KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 3 Julai 2010

Ozil Ingin Kalahkan Messi. Apa pendapat anda???


VERSI





Mesut Özil
TANGGAL LAHIR: 14 Okt 1988
TEMPAT LAHIR: Gelsenkirchen
TEMPAT LAHIR: TURKI
WARGA NEGARA: Germany
TINGGI: 180 cm.
BERAT: 70 Kg.
PERANAN: Gelandang
NOMOR PUNGGUNG: 8

Dalam sejarah bola sepak, Jerman banyak melahirkan player kelas dunia. Ada Netzer, Overath, dan Matthäus. Kini harapan player kelas dunia ada di pundak Mesut Özil. Karena itu pula ia menjadi hebat kata Joachim Löw’s di Piala Afrika Selatan.

Özil memiliki kelebihan di kaki kiri. Dia menjadi andalan di lini tengah Werder Bremen penggantikan posisi Diego yang pindah ke Juventus. Dengan kemampuan mengolah bola, jago tendangan bebas, dan jago memberi assits. Kini ia mengoleksi delapan gol bagi timnas Jerman.

Kelab The Red Warriors KLIA Cipta Sejarah Penubuhan

Kelab The Red Warriors KLIA merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan oleh komuniti peminat The Red Warriors sekitar Sepang, Nilai dan KLIA. Kelab ini diterajui oleh Saudara Abd Aziz atau lebih dikenali Pak Chu Aziz dikalangan penduduk, ianya mula ditubuhkan pada bulan Febuari 2010 dan kini telah mencapai lebih 200 ahli yang berdaftar. Barisan pengurusan kelab ini diterajui dari kalangan berlainan latar belakang perkerjaan dan pendidikan.



Malam 2 Julai 2010 menjadi titik permulaan yang baik kepada kelab ini dalam siri jelajah pengambilan ahli baru di kawasan sekitar Nilai apabila berjaya mengumpul 2000 orang menghadiri majlis yang julung kali diadakan. Pada majlis ini pihak Kelab yang masih belum ada sebarang dana tajaan berjaya mengumpul duit sumbangan barisan pentadbiran untuk menaja makanan, minuman dan kumpulan dikir barat dengan jayanya. Pengunjung dihidangkan hidangan sate, bihun dan air secara percuma selain dihiburkan dengan kumpulan dikir barat.

Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran 2 Duta THEREDWARRIORS.COM saudara Danny Xfactor dan Pekin Ibrahim serta majlis bertambah meriah dengan kehadiran YB Dato' Husam Musa yang sempat bersama selama 20minit sebelum berangkat ke luar negara. Kehadiran kombinasi artis dan ahli politik ini telah menyebabkan dewan ini penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang ingin melihat dari jarak dekat dan mengambil gambar. Ketika memberi ucapan sepatah dua kata, YB Dato' Husam terkejut dengan sambutan diluar dugaannya yang menjangkakan apabila berkaitan bolasepak kurang mendapat sambutan dan beliau juga mengalu-alukan keberanian anak-anak Kelantan dalam memimpin apa-apa kelab atau pertubuhan.

Saudara Noor Erma Faiz Izuan yang mewakili Tan Sri Annuar Musa dan selaku Penolong Pengarah Urusan dan Pengurus Korporat TRWC yang teruja dengan sambutan ini berjanji akan membawa pemain-pemain Kelantan untuk program kelab dan komuniti pada masa yang akan datang. Beliau juga mengalu-alukan penubuhan kelab The Red Warriors di daerah dan negeri lain. Turut hadir mewakili TRWC saudara Lihasrizad (Pengarah Urusan) dan saudara Mohd Ribhan (Pengurus Penghubungan Komuniti).

Untuk pengetahuan semua, sekiranya sesiapa yang berminat untuk menubuhkan kelab The Red Warriors di kawasan masing-masing amat dialu-alukan dan boleh merujuk kelab TRW KLIA sebagai panduan. Pihak The Red Warriors Malaysia dan THEREDWARRIORS.COM tidak akan terlibat dengan sebarang hal ehwal pengurusan, cuma akan terlibat dengan program, promosi, pengiklanan dan sokongan kepada kelab bagi memastikan The Red Warriors Malaysia sebagai akses utama untuk menyatukan semua komuniti

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Ulasan Perlawanan Daripada Ketua dan Penolong Jurulatih

Sambutan lebih 100 pendengar pada khamis lalu memberi keyakinan kepada pengurusan TRW Radio untuk berkeudara bersama jurulatih pada setiap perlawanan. Ulasan kecemerlangan dan kelemahan perlawanan adalah perkara yang ditunggu-tunggu pendengar TRW Radio, namun ada yang mengganggap apabila ulasan yang mereka dengar datang dari mulut ketua dan penolong jurulatih sesuatu yang memeranjatkan dan mengembirakan mereka.

