KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 6 Julai 2010

Prebiu: KELANTAN lwn NEGERI SEMBILAN

Cemerlang dalam siri perlawanan persahabatan di Lembah Kelang apabila mencatatkan dua kemenangan dan satu kekalahan, Kelantan dijangka tampil garang menentang Juara Piala FA yang semakin kehilangan bisa.

Tempoh rehat hampir sebulan disebabkan perlawanan Piala Dunia di Afrika Selatan mungkin memberi ruang kepada kedua-dua pasukan untuk memperkemaskan segala bentuk kelemahan.

Justeru itu, perlawanan malam esok pastinya berlangsung sengit tambahan pula penyokong Kelantan dijangka memenuhi ruang stadium setelah lama tidak melihat aksi pasukan kesayangan beraksi.

Dijangkakan posisi penjaga gol terus dimiliki Khairul Fahmi Che Mat, penjaga gol muda yang baru kembali dari sesi latihan skuad negara di Turki. Pengalaman yang diperolehi melalui perlawanan persahabatan eropah diharapkan dapat digunakan Khairul Fahmi untuk mengawal kubu Kelantan dari dibolosi pasukan lawan.

Begitu juga barisan pertahanan, gandingan Subra dan Azizi terpaksa diubah apabila Azizi digantung satu perlawanan akibat kad kuning yang dikutip dalam tiga perlawanan namun Sathianathan sudah memberikan isyarat jelas bahawa Rizal Fahmi sedia untuk dimasukkan. Rizal akan diberi tanggungjawab besar memperkemaskan benteng bersama Subramniam, Daudsu dan Farisham Ismail.

Gandingan empat pemain ini diharap mampu menghalang pemain serangan Negeri Sembilan, Zakuan Adha dan Shahruain Abu Samah dari bermaharajalela menerobos masuk ke kawasan kotak penalti Kelantan. Mereka turut perlu merantai pemain tengah lawan kerana Negeri Sembilan turut mengharapkan Shukor Adan, Rezal Zambery, Kunalan, Idris Karim dan ramai lagi pemain untuk mendapatkan gol.

Jika berlaku sebarang perubahan pemain di posisi pertahanan, kemungkinan besar Zairul Fitree dan Sharudy Aziz akan dimasukkan kerana sewaktu ini, Kelantan kekurangan pemain benteng kecuali beberapa pemain dari skuad simpanan seperti Faiz Suhaimi, Nik Shahrul Azim dan Shafiq Haikal. Itupun jika mereka tersenarai dalam senarai 18 pemain Kelantan menentang Negeri Sembilan.

Kelantan turut perlu mempertanggungjawabkan barisan tengah mereka untuk membantu benteng dari dibolosi. Walaupun tugas merencanakan serangan jatuh diatas bahu mereka, mereka seharusnya turun berganding bahu bersama untuk menekan lawan dari mencari gol. Tugasan berat bakal dipikul Indra Putra, Norfarhan, Badri Radzi dan Shakir Shaari dalam perlawanan ini.

Menyusuri rentak perlawanan, pemain simpanan seperti Khairan masih lagi berkeupayaan untuk menyarung jersi utama sementelah memberikan aksi cemerlang sewaktu turun dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini namun semuanya bergantung kepada perkiraan ketua jurulatih sama ada menurunkan Khairan dan merehatkan Badri Radzi. Kelantan tidak rela merehatkan Shakir yang menunjukkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan sebelum ini.

Selain Khairan, Zulyusri dan Wan Zaman turut boleh diberi ruang untuk turun menjadi pemain kesebelasan utama tetapi Sathianathan mungkin tidak mengambil risiko meletakkan mereka di posisi permulaan kecuali diakhir babak permainan.

