KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 15 Oktober 2010

SSFC Syor Kelantan Beraksi Gelanggang Berkecuali



Kekecohan berlaku semasa perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam pada 12 Oktober 2010[UTUSAN MALAYSIA] – Memikirkan keselamatan diri lebih penting daripada segalanya, Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) rela mengorbankan hasrat mereka bertandang ke Kota Bharu bagi menemani perjuangan skuad Merah Kuning dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, malam ini.

Bukan kerana gentar atau gerunkan lautan Wira Merah yang mengelilingi Stadium Sultan Muhammed IV nanti, Presiden SSFC, Nasir Yunus berkata, mereka mahu mengambil kira keprihatinan dengan imej bola sepak negara biarpun hampir 1,000 penyokong Selangor meluap-luap mahu ke sana dengan menaiki 20 bas.

“Kami dengan perasaan sedih, kecewa bercampur terkilan, terpaksa membatalkan hajat ke Kota Bharu. Biarlah kami berkorban demi keselamatan penyokong sendiri kerana bayangkan jika di tempat sendiri pun diserang (Stadium Shah Alam pada suku akhir pertama, Selasa lalu), bagaimana pula jadinya bila kami di tempat lawan.

“Ramai yang tetap mahu ke sana dan kami tidak gentar dengan sesiapa pun tetapi siapa yang dapat beri jaminan keselamatan kepada kami, jadi ada baiknya untuk tidak mengeruhkan suasana dan demi kebaikan bola sepak negara, kunjungan itu kami batalkan,” katanya semalam.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada suku akhir pertama yang dicemari dengan insiden perang lempar-melempar botol air, membakar mercun sehingga mencederakan seorang petugas perubatan dan saling menyerang penyokong di dalam dan luar stadium.

Nasir turut kesal dengan sikap kebanyakan penyokong Kelantan yang terlibat dengan insiden Selasa lalu, merupakan pemastautin tetap dan sudah berkeluarga malah mencari rezeki di Lembah Klang tetapi masih tidak mendukung pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Kalaupun mereka tidak mahu menjadikan kami kawan, janganlah pula kami dibuat lawan untuk bertempur kerana ini gelanggang bola sepak dan tiada siapa pun untung dengan insiden ini,” katanya yang mengadakan mesyuarat SSFC di Kota Damansara, Petaling Jaya bagi membincangkan hasrat ke Kota Bharu itu, kelmarin.

Nasir turut menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menimbangkan cadangan SSFC supaya mengembalikan Kelantan bermain di gelanggang berkecuali seperti ke Stadium Nasional, Bukit Jalil musim lalu sekiranya insiden kekacauan penyokongnya berterusan termasuk perlawanan menentang pasukan lain.

Jawapan TheRedWarriors.com kepada pihak yang menggesa supaya Kelantan beraksi di gelanggang berkecuali:

Ramai pemerhati sukan yang sudah menjangkakan perkara ini akan berjaya disensasikan Selangor seterusnya mendapat perhatian serius FAM kerana sememangnya Selangor diakui anak emas FAM. Nilailah sendiri kes menghantuk kepala pada pemain T-Team tempoh hari, apa tindakan FAM?

Perlu diingatkan juga Kenapa FAM dan FAS tidak belajar dari pengalaman lalu, isu keselamatan seperti tiada pemeriksaan di pintu masuk, susun atur penyokong Kelantan yang tidak kena dan terhad, tidak mengasingkan pintu keluar bagi kenderaan penyokong dan pelbagai lagi kelemahan yang diabaikan pada perlawanan Selasa lalu termasuk lambat bertindak ketika serang hendap di tempat duduk penyokong.

Perkara ini dibangkit bukan ingin menuding jari meletakkan kesalahan pada pihak FAS sahaja tetapi seperti sedia telah maklum KAFA telah banyak kejayaan dan pengalaman dalam mengawal penyokong pada tahun ini. Kawalan pintu masuk sering diperketatkan dan meminta bantuan pihak keselamatan supaya segera menangkap penyokong yang cuba mencetus kekecohan samada menggunakan bunga api, mercun atau sebagainya. Banyak barangan larangan yang dibawa masuk ke stadium berjaya disekat dan dirampas. Ini antara bukti kesungguhan KAFA dalam menangani isu kekecohan penyokong.

KAFA berani memberi jaminan tiada insiden buruk akan berlaku pada jumaat ini kerana KAFA telah meminta pihak keselamatan menambah 4 kali ganda daripada jumlah anggota polis, pegawai dan rela yang biasa ditugaskan. Keganasan penyokong adalah isu global dunia bolasepak yang terbukti sukar dihapuskan dimana-mana negara sekalipun tetapi ianya boleh dikurangkan dan dikawal.

Sekiranya FAM boleh memaafkan pasukan negeri lain yang sering dilihat penyokong mereka bertindak ganas, apa salahnya pihak KAFA merayu pada FAS dan FAM bagi mewakili kehendak seluruh penyokong Kelantan menyaksikan perlawanan ini di Kota Bharu.

KAFA juga menyeru peminat Kelantan supaya menjaga imej dan tingkah laku mereka. Bersabar dan bertenang dalam menangani isu ini. Jadikan ini sebagai pengajaran yang boleh melembutkan hati penyokong Kelantan dalam memahami jiwa dan hati penyokong cilik, wanita dan yang datang bersama keluarga menyaksikan bolasepak dengan aman. Kini bola sepak Kelantan bukan hak milik peribadi penyokong lelaki sahaja, malah penyokong lelaki sepatutnya menjadi pelindung pada penyokong istimewa ini.

