KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Sabtu, 19 Februari 2011

Kelantan Singkir T-Team



KUALA TERENGGANU – Kelantan menamatkan cabaran awal T-Team dalam saingan Kejohanan Piala FA musim ini apabila meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 ke atas kelab dari Terengganu itu dalam aksi perlawanan kalah mati yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.
Dalam aksi yang berlarutan sehingga ke masa tambahan, kedua-dua pasukan terikat seri 1-1. Gol Kelantan dijaringkan oleh Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid pada m-53 sementara gol penyamaan T-Team dijaringkan oleh bekas Kapten Kelantan musim lalu, Indra Putra Mahayuddin pada m-61.
Biarpun beraksi di gelanggang lawan, semangat juang pemain Kelantan sedikit pun tidak luntur malahan kejayaan mara ke pusingan kedua turut dibantu dengan sokongan hampir 3,000 penyokong setia The Red Warriors yang membanjiri stadium tersebut malam tadi.
T-Team yang melakukan sepak mula terlebih dahulu mencemaskan pintu gol Kelantan menerusi sepakan percuma pada minit pertama yang diambil Indra Putra Mahayuddin dari sebelah kanan pintu gol Kelantan namun di sepak keluar Mohd Shakir Shaari.
Selepas itu, giliran Kelantan pula membalas serangan pada minit ketujuh perlawanan menerusi percubaan Mohd Shakir Shaari yang merembat kencang namun melepasi jangkauan penjaga gol T-Team, Mohamad Syamsuri Mustafa.
Begitupun aksi hampar kedua-dua pasukan terserlah pada separuh masa pertama apabila kedua-dua pasukan dilihat mengamalkan corak permainan berhati-hati. Walaupun T-Team dilihat lebih menguasai babak perlawanan tersebut, namun ketumpulan jentera serangan mereka diketuai Mohd Haris Safwan Md Kamal dan Mohd Saaudi Sa’adi menyaksikan pasukan kendalian Ahmad Yunus Mohd Alif tidak berupaya menjaringkan gol dalam babak tersebut.
Sementara jentera tengah Kelantan yang turun tanpa Solehin Kanasian Abdullah pula seakan kurang bermaya untuk mencipta gerakan merbahaya ke pintu gol pasukan tuan rumah. Kekebalan benteng pertahanan tuan rumah diketuai Amzar Junaidi Abd Jalil memastikan jentera serangan Kelantan begitu sukar untuk menembusi kebuntuan benteng pertahanan mereka.
Pada m-20, Azizi Matt Rose turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila tandukannya hsail sepakan sudut Rosdi Talib sedikit tersasar disebelah kanan pintu gol Kelantan.
Tiga minit kemudian, pintu gol Kelantan cemas seketika apabila Khairul Fahmi gagal menangkap kemas bola sepakan sudut pemain tuan rumah tetapi Mohd Daudsu Jamaluddin pantas mengeluarkan bola daripada situasi kelam kabut didepan pintu gol Kelantan itu.
Tempoh lima minit terakhir babak pertama jelas milik T-Team apabila dua percubaan terbaik mereka, masing-masing melalui Mohd Haris Safwan Md Kamal terus kedakapan Khairul Fahmi manakala rembatan Mohd Norfarhan Muhammad pula sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Kelantan.
Kelantan mula menukar corak permainan dengan bermain lebih agresif pada babak kedua apabila melancarkan serangan bertali arus ke pintu gol pasukan tuan rumah.
Hasilnya pada m-53, Kelantan memperolehi gol menerusi tandukan cantik pemain pertahanan Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid yang pantas memanfaatkan sepakan sudut Mohd Nurul Azwan Roya untuk menewaskan Mohd Syamsuri digawang gol T-Team.
Kegembiraan Kelantan meraikan jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila T-Team berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi jaringan cantik ‘half volley’ Indra Putra Mahayuddin. Segalanya berpunca apabila hantaran lintang pemain gantian, Shamsul Kamal Mohamad daripada sebelah kanan pintu gol Kelantan terus kepada Indra Putra yang tidak dikawal dan dia mudah menjaringkan gol tersebut.
Pada m-89, Indra Putra nyaris memberikan gol kemenangan kepada pasukannya namun sepakan kaki kirinya setelah menerima umpanan pendek Subri Sulong terkena palang gol Kelantan.
Tindakan Indra Putra menjatuhkan Danial Fadzly Abdullah dalam kotak penalti pada minit-minit akhir perlawanan mengundang padah apabila pengadil, Nagor Amir Noor Mohamad tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti kepada Kelantan.
Namun Kelantan terlepas untuk meraikan detik kemenangan lebih awal apabila sepakan penalti yang diambil penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan tinggi melepasi palang dan menyaksikan perlawanan diheret ke masa tambahan.
Tempoh masa tambahan selama 30 minit menyaksikan tidak ada jaringan tambahan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Sebaliknya penentuan kemenangan mutlak dalam perlawanan ini terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. Sepakan terakhir pemain pertahanan T-Team, Norfadzly Alias yang tinggi tersasar ke sebelah kanan pintu gol menyaksikan Kelantan melangkah penuh bergaya ke pusingan kedua saingan Piala FA musim ini.

