KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 30 Julai 2010

Beckham mungkin kembali jalani latihan penghujung Ogos

HOUSTON - Jurulatih Los Angeles (LA) Galaxy, Bruce Arena menegas- kan, David Beckham mungkin akan kembali menjalani latihan pada akhir Ogos depan.

Bekas kapten England itu mengalami kecederaan tendon Achilles pada Mac lalu dan terlepas kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selepas melakukan pembedahan.

"Saya yakin ada peluang untuk dia kembali berlatih pada akhir Ogos nanti," kata Arena kepada pemberita selepas pasukan Pilihan Bintang MLS tewas 2-5 kepada Manchester United kelmarin.

Kempen MLS akan tamat pada akhir Oktober depan tetapi LA Galaxy yang mengetuai Wilayah Barat dijangka terlibat dalam aksi penentuan bagi menentukan gelaran juara.

Begitupun Arena berkata, masih terlalu awal untuk mengesahkan pemain berusia 35 tahun itu akan beraksi pada perlawanan penentuan itu.

"Buat masa ini sukar untuk meramal sama ada dia akan bermain tahun ini atau tidak.

"Dia mengalami kecederaan yang serius, untuk seorang atlet dalam apa juga acara sukan, pada ketika ini, kami tidak boleh meramal sama ada dia akan bermain atau tidak.

"Ada kemungkinan dia akan bermain pada akhir kempen MLS musim ini tetapi buat masa ini, sukar untuk berkata ya atau tidak," jelas Arena

Arsenal tanpa tiga tonggak

LONDON – Arsene Wenger menerima tiga tamparan baru menjelang aksi pembukaan musim Liga Perdana England menentang Liverpool pada 15 Ogos depan.

Pengurus Arsenal itu mengakui yang beliau akan kehilangan Nicklas Bendtner manakala keadaan Cesc Fabregas dan Robin van Persie pula masih dalam keraguan.

Bendtner telah mengalami kecederaan pangkal paha dan Wenger menjelaskan dia sendiri tidak tahu bila penyerang Denmark itu akan pulih.

Pemain buruan Barcelona, Fabregas dan van Persie yang beraksi pada final Piala Dunia 2010 masih belum kembali ke Emirates.

The Gunners kini dalam persiapan bagi menghadapi perlawanan persahabatan Piala Emirates menentang AC Milan, Celtic dan Lyon bermula esok.

Wenger mengesahkan: “Bendtner tidak boleh beraksi bagi kempen awal musim Liga Perdana England.

“Fabregas dan van Persie pula dijadualkan kembali pada 5 Ogos depan dan bermula dari- pada itu, kami akan tahu berapa lama masa yang kami perlukan secara fizikalnya dan keadaan mereka dari segi mental selepas berakhirnya Piala Dunia.

“Mereka mungkin kurang cergas bagi perlawanan pertama tetapi saya tidak tahu, ia bergantung kepada latihan kecergasan yang mereka dilakukan ketika bercuti.

Pemain muda jadi sandaran United


MACHEDA diramal menjadi pemain berstatus bintang di Old Trafford musim ini.

HOUSTON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin barisan muda pasukan itu mampu meneruskan generasi emas yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

"Kami begitu baik dalam menghasilkan pemain muda yang penuh semangat. Ini yang sentiasa menjadi kekuatan kepada kelab ini," kata Ferguson selepas menyaksikan United menewaskan Pilihan Bintang MLS 5-2 awal pagi semalam.

Barisan asal bintang-bintang muda yang dilahirkan Ferguson termasuk David Beck- ham, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Gary Neville yang kesemuanya berasal dari Britain.

Begitupun, skuad The Red Devils kali ini dibarisi ramai pemain muda dari luar.

Selain Jonny Evans, Tom Cleverley, Darron Gibson dan Danny Welbeck, Ferguson kini memiliki Javier Hernandez dan Federico Macheda.

Pada aksi persahabatan tersebut, Macheda meledak dua gol manakala masing-masing satu menerusi Gibson, Cleverley dan Hernandez.

Begitupun, memandangkan Liga Perdana England musim ini hanya membenarkan 25 pemain dalam sesebuah skuad, Wellbeck dan Mame Biram Diouf mungkin akan dipinjam- kan kepada pasukan lain bagi memberi mereka pengalaman.

Ferguson bagaimanapun menyatakan yang beliau tanpa ragu-ragu menjangkakan Macheda dan Hernandez akan beroleh kejayaan di Old Trafford.

"Saya mahu kekalkan Macheda dan Hernandez pula baru menyertai kelab ini. Mereka hadir bukan bersandarkan bakat tetapi ada sesuatu pada mereka ini. Mereka juga akan mendapat sesuatu di sini," jelas Ferguson.

Kelajuan Hernandez bakal menjadi aset kepada United dan Ferguson mahu menggunakan sepenuhnya kelebihan itu biarpun beliau masih belum menetapkan siapa yang bakal menjadi gandingan utama Wayne Rooney.

"Salah satu perkara yang sering dirisaukan pertahanan lawan ialah pemain yang memiliki larian pantas.

"Memang jelas jika kamu melihat jaringan Hernandez, dia menggunakan kepantasannya