TRWC sedang giat membaikpulih laman portal ini yang disyaki digodam oleh penggodam warga tempatan yang mungkin irihati dengan kejayaan yang dibawa oleh TRWC walaupun baru setahun beroperasi. TRWC dan TRWFM akan dinaik taraf sistem webnya. Web TV pula akan dilancar bersama pengenalan pemain tidak lama lagi. Web TV ini melibatkan pelaburan besar ahli korporat tersohor Kelantan dengan pelbagai rancangan yang bakal disusun untuk kepuasan peminat The Red Warriors.
bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai "football" diluar Amerika) sudah ada semenjak lama. Maksudnya benar-benar lama. Menurut the National Soccer Hall of Fame and Museum, bola sepak mula dikenal di masa Mesir kuno, Dinasti Ts'in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun 1600-an.
KYD

KYD
WELCOME

Khamis, 11 November 2010
Web TV TRW akan dilancar bersama pengenalan pemain tidak lama lagi
TRWC sedang giat membaikpulih laman portal ini yang disyaki digodam oleh penggodam warga tempatan yang mungkin irihati dengan kejayaan yang dibawa oleh TRWC walaupun baru setahun beroperasi. TRWC dan TRWFM akan dinaik taraf sistem webnya. Web TV pula akan dilancar bersama pengenalan pemain tidak lama lagi. Web TV ini melibatkan pelaburan besar ahli korporat tersohor Kelantan dengan pelbagai rancangan yang bakal disusun untuk kepuasan peminat The Red Warriors.
Redknapp selar pengadil

GYAN (kanan) meledakkan gol penyamaan Sunderland ketika seri 1-1 dengan Tottenham awal pagi semalam.
LONDON - Harry Redknapp menyalahkan pengadil perlawanan selepas Tottenham Hotspurs seri 1-1 dengan Sunderland pada aksi Liga Perdana England awal pagi semalam.
Redknapp tidak dapat mengawal kemarahan selepas pengadil final Piala Dunia 2010, Howard Webb tidak menghadiahkan sepakan penalti kepada Spurs.
Sebaliknya David Bentley yang dijatuhkan oleh Boudewijn Zenden telah dituduh berlakon.
Selain itu, Redknapp juga tidak berpuas hati selepas Webb hanya memberikan kad kuning kepada pemain tengah Sunderland, Lee Cattermole yang mengkasari Luka Modric.
"Ia adalah satu sepakan penalti, secara terang-terangan penalti. Apa lagi. Saya telah melihat tayangan video insiden itu.
"Dia (Webb) tidak memperoleh apa-apa sekiranya menentang Tottenham atau sesiapa sahaja tetapi bagaimana dia melihat situasi itu. Saya tidak pernah mengkritik pengadil, ia tidak pernah berlaku.
"Tetapi ia adalah sepakan penalti malam ini (awal pagi semalam). Sekiranya kamu memperoleh penalti, ia mungkin memberikan satu perbezaan yang besar.
Dalam masa yang sama, Redknapp meradang dengan cara Webb menangani insiden antara Cattermole dan Modric.
Pada perlawanan itu, Asamoah Gyan menjadi penyelamat Sunderland apabila meledakkan gol penyamaan pada minit ke-67, tiga minit selepas Rafael van der Vaart meletakkan Spurs di depan.
Dalam satu lagi perlawanan, Stoke City berjaya menewaskan Birmingham City 3-2 hasil jaringan kemenangan menerusi Dean Whitehead pada minit ke-85.
Capello dapat 'lampu hijau'

