KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Selasa, 21 September 2010

Eto'o penyelamat Inter





ROM - Samuel Eto'o menjaringkan dua gol untuk membantu Inter Milan bangkit menewaskan Palermo 2-1, sekali gus kembali ke persada Serie A awal pagi semalam.

Perancang Slovenia, Josip Ilicic meletakkan Palermo di depan selepas 28 minit permainan di bandar Sicily itu sebelum Eto'o tampil meledakkan dua gol pada minit ke-62 dan 70.

"Kami perlu mencari sedikit lagi ke- seimbangan dalam skuad tetapi buat masa ini kami tetap menunjukkan peningkatan," kata jurulatih Inter, Rafael Benitez.

"Kami mengubah posisi Eto'o dari kiri ke tengah sebagai penyerang kedua dan dia berjaya melakukan tugas- nya dengan baik.

"(Diego) Milito pula bermain dengan baik, dia melakukan segala yang termampu untuk menjaringkan gol. Memang dia kurang gembira kerana dikelu- arkan tetapi saya faham situa- sinya."

Ketika Milito bergelut mencari gol, Eto'o pula telah beraksi dengan baik buat Inter musim ini.

Bekas penyerang Barcelona itu menjaringkan gol penyamaan ketika Inter seri 2-2 dengan FC Twente dalam kem- pen Liga Juara-Juara, Selasa lalu dan meledakkan dua gol dalam kejayaan Inter ke atas AS Roma pada Piala Su- per Itali bulan lepas.

Dengan kemenangan ini, Inter berkongsi sebagai pendahulu Serie A bersama Cesena dengan tujuh mata selepas pendatang baru itu mengalahkan Lecce 1-0 meskipun terpaksa bermain dengan 10 orang.

Juventus pula mencatat kemenangan pertama setelah menewaskan Udinese 4-0 hasil jaringan Leonardo Bonucci, Fabio Quagliarella, Claudio Marchisio and Vincenzo Iaquinta.

Sementara itu, Roma masih tercari-cari kejayaan pertama mereka selepas diikat 2-2 oleh Bologna

'Hari ajaib buat saya'





LONDON - Ketajaman penyudah penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov (gambar)ternyata masih lagi berbisa.

Kelmarin, bintang antarabangsa Bulgaria itu meledak hatrik bagi membantuThe Red Devils mencatat kemenangan 3-2 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford.

Namun, Berbatov secara terbuka mengakui, dia sebenarnya berasa bimbang dengan tindakan yang bakal diambil pengurus United, Alex Ferguson selepas pasukannya melepaskan dua gol ketika mereka sedang mendahului 2-0.

Jika ia terjadi, Ferguson sudah pasti merupakan individu yang paling kecewa selepas menyaksikan anak-anak buahnya melakukan perkara yang sama apabila sekadar seri 3-3 dengan Everton minggu lalu.

"Selepas mendahului 2-0 dan memberikan peluang buat Liverpool menyamakan kedudukan, kami (pemain-pemain United) sedar Ferguson pastinya berang dengan perkara tersebut," kata Berbatov.

Bagaimanapun, Berbatov muncul wira apabila meledak hatrik yang juga gol ketiga United pada minit ke-84.

Sebelum itu, Berbatov menjaringkan gol pada minit ke-42 dan ke-59 manakala kapten Liverpool, Steven Gerrard menyumbat dua gol (64 dan 70).

Untuk rekod, jaringan hatrik Berbatov itu adalah yang julung-julung kalinya dilakukan pemain United dalam tempoh 64 tahun sepanjang berdepan dengan Liverpool.

"Ia merupakan hari ajaib buat saya dan ia sangat istimewa apabila saya berjaya meledak hatrik bagi membantu United menewaskan pencabar terde- kat kami.

"Setiap pemain sangat gembira dengan kejayaan tersebut dan saya pulang ke rumah dengan kena- ngan paling manis

Adebayor semakin hampir tinggalkan City


ADEBAYOR (tengah) hampir pasti meninggalkan City selepas hubungannya dengan Mancini semakin tegang.


LONDON - Emmanuel Adebayor hampir pasti meninggalkan Manchester City selepas hubungannya dengan pengurus, Roberto Mancini semakin panas.

Baru-baru ini, Adebayor terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan sepasukannya dan pegawai City selepas dia dilaporkan bertikam lidah dengan Mancini.

Insiden panas itu berlaku ketika Adebayor memberi penjelasan kepada Mancini mengenai kecederaan otot kaki yang dialaminya.

Bagaimanapun, pengurus kelahiran Itali itu menganggap Adebayor hanya berpura-pura mengalami kecederaan tersebut.

"Perbalahan sudah lama tercetus di antara mereka," kata sumber dalaman City.

"Tiada lagi perkara yang lebih buruk selain daripada seorang pengurus menuduh pemainnya berpura- pura cedera.

"Adebayor mungkin tidak bermain dengan baik tetapi dia tidak mungkin bersikap sebegitu.

"Dia seorang pemain profesional dan sudah pasti dia berang dengan kenyataan pengurusnya sendiri."

Insiden tersebut juga adalah bukan kali pertama melibatkan Adebayor dan Mancini.

Adebayor sebelum ini pernah ditenangkan oleh jurulatih City yang lain setelah dia diketepikan dari- pada skuad ketika menentang Tottenham Hotspur pada awal musim ini.

Dia merupakan antara pemain yang dibeli oleh bekas pengurus City, Mark Hughes dan mula bergelut dengan prestasi sejak Mancini mengambil alih kelab itu setahun yang lalu