KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 12 Julai 2010

Prebiu dan Analisis- Selangor VS Kelantan

Kelantan dan Selangor membuktikan status mereka selaku dua pesaing terhebat Liga Super 2010 apabila terikat 1-1 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Mengimbau pertemuan sebelum ini, keputusan perlawanan pasti berpihak kepada Merah Kuning kerana bermain di arena sendiri, namun Kelantan menterbalikkan keadaan itu setelah jaringan Indra Putra pada minit ke-64 memadamkan jaringan cantik Amirul Hadi minit ke-57.


Bermula dengan kesebelasan terbaik, kedua-dua pasukan saling mengasak untuk memburu gol pendahuluan tetapi gagal dek kekentalan barisan pertahanan masing-masing.

Pada awal saingan, kelihatan Kelantan lebih berpeluang untuk menjaringkan gol namun Hamsani Ahmad banyak menyelamatkan gawang dari dibolosi pemain penyerang Kelantan.

Norfarhan pula banyak mengsia-siakan peluang di depan gawang walaupun mempunyai dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Kelantan turut dinafikan sepakan penalti oleh pengadil apabila terjahan lambat Khairul Annuar Baharom keatas Mohd Badri Radzi didalam kotak gagal dilihat sebagai satu bentuk kekasaran. Walau cuba dibantah pemain Kijang, pengadil bertegas dengan keputusan tersebut.

Berlainan dengan serangan Selangor ke kubu Red Warriors, mereka mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol hasil serangan
balas pantas selain kerap diberikan sepakan percuma dari penjuru kiri kanan pintu gol Kelantan.

Tetapi mereka gagal menterjemahkan peluang kepada jaringan. Peluang terbaik dimiliki apabila Amri Yah Yah gagal menolak masuk percubaan satu sama satu hasil dari kesilapan awal Khairul Fahmi yang menyepak kepada pemain Selangor.

Mereka turut menjaringkan gol namun dibatalkan pengadil apabila Amri Yah Yah terlebih dahulu terperangkap dengan offside trap yang dilakukan oleh pertahanan Kelantan.

Mereka turut kempunan apabila rangkaian Amirul Hadi dan Safee Salee kerap melakukan kesilapan menyebabkan bola yang sepatutnya disudahkan dengan baik terlepas begitu sahaja.

Pada babak kedua, Kelantan melakukan beberapa serangan ke kubu Selangor tetapi masih gagal memecahkan kebuntuan jaringan.

Amirul Hadi Zainal akhirnya berhasil untuk meletakkan tuan rumah didepan pada minit ke-57 apabila menyambung bola lantunan tandukan Subramaniam dan Farisham Ismail. Gol yang boleh dikira antara yang tercantik dalam liga Malaysia ketika ini kerana penjaga gol muda Sang Kijang, Khairul Fahmi hanya terpaku melihat bola sepakan separuh volley menggegar jaring.

Tidak menunggu lama, Kelantan mengatur gerak untuk mencari gol penyamaan dan mereka berhasil untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-64 setelah Norfarhan Mohamed bijak melepasi kawalan pertahanan kanan sebelum membuat hantaran lintang kedalam kotak. Indra yang tidak dikawal menanduk masuk kedalam gawang menewaskan Hamsani Ahmad mengembirakan lebih 20 000 penyokong setia wira Merah.

Selepas gol itu, Kelantan mengandakan asakan untuk menjaringkan gol kedua tetapi peluang keemasan yang diperolehi Hairudin Omar dilepaskan. Hairudin yang merampas bola kawalan pertahanan Selangor hanya menyepak lob terus kepada Hamsani walau mempunyai opsyen untuk diberikan kepada S. Chanturu yang keseorangan.

Terlepas peluang tersebut, Kelantan terpaksa bertahan apabila jentera Selangor mula mengatur gerak untuk mendapatkan gol kemenangan.

Sepuluh minit terakhir, pemain Kelantan dilihat banyak bertahan apabila rangkaian penyerang Selangor kerapkali membolosi kawalan pemain Kelantan sebelum melakukan beberapa percubaan menarik yang mampu memberikan gol.

Antara percubaan Selangor ialah sepakan Amri di depan gawang melantun keluar selepas terkena palang dan satu percubaan satu lawan satu dengan Khairul Fahmi ditepis keluar.

Setelah tambahan masa empat minit, pengadil membunyikan wisel dengan keputusan penuh Kelantan mengikat Merah Kuning 1-1.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Pengurusan Kawasan Penyokong Lemah



Pengurusan stadium Selangor tidak belajar daripada pengalaman lepas dalam menyediakan tempat duduk penyokong apabila membiarkan kawasan penyokong Kelantan padat dengan penyokong dan duduk dikerusi basah sedangkan kawasan penyokong Selangor lengang daripada penyokongnya. Keadaan ini telah mencetuskan sedikit ketegangan di kalangan penyokong Kelantan yang menyeru lebih banyak ruang tempat duduk dibuka untuk penyokong Kelantan dan ianya berjaya diredakan dengan kehadiran polis FRU.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya pengurusan stadium Selangor boleh membahagikan kawasan penyokong bertentangan iaitu kawasan bersebelahan astaka diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan melalui pintu masuk A dan melalui pintu masuk B iaitu satu kawasan pintu masuk sebelah TESCO diberikan sepenuhnya kepada salah satu pasukan. Sikap mengambil remeh perkara ini telah menyebabkan imej penyokong Kelantan sedikit tercemar dengan liputan media yang memandang serong tindakan yang dilakukan oleh penyokong Kelantan bukannya pada kelemahan pembahagian kawasan tempat duduk penyokong yang membiarkan penyokong Kelantan duduk di kawasan basah manakala penyokong Selangor selesa dengan ruang kosong yang kering dan banyak dikawasan berbumbung.