Tiada guna kita mengutuk keganasan di kalangan penyokong Selangor tetapi masih menyimpan dendam ingin melakukan keganasan yang sama. Sepatutnya sebagai pendokong negeri Serambi Mekah perlu ada sifat memaafkan kerana yakinlah tidak akan bacul seseorang itu sekiranya dia menggunakan akal dan iman dalam sesuatu tindakan mereka.

KAFA juga akan cuba menjemput Sultan Muhammad ke-V mencemar duli menyaksikan perlawanan Jumaat ini (malam ini) dan turut menjemput Menteri Besar dan barisan exco sekiranya dapat menghadirkan diri dan diingatkan juga ianya masih dalam plan jemputan. Oleh itu sekali lagi pihak KAFA menyeru sekiranya stadium Kota Bharu tetap menjadi gelanggang jumaat ini (malam ini) para penyokong diminta menjaga tingkah laku mereka bagi memulihkan kembali imej penyokong Kelantan yang sering tercalar.

Rooney 'naik angin'dengan Ferguson


ROONEY (kiri) gagal memberi impak berkesan sejak mengalami kecederaan sehingga mencetuskan kegelisahan di hati pengurus United, Alex Ferguson.


LONDON - Manchester United kini mula bimbang mengenai masa depan 'ayam tambatan'nya, Wayne Rooney. Terdahulu, penyerang pasukan England itu menyelar kenyataan pengurus United, Alex Ferguson yang mengatakan prestasinya merosot sejak mengalami kecederaan buku lali.

"Saya tiada masalah dengan kecederaan buku lali yang saya alami," tegas Rooney ketika diminta mengulas kenyataan Ferguson baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa Ferguson berkata demikian, Rooney menjawab: "Saya tidak tahu mengapa."

Rooney gagal meledak sebarang gol ketika England seri tanpa jaringan dengan Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 awal pagi kelmarin.

Kini kebimbangan mula timbul mengenai perbincangan kontrak baru Rooney bersama United akan berdepan masalah.

Kontraknya akan berakhir hujung musim ini dan United telah mendedahkan hajat mereka untuk mengekalkan penyerang itu di Old Trafford dengan kontrak jangka masa panjang.

Begitupun, Rooney dikatakan telah meminta supaya perbinca- ngan mengenai kontrak tersebut ditangguhkan seketika.

Ejen Rooney juga telah meminta gaji pemain tersebut dinaikkan daripada £90,000 (RM445,909) kepada £150,000 (RM743,465) seminggu.

Ketika ini, kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Rooney dan mampu mengatasi tawaran United itu

Kelantan sedia gempur Selangor



NORSHAHRUL (tengah) ditenteramkan oleh seorang pegawai perubatan Kelantan selepas dilayangkan kad merah di Stadium Shah Alam, Selasa lalu.


“BOLA sepak adalah sukan dan bukannya perang.” Demikian nasihat jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada penyokong Kelantan yang akan hadir menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu malam ini.

Menurut Sathianathan, fokus pemain hanya untuk mencipta kemena- ngan dan jika terdapat gangguan luar, pasti tumpuan para pemainnya di padang akan terjejas.

“Kita mengalu-alukan kehadiran penonton seramai yang mungkin tetapi datanglah dengan semangat kesukanan yang tinggi.

“Insiden-insiden yang tidak sepatutnya hanya akan merugikan pasu- kan selain jangan mudah menghukum pemain yang melakukan kesilapan.

“Penyokong Kelantan adalah yang terbaik kerana mereka sentiasa mengiringi perjuangan pasukan dan saya mahu itu dikekalkan,” katanya semalam.

Sathianathan berkata, berdepan Selangor adalah suatu tugas yang bukan mudah tetapi beliau percaya sekiranya para penyokong menjadi ‘pemain ke-12’ Kelantan, tidak musta- hil The Red Warriors akan mampu me- numbangkan Selangor di laman sendiri.

Jelasnya, Kelantan mempunyai peluang yang cerah untuk melangkah ke separuh akhir selepas mengikat Sela- ngor dengan keputusan seri tanpa jaringan di Shah Alam, Selasa lalu.

“Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sentiasa menjanjikan tuah kepada Kelantan. Para pemain juga telah bersedia untuk itu dan kita mahu lihat satu keputusan yang positif.

“Sesiapa jua yang akan saya turunkan nanti pastinya pemain yang sudah pun bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mengharungi perlawanan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi,” ujarnya.

Mengenai pengganti Norshahrul Id- lan Talaha yang digantung perlawanan kerana menerima kad merah Selasa lalu, Sathianathan berkata: “Ketiadaannya tidak merencatkan persiapan kita.

“Saya ada ramai pemain yang mempunyai kemampuan yang sama.”


Masih Hidup Atau Mati?

Masih Hidup Atau Mati?

Ditulis oleh TRWC Team Khamis, 14 Oktober 2010 09:13




Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.



Berdasarkan Pengakuan Si Pemukul:

Berita Kereta Polis dipecahkan cermin dan dikemekkan oleh penyokong Selangor tidak pernah disiarkan

KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com.