KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 31 Disember 2010

Hodgson kalis kritikan


HODGSON dikritik hebat selepas Liverpool tewas mengejut 0-1 kepada Wolverhampton di Anfield awal pagi semalam.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menegaskan, beliau masih mampu menahan kritikan daripada seluruh para penyo- kong setia skuad The Reds.
Kenyataan Hodgson itu hadir selepas menyaksikan skuad kendaliannya tewas menge- jut 0-1 kepada kelab tercorot Liga Perdana England, Wolverhampton Wanderers di Anfield awal pagi semalam.
Ternyata kekalahan itu sukar diterima oleh seluruh penyokong Liverpool yang sebelum ini terpaksa menyaksikan kelab kesayangan mereka bergelut dengan prestasi tidak menentu.
Memburukkan keadaan, penyokong-penyokong setia The Redsturut melaungkan nama legenda bola sepak Liverpool, Kenny Dalglish sebagai tanda protes terhadap Hodgson.
Bagi mereka, Dalglish merupakan calon yang paling layak bagi membimbing Liverpool berbanding Hodgson.
"Saya sudah biasa dengan perkara tersebut. Dia (Dalglish) merupakan pencabar utama saya bagi merebut jawatan sebagai pengurus Liverpool, namun ia telah dipertanggungjawabkan kepada saya.
"Saya tidak suka mendengar jeritan-jeritan seperti itu. Saya cuba untuk melaksanakan tugas saya dengan sebaik mungkin, namun semuanya berlaku di luar kawalan saya.
"Selaku pengurus, kamu perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dan menganggapnya sebagai cabaran," jelas Hodgson sejurus tamat perlawanan dengan Wolverhampton.
Pada aksi tersebut, gol Wolverhampton diperoleh menerusi Stephen Ward pada minit ke-56.
Ketika ini, anak-anak buah Hodg- son sekadar menduduki tangga ke-12 liga apabila mengumpul 22 mata dalam 18 perlawanan.
Andai skuad The Reds berhajat memperbaiki kedudukan pada carta liga, mereka perlu mencatat seberapa banyak kemenangan yang boleh dalam baki perlawanan selepas ini

Chelsea sudah kembali - Ancelotti


MALOUDA muncul wira Chelsea apabila 
menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-61 awal pagi semalam.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin skuad kendaliannya itu kembali ke landasan sebenar untuk mempertahankan trofi Liga Perdana England yang dimenangi musim lalu.
Awal pagi semalam, skuad The Blues berjaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas Bolton Wanderers di Stamford Bridge.
Kemenangan itu merupakan yang pertama dicatat anak-anak buah Ancelotti selepas tewas enam perlawanan berturut-turut sebelum ini.
Pada pertemuan dengan Birmingham itu, Florent Malouda muncul wira Chelsea apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-61.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Chelsea melonjak ke tangga keempat liga apabila mengumpul 34 mata, empat mata di belakang pendahulu, Manchester United.
Bagi Ancelotti, kekalahan mengejut yang dialami kelab-kelab teratas liga sebelum ini telah membuka semula peluang buat mereka untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
"Saingan musim ini adalah yang paling sukar kerana setiap kelab mampu memberikan tentangan yang hebat kepada kelab lain.
"Kamu sendiri lihat, Arsenal sekadar mencatat keputusan seri 2-2 dengan Wigan (Athletic)).
"Ia sekali gus menunjukkan bahawa kejuaraan mutlak masih lagi belum boleh ditentukan ketika ini.
"Bagi kami (Chelsea), apa yang lebih penting adalah terus kekal fokus terhadap baki perlawanan yang perlu diharungi selepas ini," jelas Ancelotti.

