KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 2 Ogos 2010

Rooney belum pasti beraksi

LONDON - Penyerang Manchester United, Wayne Rooney belum pasti akan beraksi untuk England pada aksi persahabatan menentang Hungary di Stadium Wembley, 11 Ogos ini.

Jurulatih England, Fabio Capello dan pembantunya, Franco Baldini akan duduk semeja sebelum memutuskan sama ada akan menurunkan penyerang sensasi itu atau sebaliknya.

Rooney dilihat masih belum cergas sepenuhnya selepas kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan bulan lalu.

Begitupun, Rooney bakal berjumpa dengan pengurus United, Alex Ferguson hari ini untuk memberitahu yang dia telah bersedia untuk kembali beraksi selepas lima hari menjalani latihan intensif bersama pemain United yang berada dalam skuad Piala Dunia lalu.

Jurulatih kecergasan United, Tony Strudwick meninggalkan jelajah pramusim kelab itu di Amerika Utara dan pulang bagi memastikan Rooney, Mi- chael Carrick, Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Ji-sung Park kembali ke tahap sebenar mereka.

Kesemua enam pemain itu akan diturunkan pada aksi persahabatan dengan Pilihan Bintang Liga Ireland di Dublin serta perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang juara Chelsea di Stadium Wembley, Ahad ini.

Namun, aksi persahabatan England itu yang menjadi perhatian Capello dan Persatuan Bola Sepak (FA) England.

Capello mahu membentuk semula skuadnya bagi cabaran masa depan berikutan kegagalan di Piala Dunia dan mengharapkan Rooney, 24, memainkan peranan utama dalam era baru skuad tersebut.

FA England bagaimanapun mahu melihat Rooney beraksi di Stadium Wembley memandangkan 25,000 baki tiket masih belum terjual

Inter mudah belasah City


BALTIMORE, Maryland - Pemain sayap antarabangsa Nigeria, Nsofor Victor Obinna menjaringkan satu gol ketika membantu juara Eropah, Inter Milan membelasah Manchester City 3-0 pada aksi persahabatan pagi semalam.

Obinna meledak gol pertama Inter pada minit ke-38 sebelum rembatan- nya pada minit ke-54 tertampan masuk ke gawang sendiri oleh pemain pertahanan City, Joleon Lescott.

Cristiano Biraghi pula menyumbat gol ketiga Inter pada minit ke-74 menerusi rembatan dari jarak 35 meter.

"Saya cukup gembira dengan persembahan pasukan. Mereka beraksi dengan cukup baik sekali. Tujuan kami adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan memberi peluang kepada pemain muda beraksi," kata jurulatih Inter, Rafael Benitez.

City yang akan membuka tirai saingan Liga Perdana England bertemu Tottenham dua minggu lagi turun tanpa kelibat pengurus, Roberto Mancini yang bergegas pulang ke Itali kerana ahli keluarga terdekatnya sakit dan digantikan oleh pembantunya, Brian Kidd.

Pada aksi semalam, City terpaksa beraksi 10 pemain seawal minit ke-21 selepas Patrick Vieira dilayangkan kad merah kerana terjahan keras ke atas Marco Materazzi.

"Vieira cuba untuk mendapatkan bola. Memang sukar bagi pengadil membuat keputusan kerana ia berlaku sangat pantas. Tetapi ia bukanlah terjahan dengan niat

United tak perlu pemain berstatus bintang

LONDON - Ryan Giggs menegaskan, Manchester United tidak perlu mengharapkan pemain baru untuk merampas kembali gelaran Liga Perdana England musim ini.

Berbanding jiran setempat, Manchester City, United hanya melabur £20 juta (RM100 juta) pada musim panas ini dengan membawa Chris Smalling dan Javier Hernandez.

Sebaliknya, David Silva, Yaya Toure, Jerome Boateng dan Aleksander Kolarov berpindah ke Eastlands.

Manakala kegagalan The Red Devils membeli pemain bertaraf bintang pula telah mengecewakan penyokong mereka.

Begitupun, pemain veteran, Giggs percaya United masih mampu bergelar juara liga buat kali ke-19 musim ini biarpun tanpa kehadiran pemain bergelar bintang.

Giggs, 36, berkata: "Kami tidak perlukan seorang pemain berstatus bintang sebelum tarikh tutup musim perpindahan.

"Kami masih dalam keadaan baik ketika ini. Kualiti pemain yang kami ada sekarang masih cukup bagus. Pemain kami yang cedera juga sudah kembali pulih.

"Kami mempunyai pemain muda yang dipinjamkan ke luar dan pulang semula dengan lebih matang, lebih bagus serta akan memberi faedah kepada kelab."

United mempunyai beberapa pemain muda seperti Jonny Evans, Fabio dan Rafael Da Silva, Darron Gibson, Nani, Federico Macheda, Danny Welbeck serta pemain baru, Smalling.

Javier Hernandez, seorang lagi pemain muda yang dibeli The Red Devils, beraksi cemerlang dengan menjaringkan satu gol ketika United tewas 2-3 kepada Guadalajara Chivas pada aksi jelajah pramusim.

Giggs berkata: "Hernandez adalah pemain yang berbakat. Dia mempunyai kualiti tersendiri tetapi masih banyak yang perlu dipelajari