KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 3 Ogos 2010

program JUARA RAKYAT di padang bola sepak kg berdang(KYD) pada21.05.2010.












Wenger yakini barisan tengah

WILSHERE (kanan) sudah cukup berpengalaman untuk beraksi dalam skuad utama Arsenal musim ini.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui beliau tidak berhasrat untuk membeli seorang lagi pemain tengah bagi menguatkan skuad The Gunners musim ini.

Wenger berkata, ini kerana beliau cukup yakin dengan prestasi menakjubkan dua pemain muda The Gunners, Jack Wilshere dan Emma- nuel Frimpong.

Pada mulanya, Wenger merancang membawa seorang lagi pemain tengah sebelum musim perpindahan ditutup Ogos hujung Ogos ini kerana beliau tidak begitu yakin Wilshere dan Frimpong sudah cukup berpengalaman untuk beraksi dalam skuad utama.

Namun, ketika Cesc Fabregas yang masih berehat selepas Piala Dunia 2010 serta kecederaan yang melanda dua perancangnya, Abou Diaby dan Denilson, Wenger terpaksa menurunkan dua pemain remajanya ini ketika aksi Piala Emirates dan gembira dengan reaksi mereka.

Wilshere dan pemain kelahiran Ghana, Frimpong, kedua-duanya 18 tahun, bertindak cemerlang ketika berdepan pemain lebih berpengala- man, Gennaro Gattuso dan Clarence Seedorf ketika seri 1-1 dengan AC Milan, Sabtu lepas.

Ia diikuti dengan persembahan cemerlang serta ketenangan dua pemain ini dalam kejayaan 3-1 ke atas Celtic kelmarin, sekali gus membantu Arsenal mempertahankan gelaran kejohanan pramusim ini di Emirates.

"Pada awalnya saya tidak begitu yakin dengan Wilshere dan Frimpong mengemudi bahagian tengah tetapi mereka telah buktikan bahawa mereka mampu bermain di posisi itu," kata Wenger.

"Sebelum ini kami berura-ura membeli pemain baru pada musim perpindahan ini tetapi kami tidak akan melakukannya sekarang.

"Wilshere telah menjalankan tugasnya dengan baik. Pada usia 18 tahun, kamu perlu bersabar dengannya tetapi saya percaya dia lebih bagus berbanding tahun lepas.

Rooney sudah sedia gempur semula

LONDON - Wayne Rooney akan kembali menerajui jentera serangan Manchester United.

Penyerang sensasi England itu dijangka akan diturunkan dalam satu aksi pramusim menentang kelab Republik Ireland, Irish League XI di Stadium Aviva, Dublin esok.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengurus United, Alex Ferguson yang menjelaskan, beberapa lagi pemain yang beraksi ketika saingan kempen Piala Dunia bulan lalu turut akan diturunkan.

Selain Rooney, kapten Korea Selatan, Park Ji-sung, Nemanja Vidic, Michael Carrick dan bintang baru United, Javier Hernandez dijangka akan berada dalam kesebelasan utama The Red Devils.

Ia merupakan aksi pertama buat pemain- pemain tersebut dalam siri jelajah pramusim United selepas diberi rehat sebaik tamat Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan lalu.

Pemain sayap, Antonio Valencia turut dilapor bakal beraksi selepas pulih daripada masalah kecederaan buku lali yang dialaminya sebelum ini.

"Rooney, Ji-sung, Vidic dan Carrick telah pun kembali menjalani latihan bersama United dan kesemua mereka berada dalam prestasi terbaik untuk diturunkan.

"Valencia juga turut mempamerkan aksi terbaiknya ketika sesi lati- han dan memerlukan beberapa perlawanan pemanas badan sebelum berada pada tahap prestasi sebenarnya.

"Kesemua mereka pasti akan berada dalam skuad bersama-sama pemain baru kami, Chicha- rito (Hernandez)," jelas Ferguson.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif United, David Gill tidak menolak kemungkinan yang Ferguson akan membawa masuk beberapa lagi muka baru ke Old Trafford sebelum pintu perpindahan pemain ditutup hujung bulan ini.

"Kami (United) sentiasa dalam pencarian bakat-bakat baru yang dilihat mampu memberikan impak kepada skuad dan sehingga pintu perpindahan ditutup, kami tetap akan memerhatikan perkembangan beberapa pemain.

"Namun, ketika ini masih belum ada pemain-pemain yang dirasakan perlu untuk dibawa masuk ke Old Traf- ford,

Tevez hilang motivasi

LONDON - Penyerang Manchester City, Carlos Tevez mendedahkan, dia telah kehilangan motivasi untuk bermain bola sepak selepas kegagalan Argentina dalam kempen Piala Dunia 2010.

Tevez mempamer prestasi terbaiknya buat City musim lepas dan meledakkan 29 gol sebelum menyertai kempen di Afrika Selatan bersama Argentina.

Begitupun, selepas anak-anak buah Diego Maradona itu tersingkir pada suku akhir kepada Jerman, Tevez dilihat masih belum bersedia untuk mengharungi kempen baru Liga Perdana England.

Tevez berkata: "Saya cuba menguatkan semula semangat dan motivasi saya kerana Piala Dunia adalah matlamat utama saya.

"Tetapi buat kali pertama dalam hidup saya, saya menghadapi masalah untuk mencari semula kekuatan bagi semangat saya."

Real Madrid pula dikatakan berminat ke atas Tevez sejak beberapa minggu lepas.

Hubungannya dengan pengurus, Roberto Mancini juga masih belum pulih dan kelab gergasi Sepanyol itu pula memerlukan penyerang baru dalam skuad mereka.

Jose Mourinhio ketika ini mempunyai dua rakan senegara Tevez iaitu Gonzalo Higuain dan pemain baru, Angel Di Maria dan kini Real memerlukan seorang lagi penyerang selepas Raul menyertai Schalke 04.