KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 23 September 2010

Benitez kritik majikan lama





LONDON - Selepas tiga bulan meninggalkan Anfield, Rafael Benitez (gambar) tampil mengkritik pihak pengurusan Liverpool.

Benitez yang kini menjadi jurulatih Inter Milan mendakwa, pihak pengurusan Liverpool yang diterajui Christian Purslow tidak tahu langsung mengenai perkembangan dalam dunia bola sepak.

"Tahun lalu... ketika saya masih menjadi pengurus Liverpool, saya ada mendengar yang Pengarah Urusan (Purslow) tidak tahu menahu mengenai bola sepak dan kamu tidak boleh bercerita mengenai perkara tersebut dengan mereka.

"Tidak seperti Presiden Inter, Massimo Moratti, dia sememangnya seorang yang sangat memahami selok belok dunia bola sepak, malah hubungan saya dengannya baik sekali.

"Namun jika pasukannya tewas, dia pasti akan marah tetapi dia masih boleh berbicara mengenai bola sepak yang mana saya tidak dapat merasakan perkara tersebut sepanjang membimbing Liverpool," jelas Benitez.

Sebagai rekod, Purslow dilantik sebagai Pengarah Urusan Liverpool pada Jun 2009 dan salah satu tugasnya ketika itu adalah bekerjasama dengan Benitez.

Begitupun, kenyataan yang dikeluarkan Benitez itu telah menceritakan segala-galanya tentang bagaimana sebenarnya cara Pruslow menjalankan tugasnya

Wenger bangga rentak Arsenal



ARSHAVIN (kiri) meraikan jaringannya bersama Nasri di White Hart Lane awal pagi semalam.


LONDON - Meskipun sekadar menyaksikan perlawanan di tempat duduk penonton, pengurus Arsenal, Arsene Wenger pastinya tetap menjadi individu paling gembira.

Ini kerana, skuad kendaliannya berjaya mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas Tottenham Hotspur pada pusingan ketiga saingan Piala Liga awal pagi semalam.

Wenger terpaksa berada di tempat duduk penonton kerana menjalani penggantungan satu perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England berhubung salah lakunya ketika aksi bertemu Sunderland pada Sabtu lalu.

"Kami sememangnya berhak untuk menang. Biarpun diberi tentangan hebat tetapi kami masih mampu mempamerkan corak permainan yang menarik.

"Spurs pada mulanya dilihat bangkit dengan begitu cepat sekali apabila berjaya mengikat kedudukan 1-1, namun selepas itu kami kembali menguasai perlawanan," jelas Wenger.

Pada aksi yang berlangsung di White Hart Lane itu, perlawanan terpaksa dilanjutkan hingga masa tambahan selepas kedudukan terikat seri 1-1.

Henri Lansbury membuka tirai jaringan buat Arsenal menerusi jaringannya pada minit ke-15. Namun penyerang Spurs, Robbie Keane menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan pada babak kedua seterusnya menyaksikan perlawanan berlanjutan hingga masa tambahan.

Samir Nasri kembali meletakkan Arsenal di hadapan apabila menjaringkan dua gol - kedua-dua gol itu terhasil menerusi sepakan penalti pada minit ke-92 dan 96.

Andrei Arshavin menutup malam gemilang Arsenal apabila menjaringkan gol keempat pada minit ke-105.

Sementara itu, tonggak pertahanan Spurs, Sebastien Bassong menuduh Nasri sebagai penipu apabila sengaja 'berlakon' bagi mendapatkan sepakan penalti yang pertama.

"Dia (Nasri) dilihat jatuh dengan begitu mudah sekali dan saya tidak fikir ia perlu diberikan sepakan penalti.

"Memang saya ada melakukan sentuhan pada dada Nasri tetapi saya tidak memegangnya. Selepas tamat perlawanan itu saya ada menonton rakaman video dan pada pandangan saya, ia tidak perlu diberikan penalti.

"Begitupun, Arsenal sememangnya berhak untuk menerima sepakan penalti yang kedua