Cuma kita menantikan adakah Mohd Shawal Rudin yang mendapat pujian melambung dari ketua jurulatih akan melakukan penampilan pertama dalam kesebelasan utama pasukan. Shawal didaftarkan dibawah Piala Presiden tidak mustahil akan menjadi pemain yang akan diserap masuk kedalam skuad senior menentang skuad Jang.

Sentuhan serangan Kelantan tetap tertumpu kepada pemain penyerang utama, Norshahrul Idlan dan S. Chanturu. Mereka kerap digandingakan bersama dalam beberapa perlawanan terakhir Liga dan persahabatan. Keupayaan dan skill Idlan ditambah dengan kepantasan Chanturu, mereka berdua dipertanggungjawab merobek kubu kawalan Sani Annuar Kamsani.

Tetapi tidak melupakan penyerang simpanan yang kembali mendapat sentuhan. Hairudin Omar dan Akmal Rizal semakin serasi dengan corak permainan yang diterapkan serta mula memberikan beberapa pulangan lumayan kepada pasukan. Hairudin tampil hebat menjaringkan beberapa gol dalam perlawanan terakhir manakala Akmal hadir dengan beberapa gol dan bantuan hantaran kepada pemain lain meledak kedalam gawang.

Selain mereka, penyerang veteran, Che Hishamudin turut berpeluang menyarung jersi selepas kembali dari kecederaan manakala Nidzad Ayub, Ramzul Zahini serta Aris Zaidi tetap menjalani latihan bersama skuad namun tidak dipastikan akan tersenarai dalam senarai pemain yang akan/mungkin diturunkan.

Malam esok menjadi medan pertarungan sengit kepada dua pengendali handalan untuk merencanakan taktikal mengutip tiga mata penuh. Tiada istilah mencari satu mata kepada Sathianathan dan Wan Jamak kerana Kelantan mahu mengukuhkan kedudukan ditangga kedua manakala Negeri Sembilan pula berhajat untuk berada di kelompok lima terbaik.

B. Sathianathan, Hashim Mustapha dan Sidek pasti tidak mahu nama mereka dicemuh Sang peminat andai kekecewaan dialami dalam pertarungan bersejarah ini. Namun Wan Jamak juga bukan hadir untuk melihat pasukannya tunduk mudah didepan ribuan tentera merah.

Pasti memori lepas menggamit ingatan dimana Negeri Sembilan memberi pengajaran kepada Kelantan dihalaman sendiri dan Negeri Sembilan turut hadir dengan keadaan berjaga-jaga ekoran insiden besar dalam lipatan sejarah pernah berlaku dihadapan mereka.

Nasihat kepada penyokong Red Warriors, datang memberi sokongan kepada pasukan, bukan datang memberi hukuman kepada pemain.



Villa, Klose rebut Kasut Emas




PARIS: Lionel Messi, Kaka dan Wayne Rooney tampak seperti meninggalkan bisa sentuhan jaringan di rumah, tapi tidak buat bintang Sepanyol, David Villa dan penyerang Jerman, Miroslav Klose yang berada di tahap prestasi tertinggi ketika menggegarkan gawang lawan di kejohanan yang semakin hampir mencapai klimaks ini.

Kedua-dua pemain itu mempunyai purata gol sekurang-kurangnya satu jaringan bagi setiap perlawanan ketika mereka berentap dengan rakan sepasukan Klose, Thomas Mueller serta pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder untuk anugerah Kasut Emas.


Bukan itu saja, Villa dan Klose turut mengintai rekod masing-masing.


Klose memilih penampilan ke-100 bersama Jerman untuk menjaringkan gol ke-13 dan 14 di Piala Dunia, menyamai rekod jaringan legenda Jerman, Gerd Mueller dan satu kurang daripada rekod sepanjang zaman milik pemain Brazil, Ronaldo.


Pencapaian itu dianggap kebangkitan luar biasa buat Klose yang diarah keluar padang pada perlawanan kedua peringkat kumpulan ketika Jerman tewas kepada Serbia.