CARROLL (kanan) bakal bermain untuk England pada aksi persahabatan menentang Perancis di Stadium Wembley, Rabu depan.
LONDON - Fabio Capello telah mendapat 'lampu hijau' untuk menyenaraikan penyerang Newcastle United, Andy Carroll dalam skuad kebangsaan England.
Kelmarin, Persatuan Bola Sepak England (FA) telah memberi kebenaran kepada Capello untuk menyenaraikan Carroll dalam skuad Three Lions pada aksi persahabatan menentang Perancis di Stadium Wembley, Rabu depan.
Sebelum ini, pengurus England itu bimbang hasratnya itu akan dihalang FA England kerana Carroll sering dikaitkan dengan masalah disiplin di luar padang.
Begitupun, Capello telah diberitahu bahawa dia boleh menyenaraikan penyerang skuad bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan England itu dalam skuad kendaliannya.
Carroll berjaya mempamerkan aksi yang menakjubkan bersama Newcastle musim ini.
Malah ada pihak yang menyamakan Carroll dengan penyerang sensasi Chelsea, Didier Drogba, sekali gus mengaitkannya dengan perpindahan ke Stamford Bridge.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut pantas dinafikan pengurus The Blues, Carlo Ancelotti yang menjelaskan bahawa Carroll masih belum mampu menyamai kualiti yang dimiliki Drogba selaku salah seorang penyerang terbaik dunia.
"Tidak dinafikan, Carroll merupakan seorang penyerang baik. Usianya masih muda dan dia perlu bekerja keras untuk menyamai tahap kemampuan yang dimiliki Drogba
Hajat skuad negara musnah

NORSHAHRUL (depan) diasak pertahanan Jepun, Yamamura Kazuya pada aksi Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China semalam. Jepun menang 2-0.
HAJAT skuad bola sepak negara untuk menempah tempat lebih awal ke pusingan kedua tidak kesampaian. Semalam, mereka tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi kedua Kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2010 yang berlangsung di Stadium Huadu, Guangzhou.
Andai seri atau menang pada aksi terakhir menentang China, peluang untuk mara adalah lebih terbuka selepas skuad bimbingan K. Rajagobal itu menang 2-1 ke atas Kyrgyzstan pada perlawanan pembukaan Isnin lalu.
Pada aksi semalam, ternyata Jepun lebih gah dengan reputasi sebagai pasukan No. 2 Asia berbanding Malaysia yang sekadar berada di ranking ke-27.
Pada aksi semalam, Malaysia turun tanpa Norhafiz Zamani Misbah dan Ahmad Fakri Saarani yang mengalami kecederaan serius ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 pada Isnin lalu manakala S. Chanthuru masih belum pulih sepenuhnya.
Pada awal permainan, anak-anak buah Rajagobal itu mampu menyaingi rentak Jepun malah lambungan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-10 hampir disudahkan dengan baik oleh S. Kunanlan namun penjaga gol, Shunsuke Ando bijak menghalangnya.
Begitupun, Jepun berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-25 menerusi rembatan Kensuke Nagai setelah percubaan awal Keigo Higashi yang ditampan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat gagal dikeluarkan barisan pertahanan.
Malaysia nyaris menyamakan kedudukan pada penghujung separuh masa pertama tetapi tandukan penyerang berusia 20 tahun, Izzaq Faris Ramlan hasil hantaran lintang Safiq Rahim dari sebelah kanan berjaya ditepis keluar oleh Ando.
Jepun bagaimanapun terus selesa dengan gol kedua pada minit ke-63 menerusi gerakan yang cukup kemas dan menarik sebelum Hotaru Yamaguchi
menanduk kencang lambungan Nagai dari sebelah kiri.
Jurulatih kebangsaan, Rajagobal berkata, ia merupakan satu perlawanan yang cukup sukar memandangkan Malaysia turun tanpa enam tonggak utama yang tidak dibawa ke Guangzhou kerana cedera.
“Bukan saja enam pemain itu, saya juga tidak dapat turunkan Zamani, Fakri dan Chanthuru. Jika tidak, saya rasa kami mampu memberi tentangan.
“Apa pun saya tetap bangga dengan para pemain dan mereka wajar diberikan kredit atas usaha keras sepanjang perlawanan serta mampu bertahan dengan baik
Langgan:
Catatan (Atom)