Ramai yang menghubungi konti dan email memberi ucapan terima kasih dan penghargaan dengan kejutan yang dilakukan oleh TRW Radio ini. Pihak radio amat menghargai sambutan semua dan berharap peminat semua mengajak lebih ramai kawan-kawan untuk mendengar stesen radio rasmi KAFA ini seterusnya memberi semangat kepada kesemua kru yang bertugas untuk meningkatkan prestasi mereka dengan idea-idea yang baru.

Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo

Belanda bukti kekuatan

CAPE TOWN: Pasukan Belanda membuktikan kemampuan selaku pasukan pilihan Piala Dunia kali ini selepas mengalahkan Cameroon dan bakal bertemu Slovakia pada pusingan kedua nanti.

Pasukan bimbingan Bert van Marwijk hanya memerlukan satu mata bagi mengetuai Kumpulan E namun memperoleh tiga mata hasil jaringan Robin van Persie dan pemain gantian Klaas-Jan Huntelaar manakala gol Cameroon terhasil dari sepakan penalti Samuel Eto’o.

Mereka bakal berdepan Slovakia yang menjadi naib juara Kumpulan F yang menewaskan juara bertahan Itali, 2-2.


Pasukan Belanda turut membuktikan bahawa mereka pasukan kuat di Afrika Selatan apabila menyertai Argentina sebagai pasukan yang memenangi kesemua tiga perlawanan kumpulan, namun Van Marwijk masih tidak berpuas hati.


“Perlawanan terakhir kami tidak sebaik dua perlawanan sebelum ini. Kami menentang pasukan yang sudah terkeluar dari saingan dan tidak memberi kesan kepada mereka .


“Pada separuh masa kedua kami bermula dengan lemah dan leka. Saya menyangka Cameroon menjaringkan gol dan kami kalah, mereka berjaya menjaringkan gol dan membuatkan kami terkejut dan bangkit bagi mendapatkan gol kedua. Tempoh di mana kami leka tidak boleh berlaku lagi selepas ini,” katanya.


Jurulatih Cameroon, Paul Le Guen yang menjadi bahan cemuhan apabila pasukannya tersingkir selepas kalah tiga kali di peringkat kumpulan mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan.


“Ia diputuskan sebelum ini bahawa saya akan meletak jawatan sebagai jurulatih dan kini saya meletak jawatan,” kata Le Guen sambil menambah bahawa pasukannya meninggalkan Piala Dunia dengan kecewa.


“Kami sedar bahawa kami menggalas harapan besar rakyat Cameroon namun kami gagal melaksanakannya,” katanya lagi.

bagaikan final pertemuan argentina VS germany malam ini

CAPE TOWN: Saingan peringkat suku akhir ibarat pentas final. Skuad Argentina bimbingan jurulatih sukar diramal, Diego Maradona dan pasukan muda Jerman yang semakin meningkat hingga kini mempamerkan permainan menarik diimpikan peminat di Piala Dunia.

Namun memori perlawanan hari ini dibelenggu dengan persengketaan. Situasi bertambah menarik apabila pemain terbaik dunia, Lionel Messi dilapor kurang sihat, kurang dari 48 jam sebelum sepak mula.

Gerakan menarik Messi dan bintang baru Jerman Mesut Ozil bagaimanapun tidak dapat memadam memori pergaduhan kedua-dua pasukan selepas penentuan sepakan penalti pada peringkat suku akhir di Jerman berakhir empat tahun lalu. Perang psikologi turut dilancar bagi menghangatkan lagi pertembungan itu yang bakal menyaksikan dua pasukan yang memiliki ramai pemain berbakat berentap.


Agak memeranjatkan apabila Jerman yang memulakan persengketaan itu. “Mereka tidak berfikir panjang, tidak boleh mengawal kemarahan dan mereka tidak boleh menerima kekalahan,” kata kapten Philipp Lahm mengenai pemain Argentina.


Pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger pula berkata, pemain Argentina tidak berubah. “Mereka tidak mempunyai perasaan hormat. Itu mentaliti dan karektor mereka dan kami perlu mengubahnya.” Bagaimanapun jurulatih Maradona mempersendakan kenyataan dilempar kepada pasukannya. “Apa yang berlaku kepada Schweinsteiger, adakah anda bimbang? katanya sambil ketawa dalam temuramah dengan Fox Sports Argentina.


