KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Khamis, 17 Mac 2011

Wilshere akan jadi kapten Three Lions


Wilshere miliki apa yang diperlukan.

Fabio Capello telah melabelkan Jack Wilshere selaku kapten masa depan England. 
 
Bos Three Lions, Capello berkata, "Satu hari nanti dia bakal menjadi kapten England. Tak diragui lagi." 
 
"Dia mengingatkan saya kepada Bryan Robson. Dia midfielder muda terbaik yang pernah saya lihat pada usianya." 
 
"Prestasinya di Liga Juara-juara ketika menentang Barcelona menunjukkan bahawa dia adalah pemimpin nyata di atas padang." 
 
"Bagi bermain dengan keyakinan diri dan attitud seperti yang ditunjukkannya ketika bertemu Barcelona adalah merupakan yang terbaik di dunia. Bukan hanya di London, namun di Barcelona. Wilshere membuat kemajuan yang menakjubkan sepanjang tujuh bulan terakhir." 
 
"Ketika dia memainkan beberapa minit terawalnya untuk England ketika menentang Hungary Ogos lalu, saya masih belum yakin. Namun saya senang dengan prestasinya semasa melawan Denmark pada bulan lalu."

nama pilihan untuk memenangi hak penamaan stadium


Etihad Airline ?penaja jersi City ketika ini ?nama pilihan untuk memenangi hak penamaan stadium.

Manchester City telah diberikan kebenaran untuk menjual hak nama stadium mereka di Eastlands.
 
Pasukan Roberto Mancini mengharapkan kontrak penajaan ratusan juta pound yang akan menyaksikan nama stadium dijenamakan semula.
 
City memerlukan kebenaran dari majlis perbandaran Manchester, yang memiliki stadium Sukan Komanwel tersebut, dalam usaha menjual hak nama.
 
Namun difahamkan persetujuan telah dicapai dan kelab akan mula mencari penaja bagi meningkatkan perolehan mereka supaya mereka dapat memenuhi peraturan kewangan saksama yang ditetapkan UEFA.
 
Di bawah peraturan terbaru tersebut, kelab yang bermain di Eropah perlu mengawal perbelanjaan mereka berdasarkan pendapatan tahunan dalam masa tiga tahun. Tahun lepas, City mencatatkan rekod kerugian £121 juta.
 
Pasukan Liga Perdana Inggeris lain, Arsenal mencapai kontrak penajaan serupa dengan Emirates Airline apabila mereka menjual hak nama stadium kelab di Ashburton Grove dengan harga £100 juta pada tahun 2006.

Edwin van der Sar berdepan tekanan


Edwin Van der Sar mahu bersara di puncak prestasinya.

Edwin van der Sar berdepan tekanan untuk terus kekal di Old Trafford untuk satu lagi musim.
 
Penjaga gol antarabangsa Belanda berusia 40 tahun itu menegaskan beliau akan bersara pada musim panas ini untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya berikutan tahap kesihatan isterinya yang membimbangkan.
 
Namun selepas aksi cemerlangnya semasa kemenangan Piala FA ke atas Arsenal, semua pihak di United mendesak beliau untuk memikirkan kembali keputusannya.
 
Penyerang Wayne Rooney berkata: "Kami bersyukur dengan kemenangan ini dan Edwin beberapa kali cemerlang menyelamatkan gawangnya untuk menjadi penyumbang.
 
"Pemain cuba memujuk beliau untuk terus bermain.
 
"Saya bercakap dengan beliau semasa di bilik mandi di bilik persalinan. Ia keputusannya jadi kami perlu menghormatinya.
 
"Tapi beliau penjaga gol yang hebat dan meskipun dengan usianya, pada saya, beliau masih penjaga gol terbaik dunia."