KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 6 November 2010

Format bolasepak Malaysia boleh berubah sesuka hati mengikut kehendak siapa yang memimpinnya


Format bolasepak Malaysia boleh berubah sesuka hati mengikut kehendak siapa yang memimpinnya dan pasukan dari pemimpin terbabit akan mendapat segala kelebihan yang diingini. Perubahan format jadual perlawanan piala Sumbangsih yang pada kebiasaanya melibatkan pasukan juara piala Malaysia dan juara piala FA, kini menjadi mangsa percaturan drastik badan pengurusan bolasepak Malaysia ini yang telah membuat keputusan menukar format kepada pasukan juara Piala Malaysia akan bertemu dengan pasukan juara TM Liga Super pada perlawanan pembukaan 4 januari nanti.
Selangor mendapat kelebihan dalam hal ini kerana bukan  sahaja diberi peluang beraksi dalam piala Sumbangsih malah stadium Shah Alam juga akan dijadikan lokasi perlawanan ini nanti. Padahal mengikut tradisi piala Sumbangsih sebelum ini, pasukan yang memenangi Piala Malaysia akan dipilih sebagai tuan rumah. Berbagai alasan dicipta bagi mengiyakan keputusan drastik ini, antaranya menyatakan stadium Kota Bharu sempit dan digeruni penyokong pelawat. Inilah sebuah cerita klasik yang sering dicipta oleh pengarah-pengarah hebat mengikut kepentingan pasukan masing-masing. Pencapaian bolasepak Malaysia lah menjadi mangsa hasil percaturan tidak memikirkan jangka masa panjang ini.
Kini Harimau Muda boleh pula beraksi dalam saingan liga tempatan, berbeza pada awal tahun ini pelbagai alasan dicipta untuk menafikan pasukan Harimau Muda yang mampu menyingkirkan salah satu pasukan pantai timur ke liga perdana. Akhirnya jurulatih dan pemain Harimau Muda menjadi mangsa dan  terumbang-ambing sekejap ke liga luar negara sekejap ke liga tempatan pula. Inilah realiti bolasepak Malaysia, entah pasukan dan idea daripada negara mana yang dijadikan contoh oleh FAM, seluruh peminat pun tidak mampu menjawabnya. FAM tetap FAM, Bolasepak Malaysia sekadar pelengkap perlawanan jadual bolasepak asia dan dunia, tiada harapan tinggi diletakkan oleh peminat walaupun kini berjersi baru.
Pasukan The Red Warriors sedia menerima mana-mana pasukan sekalipun bagi penentuan piala Sumbangsih ini nanti. Tidak kira lawan ini Selangor mahupun Negeri Sembilan, pasukan The Red Warriors harus melakukan persediaan rapi dan pengekalan prestasi semasa bagi memastikan piala Sumbangsih pula berjaya didakap pulang oleh skuad The Red Warriors ke Kota Bharu. Sudah pasti rekod ditewaskan 3-0 pada saingan suku akhir kedua Piala Malaysia lalu menjadi duri dalam daging bagi pasukan Selangor yang sememangnya berdendam dengan musuh tradisinya pasukan Kelantan. Perlawanan ini nanti akan menarik minat seluruh media massa dan peminat kedua-dua pasukan. Namun apa yang diharapkan tiada lagi insiden-insiden buruk berlaku nanti
Pasukan Kelantan masih lagi menunggu keputusan kontrak daripada pemain-pemain dalam menghadapi saingan pada musim depan dan Selangor merupakan pasukan pertama yang sudah mengesahkan kontrak pemain-pemain terkini mereka. Para Peminat The Red Warriors menyerahkan budi bicara Tan Sri Annuar Musa memilih apa yang terbaik untuk Kelantan pada musim depan. Para peminat yakin apa yang diputuskan dan dipilih adalah demi mencapai impian merangkul kejuaraan yang masih belum dikecapi. Tidak hairanlah apabila desas desus kesediaan Tan Sri Annuar Musa meletak jawatan juga turut akan diikuti ugutan berpindah oleh para pemain tersohor yang sudah serasi dan yakin dengan pengurusan yang dilaksanakan Tan Sri Annuar Musa.
Bagi para peminat hanya mengharapkan prestasi Kelantan sekarang dikekalkan dan berharap para pemain Kelantan sentiasa mencipta sesuatu yang terbaik untuk seluruh rakyat Kelantan. KAMI TIDAK PEDULI SIAPA LAWAN PASUKAN KAMI, KAMI AKAN LAWAN DAN GEGARKAN STADIUM MEREKA. GOMO TETAP GOMO....
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Malam santapan The Red Warriors


PIALA Malaysia yang diarak bertemu peminat di seki- tar bandar Kota Bharu beberapa hari lalu akan dipersembahkan kepada Sultan Muhammad V pada majlis santapan Malam The Red Warriors malam ini, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Pegawai Media Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Wan Badri Wan Omar berkata, Sultan Muhammad V telah berkenan untuk mencemar duli menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu malam ini.
“Persembahan trofi Piala Malaysia kepada Tuanku Sultan akan diketuai oleh Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa serta pemain skuad Kelantan.
“Selain itu, persembahan ini juga akan diserikan lagi dengan iringan tujuh orang ‘hulubalang’ yang akan berpakaian tradisional Kelantan,” katanya.
Tambahnya, iringan oleh tujuh orang ‘hulubalang’ ini bertujuan menandakan kemegahan rakyat Kelantan ter- hadap piala tersebut.
“Piala ini cukup bermakna buat rakyat Kelantan. Ini merupakan kali pertama ia dibawa pulang ke Kota Bharu.
“Kejayaan ini sekali gus menamatkan penantian selama 89 tahun untuk melihat Kelantan menjadi juara sejak ia mula diperkenalkan pada 1921,” ujarnya.
Wan Badri memberitahu, majlis tersebut turut dihadiri oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muham-mad Faiz Petra.
“Ia juga akan dihadiri oleh barisan pimpinan kerajaan negeri, ketua jabatan kerajaan, ahli majlis KAFA, persatuan bola sepak jajahan, penaja serta kelab penyokong,” jelasnya.
Katanya, semua pemain akan menghadiri majlis tersebut kecuali tiga pemain yang sedang mempunyai tugas bersama skuad kebangsaan di Sukan Asia.
“Tiga pemain tersebut ialah penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha; penjaga gol, Mohd. Khirul Fahmi Che Mat dan pemain sayap, S. Chanturu.