabkan dia (van der Vaart) tidak jadi berhijrah ke Bayern, kami berjaya mendapatkan khidmatnya dengan hanya separuh harga.

"Itu pun kami hanya dimaklumkan di saat-saat akhir bahawa van der Vaart sedia dijual dengan harga £8 juta (RM38.47 juta).

"Dengan yuran perpindahan semurah itu, saya menjangkakan van der Vaart merupakan pemain paling bernilai bakal kami miliki dan saya percaya dia mampu untuk membantu kami melakar kejayaan," jelas Redknapp

Gudjohnsen kembali hangatkan England



GUDJOHNSEN dipinjamkan ke Stoke City selama semusim.


STOKE - Penyerang antarabangsa Iceland, Eidur Gudjohnsen kembali beraksi dalam saingan Liga Perdana England.

Kelmarin, Gudjohsen dipinjamkan ke Stoke City selama semusim dari kelab Perancis, Monaco.

Gudjohsen yang membantu Barcelona meraih gelaran Liga Juara-Juara sebelum berhijrah ke Monaco tahun lalu, merupakan salah seorang daripada empat pemain baru Stoke.

Selepas melengkapkan perpindahannya ke Stoke kelmarin, Gudjohsen berkata, dia gembira kerana dapat kembali beraksi di England.

"Saya berbangga dan rasa bertuah untuk kembali berada di sini (England). Ini merupakan satu lagi cabaran baru bagi saya tetapi saya sudah bersedia," kata Gudjohnsen.

"Selepas mengadakan perbincangan dengan pengurus (Tony Pulis) dan mendengar sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan kelab ini, saya cukup teruja untuk menjadi sebahagian ahli keluarga kelab ini."

Pulis pula berkata, kehadiran bekas penyerang Chelsea itu mampu menambah sengat Stoke khususnya di barisan serangan.

"Ini merupakan satu ikatan kontrak yang hebat kerana Eidur seorang pemain yang cukup berkaliber," katanya.

Selain Gudjohsen, Pulis telah mengikat bekas pemain sayap Liverpool, Jermaine Pennant secara pinjaman.

Pulis yang membimbing Stoke sejak 2006 turut berjaya mendapatkan khidmat pemain remaja Republik Ireland