Tindakan ambil mudah pengurusan stadium membawa padah kepada penyokong Selangor sendiri apabila 2 insiden mendapat perhatian polis kerana ada penyokongnya memulakan provokasi dengan menendang penyokong Kelantan yang masuk daripada pintu masuk bersebelahan penyokongya dan ada penyokongnya cuba memprovokasi dengan berlari ke kawasan Kelantan sambil mengejek penyokong Kelantan beberapa kali sehingga berjaya ditangkap polis.

Sikap pengulas sukan siaran tv berbayar yang sering memberi ulasan memandang lekeh pemain dan penyokong Kelantan dalam setiap ulasan langsungnya juga menimbulkan kemarahan dikalangan penonton Kelantan yang rata-rata tidak berpuashati dengan sikap pengulas ini. Sampai bila pengulas untuk terus bersikap demikian? berapa banyak info atau iklan nasihat dikeluarkan oleh pihak media bagi membantu menangani masalah penyokong liar ini? Sikap pengadil yang dilihat berat sebelah juga banyak menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan penyokong Kelantan.




Namun ada juga penyokong Kelantan dari Kota Bharu tergamam dan terkejut dengan sikap penyokong Kelantan sendiri yang jauh berbeza dengan penyokong Kelantan di Kota Bharu yang lebih berdisplin seperti tidak bermain mercun dan sudah boleh mengawal emosi ketika hadir ke stadium. Insiden mencabut kerusi stadium, letupan mercun, pergaduhan kecil diluar stadium dan yang terburuk seupamanya telah kembali mencemar imej KAFA yang sentiasa berusaha mengurangkan insiden-insiden berlaku dari penyokong Kelantan. Ada penyokong Kelantan berpendapat mereka yang masih lagi bermain mercun dan menimbulkan kekecohan adalah golongan yang jarang ke stadium dan tidak mendapat info tentang perkembangan kesedaran penyokong Kelantan di Kota Bharu malah lebih menyakinkan pendapat ini apabila ada penyokong Selangor yang sanggup memotong jarinya memberi pendapat yang sama dan menganggap golongan yang sering ke stadium membawa masalah ialah golongan yang buta internet dan teknologi maklumat."Orang Kelantan ni kurang hiburan dan ada yang menganggap membelasah orang sebagai satu hiburan bagi mereka" keluh seorang penyokong Kelantan setelah melihat seorang remaja lembik dibelasah dan ada yang pecah cermin kereta akibat berlebihan menekan pedal minyak sehingga dianggap cuba memanaskan keadaan. Sikap ini mungkin sukar diubah dan memerlukan usaha seluruh penyokong untuk mengambil tanggungjawab bersama menasihati rakan-rakan yang terlalu emosional ini.Ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang telah berjaya membuktikan sokongan Kelantan lebih ramai di stadium Shah Alam sekaligus berjaya menundukkan keangkuhan penyokong Selangor yang sentiasa beranggapan sokongnya lebih ramai. Jangan lupa perlawanan sabtu ini menentang Kuala Lumpur juga penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan. Ayuh!! dari Shah Alam kita meramaikan stadium bolasepak Cheras pula. Ayuh teruskan gelora dan gelombang ombak merah putih di Kuala Lumpur pula.

GAMBAR INSIDEN YANG TIDAK BIASA DILIHAT KERANA SIKAP BERAT SEBELAH MEDIA


Provokasi melampau- Gambar Abe yel

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo

l rights reserved.


The Red Warriors yakin pintas Selangor


KEPUTUSAN seri yang dicatatkan di Stadium Shah Alam ketika turun menentang Selangor kelmarin tidak mematahkan usaha anak-anak buah B.Sathianathan untuk terus mencabar takhta liga.

Berbaki empat lagi perlawanan, Kelantan terus optimis untuk memintas Selangor terutama ketika jadual perlawanan menyaksikan Kelantan tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan lawan-lawan mereka berbanding Selangor.

Bagi Sathianathan, pemainnya kini masih lagi dalam 'mood' untuk terus menghambat gergasi Lembah Klang yang nyata agak resah selepas mereka kehilangan tiga mata ketika ditundukkan Perak, Selasa lalu.

Menurutnya, perlawanan malam kelmarin menyaksikan pasukannya agak goyah terutama di bahagian pertahanan sehingga membolehkan Selangor mencipta beberapa peluang selain gol pembukaan yang dijaringkan oleh Amirulhadi Zainal.

"Kedua-dua pasukan boleh menang dalam perlawanan itu tapi, nyata kita terlalu rapuh dibahagian pertahanan dan selepas 22 perlawanan, ini adalah corak bertahan yang paling lemah.

"Beraksi di tempat lawan, kemudian anda ketinggalan satu dan bangkit menyamakan kedudukan. Bagi saya ia suatu yang menakjubkan apabila para pemain menunjukkan semangat melawan serta berjaya mengikat kedudukan," katanya ketika dihubungi semalam

Tambahnya, sesi latihan seterusnya pasti akan ditumpukan kepada usaha untuk menguatkan barisan pertahanan yang sedikit pincang kerana tidak mahu gawang pasukannya mudah dibolosi lawan.

Perlawanan malam semalam juga menyaksikan peledak versatil The Red Warriors, Nurshahrul Idlan Talaha terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan situasi ini sedkit meresahkan kem Kelantan.

Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo