KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Ahad, 20 Februari 2011

Giggs sambung kontrak


GIGGS dianggap sebagai ikon di Old Trafford.


LONDON - Ryan Giggs akan menyambut ulang tahun ke-21 sebagai pemain Manchester United dengan menyambung kontrak baru bagi musim depan.
Giggs, 37, berkata: "Apa yang saya mahu lakukan ialah bermain untuk United dan saya amat bertuah kerana dapat melakukannya selama 20 tahun.
"Sungguh gembira apabila mengetahui saya masih ada peluang memberi sumbangan kepada pasukan dan saya rasa masih banyak lagi yang saya boleh sumbangkan sama ada di dalam dan di luar padang.
"Ini adalah masa yang sangat menarik untuk saya melibatkan diri dengan ramai pemain muda yang bagus di kelab ini."
Giggs yang menyertai United pada Mac 1990, telah mencatat rekod dengan 862 penampilan serta menjuarai 11 gelaran Liga Perdana England, empat Piala FA dan dua trofi Liga Juara-Juara.
Pengurus The Red Devils, Alex Ferguson berkata: "Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan kehebatan Ryan.
"Dia masih lagi seorang pemain yang beraksi dengan cemerlang dan pengalamannya juga sangat penting bagi pemain muda dalam skuad ini.
"Dia adalah seorang pemain yang luar biasa dan juga lelaki yang istimewa.

Ancelotti tak salahkan Torres


TORRES masih belumdapat menyesuaikan diri dengan gaya permainan di Stamford Bridge.


LONDON - Carlo Ancelotti menegaskan bahawa Fernando Torres tidak akan dipersalahkan atas kemarau gol yang melanda Chelsea ketika ini.
Juara bertahan Liga Perdana England itu masih belum meledak sebarang gol sejak perpindahan Torres ke kelab mereka dengan rekod £50 juta (RM247 juta).
Bintang Sepanyol itu juga terpaksa dikeluarkan ketika perlawanan menentang bekas kelabnya, Liverpool dan Fulham.
Sebelum ketibaan Torres, The Blues telah menjaringkan 18 gol dalam lima perlawanan, namun kini mereka tidak pasti bilakah kemarau jaringan ini akan berakhir.
"Bukan salah Fernando. Dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan kombinasinya dengan pemain lain," kata Ancelotti.
"Dia bermain dengan baik selama 60 minit ketika menentang Fulham dan hanya tidak bernasib baik apabila memperoleh peluang di depan gol.
"Pergerakannya sangat bagus dan meskipun dia tidak menjaringkan gol, saya tahu dia akan melakukannya tidak lama lagi.
"Saya tidak pernah meminta penyerang saya menjaringkan gol, mungkin saya ada cakap begitu kepada Didier Drogba pada musim lepas, dia boleh meledakkan 80 gol berbanding 40 gol saja." - Agensi

Kami mampu menang empat trofi - Wenger


WENGER semakin yakin untuk menguasai empat kejuaraanmusim ini.


LONDON - Arsene Wenger menjelaskan bahawa Arsenal mampu mencipta sejarah baru dengan memenangi empat trofi pada musim ini.
Begitupun, pengurus The Gunners itu menasihatkan anak-anak buahnya supaya jangan memandang mudah Leyton Orient pada aksi Piala FA awal pagi esok, terutamanya selepas empat hari mengalahkan kelab gergasi Sepanyol, Bareclona dalam Liga Juara-Juara minggu lalu.
Arsenal sebelum ini telah pun layak ke final Piala Liga untuk berdepan Birmingham hujung bulan ini.
Mereka kini berada di tangga kedua Liga Perdana England, empat mata di belakang Manchester United dan kejayaan ke atas Barcelona pada aksi pertama saingan Liga Juara-Juara mencerahkan peluang mereka mara ke suku akhir kempen Eropah itu.
Wenger sedar untuk merangkul kesemua empat gelaran, ia memerlukan komitmen yang amat besar.
"Saya percaya kami mampu mara sejauh yang boleh dalam setiap kempen dan begitu juga dengan kekalahan secara mengejut.
"Semuanya bergantung kepada betapa kuatnya kepercayaan kami dan betapa banyaknya komitmen yang mampu kami tunjukkan.
"Apa yang menyakinkan saya ialah kami amat laparkan kejayaan dan kami juga mempunyai pemain berbakat. Kami semua akan cuba pergi sejauh yang mampu dalam semua kempen.
"Kami sekarang terlibat dalam semua empat kempen, jadi kami akan mencuba sebaik mungkin dan tugas saya pula ialah membawa pasukan ini melangkah sejauh yang boleh."- Agensi

Rentak T-Team masih menghampakan


AZIZI (kiri) antara pemain berpengalaman yang menganggotai skuad T-Team musim ini.


MENGECEWAKAN.
Mungkin itu yang boleh dirumuskan dengan rentak permainan T-Team pada saingan Piala FA menentang Kelantan, kelmarin, 
Meskipun dibarisi beberapa pemain berpengalaman, tetapi mereka masih gagal mempamerkan persefahaman.
Biarpun berjaya memberi saingan kepada Kelantan pada perlawanan pertama Piala FA 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, kelmarin setelah terikat 1-1 dengan Kelantan, namun mereka tewas pada penentuan sepakan penalti yang memihak kepada pasukan pelawat 6-5.
Sebelum ini, dalam perlawanan Liga Super, T-Team sekadar mengutip satu mata ketika mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Kedah pada aksi sulung sebelum tewas tiga kali berturut-turut kepada Negeri Sembilan, Harimau Muda A dan Pahang.
Menurut pengurus T-Team, Rozi Mamat, Yunus Alif selaku jurulatih perlu berusaha lebih keras bagi memperbaiki kelemahan yang ada dalam pasukan selain mencari formula terbaik untuk membentuk gandingan mantap khususnya di jentera serangan.
"Pasukan ini tidak ada masalah sebab diwakili ramai pemain berpengalaman, cuma sekarang tidak ada persefahaman antara mereka.
"Harap jurulatih atasi segera masalah ini untuk kita bangkit pada perlawanan seterusnya," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, kelmarin.
Jelasnya, antara pemain berpengalaman yang menganggotai T-Team ialah bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, Nor Farhan Muhammad dan Azizi Mat Rose.
Selain itu, pemain berpengalaman seperti Rosdi Talib, Sobri Sulong, Syamsuri Mustafa dan Haris Safwan Kamal turut mengukuhkan skuad ini.
Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Yunus memberitahu, hanya nasib yang tidak menyebelahi mereka.