KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 24 Ogos 2010

Kami belum layak - Ferguson


LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui skuad bimbingannnya masih belum layak untuk menghuni tangga teratas Liga Perdana England.

Ia gara-gara persembahan hambar yang dipamerkan anak-anak buahnya apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Fulham kelmarin.

Justeru, Ferguson menganggap tugas besar bakal menanti The Red Devils dalam usaha mereka merampas kembali gelaran juara yang menjadi milik Chelsea musim lalu.

Pada aksi yang berlangsung di Craven Cottage kelmarin, pemain gantian United, Nani dikatakan sebagai punca terhadap kegagalanThe Red Devils mengutip tiga mata penuh.

Ini kerana, Nani gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-87 se- lepas United berjaya mendahului 2-1.

Sebelum itu, United memperoleh gol pembukaan hasil jaringan Paul Scholes pada minit ke-11, namun Fulham berjaya menyamakan kedudukan hasil sumbangan Simon Davies pada minit ke-57.

The Red Devils kembali berada di hadapan apabila pemain pertahanan Fulham, Brede Hangeland tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-84.

Bagaimanapun, Hangeland berjaya menebus kesilapannya itu apabila menjaringkan gol penyamaan Fulham pada lewat perlawanan.

"Pada mulanya saya merasakan (Ryan) Giggs akan mengambil sepakan penalti dan saya sendiri tidak tahu mengapa Nani yang berbuat demikian.

"Saya selalu menganggap kualiti bagi tendangan penalti sangat penting dan sepakan yang diambil oleh Nani itu sangat teruk," jelas Ferguson.

Ketika ini, Chelsea gah di persada liga apabila mengutip enam mata maksimum hasil kemenangan besar ke atas West Bromwich dan Wigan Athletic.

Chelsea dapat manfaat berguna


LAMPARD (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya ketika menentang West Bromwich minggu lalu. Chelsea menang 6-0.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menganggap kegagalan England pada Piala Dunia 2010 telah memberi manfaat kepada skuad The Blues ketika ini.

Pada kempen di Afrika Selatan itu, England di bawah kendalian Fabio Capello gagal untuk beraksi pada tahap sebenar mereka sehingga tersingkir seawal pusingan kedua.

Namun, tiga tonggak utama Chelsea yang membarisi England, John Terry, Frank Lampard dan Ashley Cole kini dilihat berada pada prestasi terbaik mereka.

Malah mereka juga dianggap sebagai penggerak utama terhadap kejayaan Chelsea yang mencatatkan dua kemenangan bergaya dalam aksi awal Liga Perdana England musim ini.

Ketika ini, anak-anak buah Ancelotti menduduki tangga teratas liga dengan enam mata dan merekodkan 12 jari- ngan hasil daripada dua kemenangan tersebut.

Jelas Ancelotti, ketiga-tiga pemain tersebut sememangnya terdesak bagi membukti- kan bahawa mereka mampu beraksi dengan lebih baik jika dibandingkan pada kempen Piala Dunia lalu.

"Saya rasa pemain-pemain England telah mendapat pengajaran ekoran kegagalan pada kempen Piala Dunia yang lalu, sekali gus memberikan mereka semangat untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

"Kesemua mereka (pemain England) pulang dengan motivasi yang begitu tinggi.

"Pemain-pemain seperti Terry, Lampard dan Cole telah mempamerkan prestasi sebenar mereka ketika ini," jelasnya.

Ditanya sama ada kegagalan England pada Piala Dunia yang lalu memberikan kelebi- han buat skuad bimbingannya itu, Ancelotti berkata: "Saya fikir ada.

"Rehat yang cukup diperlukan oleh pemain-pemain selepas beraksi pada kempen Piala Dunia kerana mereka terlebih dahulu telah mengharungi jadual yang padat dalam saingan liga musim lalu." - Agensi

Sampdoria, Sheriff intai sejarah


IMBAS KEMBALI... Barisan pemain Sampdoria jelas kecewa selepas tewas 1-3 kepada Bremen pada aksi pertama playoff Liga Juara-Juara minggu lalu.


PARIS - Sampdoria dan Sheriff Tiras- pol mahu mencipta sejarah untuk layak ke saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.

Kini perlawanan kedua playoff Liga Juara-Juara yang akan berlangsung awal pagi esok bakal menjadi penentu kepada kedua-dua kelab tersebut.

Sampdoria tidak pernah bersaing pada peringkat kumpulan selain sudah lama tidak beraksi pada saingan tertinggi Eropah itu sejak mereka tewas kepada Barcelona pada final Piala Eropah 1992.

Kelab Itali itu perlu bangkit daripada kekalahan 1-3 kepada wakil Jerman, Werder Bremen pada perlawanan pertama playoff minggu lalu.

Penjaga gol Sampdoria, Ginaluca Curci berkata, dia masih berharap pasukan- nya akan mara dan keyakinan itu ditambah dengan kehadiran penyerang berbakat, Antonio Cassano.

"Satu gol di tempat lawan yang berjaya kami hasilkan minggu lalu membuatkan kami masih yakin dengan peluang kami. Selain itu, para penyokong kami akan menjadi pemain ke-12 di laman sendiri.

"Kami sebenarnya mampu menyaingi Bremen pada perlawanan pertama tersebut tetapi cuma kami gagal memanfaatkan peluang yang dimiliki. Jadi kami memang bersemangat untuk menghadapi perlawanan kedua ini," kata Curci.

Sementara itu, kelab Moldova, Sheriff mahu bangkit daripada kekalahan 0-1 kepada wakil Switzerland, Basel dengan mengharapkan bantuan penyokong di tempat sendiri.

Selepas 10 kali mencuba, Sheriff cukup berharap mereka mampu melangkah ke peringkat kumpulan untuk menjadi kelab pertama dari Moldova berjaya melakukannya.

Satu lagi pasukan, Hapoel Tel Aviv turut berhajat melangkah ke peringkat kumpulan buat kali pertama apabila mereka menanti kunjungan kelab Austria, Salzburg selepas menang tipis 3-2 pada aksi pertama di tempat lawan.

Pasukan yang berjaya melangkah ke suku akhir Piala UEFA 2002 itu sekali lagi mengharapkan penjaga gol mereka, Vincent Enyeama meneruskan kecemerlangan aksinya sewaktu kempen Piala Dunia 2010.

Namun jurulatih Salzburg, Huub Stevens pasti tidak mahu mengulangi kegagalan pada perlawanan playoff musim lalu setelah mereka disingkirkan satu lagi wakil Israe