Pada ketika itu, segala-galanya tampak berakhir buat pemain berusia 32 tahun itu, tapi kemenangan tipis ke atas Ghana ketika ketiadaannya memberikannya peluang dan sejak itu, dia membantu Jerman menewaskan England dan menghasilkan dua gol ketika menentang Argentina.


Empat tahun lalu, Klose memenangi gelaran penggegar gawang terbaik di gelanggang sendiri walaupun negaranya sekadar mara ke separuh akhi




PRETORIA: Piala Dunia membuktikan Diego Maradona bukan seorang jurulatih genius tapi bukan juga badut seperti yang dijangka sesetengah pihak.

Benar, ada ketikanya tidak sukar memerhatikan jurulatih Argentina tanpa menyanyikan lagu tema Benny Hill. Sebagai contoh, bayangkan sesi latihan Argentina di mana Maradona berpura-pura memukul seorang kakitangannya dan berlagak seperti sasaran yang perlu dirembat setiap pemainnya. Sambil meluahkan kemarahan dia menggaru-garu kepalanya. Dia benar-benar seorang pelawak.


Tapi dengan kejayaan dimiliki Argentina, ternyata ada pengisian di sebalik kegilaan Maradona. Tiada satu pasukan pun yang mempunyai kelancaran gerakan sehebat mereka.


Keupayaan Gonzalo Higuain dan Carlos Tevez menjaringkan gol dan pemain terbaik dunia, Lionel Messi menyumbang inspirasi, hantaran dan juga kepemimpinan buat pasukan mudah mengetepikan kecacatan pertahanan anak buah Maradona dan tidak mempertikaikan keputusannya meminggirkan pemain pertahanan Javier Zanetti dan pemain tengah Esteban Cambiasso.


Strategi Maradona, adalah untuk menjaringkan gol dan bukannya menghalang lawan. ‘Serangan berterusan’ adalah caranya mempersembahkan corak permainan sebenar Argentina.


“Kami di sini memberi kegembiraan buat Argentina, bermain seperti yang kami mahu, dengan cara yang membuat kami gembira,” katanya.


Menyeronokkan tapi terlalu naif.


Maradona memanfaatkan kesungguhan untuk menampung kekurangan pengalaman sebagai jurulatih. Dia menenangkan pemainnya dengan pelukan dan ciuman sebelum dan selepas perlawanan kerana tidak banyak yang boleh diberinya dari sudut kemahiran taktikal.


Arahan yang diberikannya sewaktu latihan ialah ‘Teruskan! Bersemangatlah!’ dan bukannya petunjuk berguna mengenai strategi.


Dia bercakap mengenai ‘pengorbanan, darah dan keberanian’ daripada pemain, bukan mengenai formasi perlawanan. Pemain sebaliknya membalasnya dengan pujian dengan pengalaman yang dimilikinya dalam empat Piala Dunia dan bukan rancangan permainannya, itupun jika ada.


Kelebihan Maradona paling menyerlah di sidang media cukup menghiburkan dan provokatif ialah kejayaannya mengalihkan perhatian daripada Messi dan punca kegagalan penyerang ternama itu menjaringkan gol.

Namun, seperti di pusingan kelayakan, Maradona gagal memanfaatkan kebolehan Messi menjaringkan gol. Messi tidak memperoleh bantuan yang menjadikannya penyerang berbisa bersama kelabnya, Barcelona. Ia menyebabkan Messi terpaksa bergerak lebih jauh di bahagian tengah untuk mendapatkan bola.


Akibat kepincangan pertahanan Argentina dan ketiadaan pelan alternatif B, C dan D andai pelan A iaitu serang, serang, serang tidak menjadi, tidak sukar menjangkakan perjalanan hebat Argentina berakhir jika penyerangnya gagal melakukan jaringan. Namun, tiada siapa menjangkakan Argentina dan Maradona ketandusan idea ketika tewas di tangan Jerman di suku akhir