Tottenham sasar Fabiano


Spurs dilihat bersedia mendapat pemain baru.

Tottenham bersedia untuk memastikan satu lagi kejayaan terhadap AC Milan dengan merebut Luis Fabiano daripada kelab Itali itu.
 
Harry Redknapp telah mengejar striker Piala Dunia Brazil berusia 30 itu hampir selama lebih setahun.
 
Kini, Fabiano sedang mencari jalan keluar dari kelab Sepanyol, Sevilla.
 
Dia memberitahu, "Saya melihat kitaran saya dengan Sevilla selaku telah selesai dan mahu mengalami sesuatu yang baru."
 
Komennya itu telah memberi amaran kepada gergasi Serie A iaitu Milan, Juventus dan Roma tetapi Spurs mampu mengalahkan mereka semua dengan tawaran bernilai £14 juta.
 
Redknapp cuba menandatangani Fabiano pada musim panas lalu tetapi Sevilla menolak untuk menjualnya dan hitman itu akhirnya menandatangani perjanjian sehingga 2013.
 
Namun, dia kini telah membuat penjelasan bahawa dia mahu pergi pada musim panas ini.
 
Dan Spurs akan menggunakan kemenangan menakjubkan mereka di Liga Juara-juara ke atas AC dan Inter Milan bagi membuktikan bola sepak 

Roberto Carlos telah menyertai kelab Russia

Roberto Carlos mempunyai musim yang baik dengan Corinthians.

Bekas bek kiri Brazil, Roberto Carlos telah menyertai kelab Russia, Anzhi Makhachkala untuk 2 tahun setengah, kenyataan kelab itu pada Rabu lalu.
 
"Kelab bola sepak Anzhi Makhachkala secara rasminya mengumumkan telah mengikat pertahanan juara dunia 2002 Roberto Carlos", jelas Anzi dalam satu kenyataan.
 
Roberto Carlos yang membantu Brazil menang Piala Dunia 2002 dan bermain lebih 100 kali untuk negaranya, mengakhiri kontrak bersama kelab Brazil, Corinthians dengan persetujuan bersama pada Sabtu lalu.
 
Bekas pertahanan Real Madrid berusia 37 tahun itu telah menerima ancaman dari penyokong-penyokong yang membantah berikutan kalah awal dari Piala Libertadores bulan ini.
 
Dia menyertai Corinthians pada awal 2010 dan melalui musim yang baik, 

Jangan Salahkan Torres

Didier Drogba diketepikan ke bangku simpanan.

Carlo Ancelotti telah memberitahu peminat untuk tidak menyalahkan pemain hambar bernilai £50 juta, Fernando Torres.

Striker itu telah menjalani dua perlawanan hambar sejak perpindahan mengejutnya dari Liverpool.

Namun bos Chelsea, Ancelotti menegaskan penurunan prestasi Blues – kekalahan kepada Reds diikuti dengan seri tanpa jaringan menentang Fulham – bukan disebabkan Torres.

Dia berkata: "Semestinya ia bukan salah Fernando."Dia tak jaringkan gol tapi lambat laun dia akan jaringkannya juga.