“Pemain saya bersemangat untuk beraksi dan membalas dendam kekalahan 2006,” katanya.


“Saya tidak bimbang apa yang dia katakan mengenai sepakan penalti, mengenai pergaduhan itu dan mendakwa kami tidak boleh menerima kekalahan. Kami langsung tidak ambil peduli,” katanya.


Apa yang boleh mencetuskan rasa gerun kepada Argentina adalah prestasi hebat pemain perancang Oezil dan penyerang seperti Thomas Mueller dan Miroslav Klose yang mampu menimbulkan masalah yang belum pernah dialami pemain pertahanan seperti Martin Demichelis di Piala Dunia ini.


Pemain Jerman amat mengenali Demichelis, tonggak pertahanan Bayern Munich yang mara ke final Liga Juara-Juara dua bulan lalu.


Demichelis bagaimanapun berkata, dia cukup arif dengan skuad Jerman dan mengetahui cara terbaik untuk menjinakkan lawannya itu.


“Mungkin jika kami menang, mereka akan lebih menghormati kami,” kata Demichelis sambil merujuk kemenangan 1-0 dalam perlawanan persediaan sebelum ini

akhirnya tewas jugak pasukan pilihan

PORT ELIZABETH: Impian Brazil memburu kejuaraan keenam Piala Dunia lebur apabila pasukan yang beraksi dengan 10 pemain tumpas 2-1 kepada Belanda pada perlawanan menarik suku akhir, malam tadi.

Skuad kendalian Bert van Marwijk bangkit selepas ketinggalan gol jaringan Robinho pada babak pertama dengan menyumbat dua gol menerusi jaringan sendiri pemain tengah Brazil Felipe Melo dan Wesley Sneijder untuk Belanda melangkah ke separuh akhir bagi mencerahkan peluang meraih kejuaraan pertama selepas dua kali kecewa di pentas akhir.

Brazil memberi amaran awal dengan melancarkan serangan pantas pada minit ke-8 menerusi gerakan Dani Alves di sebelah kiri sebelum mengumpan bola kepada Robinho yang kemudian mudah menolak masuk bola ke gawang Belanda.


Jaringan itu tidak dibenarkan pengadil Yuichi Nishimura, kerana Alves berada di kedudukan ofsaid.


Namun kekecewaan itu pantas ditebus dua minit kemudian apabila hantaran leret dari bahagian tengah Melo dikejar Robinho yang tidak dikawal sebelum merembat menewaskan penjaga gol Maarten Stekelenburg untuk merekod gol kedua peribadi kejohanan Permainan bertambah rancak apabila skuad Brazil kendalian Dunga mula memperagakan aksi ‘joga bonito’ hasil kombinasi serangan Robinho, Kaka, Luis Fabiano dan Alves yang nyata menghiburkan 42,286 penonton di Stadium Nelson Mandela Bay.


Satu-satunya peluang terbaik dihasilkan Belanda pada babak pertama melalui rembatan pemain Liverpool Dirk Kuyt namun berjaya dinafikan penjaga gol Julio Cesar.


Sementara Brazil terus mengancam untuk menambah jaringan bermula dengan percubaan pemain pertahanan Juan di depan kotak pada minit ke-25 melepasi palang gol manakala rembatan lencong pemain perancang Kaka ditepis keluar Stekelenburg enam minit selepas itu.


Belanda menghidupkan kembali peluang apabila memperoleh gol penyamaan pada separuh masa kedua apabila Melo tertanduk bola ke gawang sendiri selepas Cesar gagal mengeluarkan bola sepakan kaki kiri bintang Inter Milan, Sneijder pada minit ke-53.


Penyokong skuad Oranje kemudian terus bersorak gembira apabila Brazil sekali lagi terperangkap dengan gerakan set-piece Belanda. Bermula dengan sepakan sudut Arjen Robben yang ditanduk ke belakang oleh Kuyt sebelum ditanduk masuk Sneijder menggegar gawang Brazil pada minit ke-68.


Laluan Brazil bertambah perit apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Melo dilayangkan kad merah pada minit ke-73 kerana memijak kaki Robben.


Sneijder berpeluang untuk meletakkan pasukannya dalam kedudukan selesa pada minit ke-84 namun sepakan jarak dekatnya mudah ditangkap kemas Cesar