KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 4 September 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN KELANTAN

PERSAHABATAN : T TEAM 0 - 4 KELANTAN



PENJARING GOL PASUKAN KELANTAN:

- Hairuddin Omar
- Indra Putra Mahyuddin
- Nizad Ayub
- Badri Radzi



Meireles aset terbaru Liverpool




LONDON - Jurulatih skuad kebangsaan Portugal, Carlos Queiroz menjangkakan Raul Meireles (gambar) mampu membantu Liverpool mengembalikan semula era kehebatan mereka seperti suatu ketika dahulu.

Queiroz percaya Meireles mempunyai apa yang diperlukan untuk cemerlang bersama skuad The Reds itu.

Perancang berusia 27 tahun itu menyer- tai Liverpool dengan harga £11.5 juta (RM55.3 juta) minggu lalu bagi mengisi ke- kosongan yang ditinggalkan Javier Mascherano yang menyertai Barcelona.

"Dia (Meireles) antara pemain tonggak Portugal. Dia pemain yang bagus dan se- orang yang profesional serta memiliki semua ciri-ciri untuk berjaya dalam bola sepak England bersama Liverpool.

"Mereka telah berjaya mendapatkan khidmat seorang pemain yang memiliki semangat juang tinggi, amat berdedikasi terhadap kerjayanya.

"Kualiti serta kemahiran teknikalnya pasti akan membantu kejayaan buat pasukan Liverpool," kata Queiroz.

Untuk rekod, Meireles telah memenangi empat kejuaraan bersama kelab FC Porto dan membuat 38 penampilan bersama skuad kebangsaan Portugal.

Gaya permainannya juga dilihat sesuai dengan corak bola sepak Liga Perdana England.

"Dia (Meireles) gemar naik untuk melakukan serangan dan turun bertahan. Dia seorang yang rajin, kreatif dan mampu menjaringkan gol dengan baik.

"Dia juga sangat konsisten dan seorang pemain yang serius di atas padang. Dia akan menjadi aset penting bagi pasukan Liverpool," kata Quieroz

Mourinho kecewa tiada peledak berbisa


LONDON - Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho ternyata kecewa kerana gagal mendapatkan khidmat seorang penyerang baru.

Terdahulu, Mourinho dilapor telah mengemukakan tawaran kepada bintang Chelsea, Didier Drogba dan penyerang Manchester City, Emmanuel Adeba- yor.

Mourinho mahu Real membawa seorang penyerang baru sensasi ke Bernabeu, namun dia sedar bukan mudah untuk merampas pemain kegemarannya, Drogba.

Meskipun situasi Adebayor tidak menentu di Eastlands, Mourinho juga sedar kesukaran yang bakal ditempuhinya sekiranya mengadakan perjanjian bersama City yang mempunyai dana kewangan yang besar.

Mourinho mengakui, dia kini terpaksa menyandarkan harapan kepada Karim Benzema dan Gonzalo Higuain bagi mengetuai jentera serangan skuad The Galacticos.

"Sebagai jurulatih, kami sentiasa rasa tidak puas hati, kami selalu mahukan sesuatu yang lebih dan atas sebab itu, saya setuju bahawa kami memerlukan pemain baru," kata Mourinho.

"Di Real, saya mahukan seorang lagi penyerang baru. Higuain dan Benzema sahaja tidak cukup.

"Urusan perpindahan bukan selalunya mudah bagi Real Madrid, jika kamu mula tunjukkan minat, keke- cohan akan mula berlaku."

Mourinho mula tertekan selepas Real seri tanpa ja- ringan ketika menentang Real Mallorca pada aksi pembukaan Liga Sepanyol minggu lalu

Gelaran Eropah impian Chelsea



ESSIEN (depan) kembali memperkuat jentera tengah Chelsea musim ini.


LONDON - Michael Essien percaya Chelsea mampu memperbaiki pencapaian musim lalu dengan menjulang trofi Liga Juara- Juara musim ini.

Essien kembali semula beraksi di posisi perancangThe Blues selepas menghabiskan separuh kempen musim lalu di bangku pe- nonton selepas menjalani pembedahan lutut.

Begitupun, selepas mempamerkan permulaan yang cemerlang musim ini, Essien, 27, percaya Chelsea kini sudah bersedia untuk menambah trofi utama dalam koleksi kejuaraan yang dikecapi mereka selama ini.

"Kami telah menetapkan sasaran kami setinggi yang mungkin dan sasaran tersebut ialah menjuarai setiap kejohanan yang kami sertai.

"Kami kini mempunyai empat trofi untuk dimenangi dan kami semua akan memberi tumpuan sepenuhnya serta mempamerkan prestasi yang lebih baik.

"Apa lagi yang kamu mahu selain daripada tiga kemenangan dalam tiga perlawanan Liga Perdana England dengan 14 jaringan serta tidak dibolosi walaupun satu gol.

"Itulah sebabnya saya sangat teruja dengan kempen musim ini," jelas Essien.

Dia berkata, barisan Chelsea musim ini dilihat lebih matang kerana dibarisi tonggak berpengalaman.

"Pasukan ini telah bersama sejak empat atau lima tahun dan persefahaman kami kini semakin bagus.

"Saya yakin kami mampu mencapai satu lagi kejayaan dengan menambah gelaran Liga Juara- Juara dalam koleksi kami.

"Namun, ia tidak bermakna kami tidak peduli tentang gelaran Liga Perdana England, Piala FA atau Piala Liga.

"Kami mahu menjuarai setiap kejohanan yang kami sertai musim ini dan kami akan melakukan apa yang termampu untuk meme- nangi kesemuanya

Houllier pengendali baru Villa?





LONDON - Gerard Houllier (gambar) diramal kembali semula ke kancah Liga Perdana England, namun kali ini bersama Aston Villa.

Pengurus kelahiran Perancis itu yang berehat dari- pada karier kejurulatihan selama tiga tahun, dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan pemilik Villa, Randy Lerner bagi mengisi tempat Martin O'Neill.

"Kelab telah menyenarai pendek calon yang akan menjadi pengurus.

"Bagaimanapun, belum ada sebarang keputusan dibuat tetapi kemungkinan perkara itu akan diumumkan dalam tempoh empat atau lima hari lagi," kata sumber dalaman Villa.

Houllier menjadi pilihan utama dalam senarai Villa selepas lembaga pengarah kelab tersebut mengadakan beberapa sesi temu duga awal minggu ini.

Alan Curbishley, Sven Goran Eriksson dan pengendali sementara, Kevin MacDonald semuanya juga turut ditemu duga.

Begitupun, Houllier yang juga bekas pengurus Liverpool dilihat berpeluang cerah untuk membimbing Villa yang kini terumbang ambing selepas O'Neill meletak jawatan secara mengejut tiga minggu lalu.

Houllier, 62, juga dikatakan mahu aktif semula dalam bola sepak dan berhas- rat kembali ke England sejak meninggalkan Lyon pada 2007.

Dia pernah bergelut dengan masalah kesihatan setelah mengalami serangan jantung ketika enam tahun tugasnya bersama Liverpool.

Houllier kemudian meninggalkan Liverpool pada 2004 selepas gandingannya bersama pembantu jurulatih, Roy Evans berjaya membawa The Reds kembali sebagai pencabar utama dalam bola sepak England