Penyokong Indonesia ugut tembak kami - Amri


RATA-RATA pemain bola sepak kebangsaan yang baru pulang selepas menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 kelmarin menyifatkan kerenah penyokong fanatik bola sepak Indonesia amat menakutkan.
Walaupun mereka menaiki kereta peri- sai demi keselamatan, namun masih ada sebilangan penyokong republik itu mengugut untuk menembak pemain pasukan bola sepak negara.
Penyerang senior kebangsaan, Mohd. Amri Yahyah yang mendengar sendiri ugutan daripada penyokong Indonesia yang fanatik itu berkata, ia suatu pengala- man yang tidak boleh dilupakan.
"Mereka kata, kalau di Malaysia pakai panahan pena laser, di sini (Indonesia) kami pakai senapang. Itu yang saya dengar dan mereka memang fanatik dan bebas menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing," katanya ketika ditemui Kosmo! di Wisma FAM, Kelana Jaya sekembali ke tanah air semalam.
Menurut Mohd. Amri, dia mendengar kata-kata itu semasa sesi memanaskan badan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta dan mengaku perasaan takut me- nyelubungi dirinya.
"Keadaan di sana amat tegang dengan dipenuhi oleh penyokong-penyokong Indonesia sepanjang memasuki kawasan stadium," katanya.
Sementara itu, penyerang sensasi dan penjaring terbanyak kejohanan, Mohd. Safee Mohd. Sali juga mengakui, sikap fanatik penyokong Indonesia begitu berbeza dengan penyokong di Malaysia.
Katanya, selain ugutan, mereka juga tanpa segan menunjukkan isyarat lucah kepada pemain negara selain cuba menggunakan kekerasan semasa pasukan negara keluar dari hotel penginapan ketika berangkat pulang ke tanah air.
Bagi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pula, konsentrasinya terganggu semasa menaiki kereta perisai tersebut.

'Terpulang kepada coach'


SAFIQ disambut dengan meriah oleh para penyokong Malaysia sejurus tiba di KLIA, Sepang semalam.


KAPTEN skuad kebangsaan pada Piala Suzuki AFF 2010, Safiq Rahim menyerahkan sepenuhnya kepada jurulatih K. Rajagobal sama ada mahu dia terus kekal menggalas tugas tersebut, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.
Biarpun baru memakai lilitan lengan selaku ketua pasukan pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China bulan lalu, Safiq, 23, telah mencipta sejarah tersendiri.
Namun, timbul persoalan sama ada Rajagobal akan terus memberikan peranan tersebut kepada Safiq atau memulangkan semula lilitan lengan kepada Aidil Zafuan Radzak atau Norhafiz Zamani Misbah.
Aidil, 23, sebelum ini merupakan pemain yang sering diberi peranan kapten jika Zamani, 29, tidak dipanggil Rajagobal.
Kecederaan panjang kedua- dua pemain pertahanan tengah itu telah membuka ruang buat Safiq bergelar kapten baru di samping Norshahrul Idlan Talaha sebagai penolong kapten.
"Kekal sebagai kapten atau tidak, itu saya tak boleh nak komen. Keputusan itu terletak di tangancoach (jurulatih).
"Saya bersedia jika dikekalkan sebagai kapten kerana memiliki pengalaman pada Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF.
"Tetapi apa yang lebih penting adalah kerjasama sepasukan oleh semua pemain dalam skuad ini," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, tiada istilah rehat buat Safiq dan lima lagi pe- main kebangsaan iaitu Safee Sali, Amri Yahyah, Asraruddin Putra Omar, Amirulhadi Zainal dan Razman Roslan.
Mereka akan terbang pula ke Perth, Australia esok untuk lati- han pramusim skuad Liga Super Selangor selama sembilan hari sebelum Liga Malaysia 2011 bermula 29 Januari depan.

Media Indonesia akur kehebatan skuad negara


RAJAGOBAL (kiri) dan tiga pegawai skuad kebangsaan negara membaca laporan akhbar di Indonesia semalam.


JAKARTA - Setelah muka depan akhbar harian dan rancangan di saluran televisyen Indo- nesia saban hari sarat dengan berita skuad bola sepak kebangsaan negara itu, segalanya berubah wajah semalam.
Ia susulan kegagalan pasukan Indonesia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 setelah tunduk 2-4 secara agregat kepada Malaysia malam kelmarin.
Saluran-saluran televisyen Indonesia yang sebelum ini sepanjang masa menyiarkan lintas langsung kemeriahan menjelang aksi final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno kini kembali menyiarkan rancangan asal masing-masing.
Manakala laporan sukan yang berjaya mencuri tempat di muka depan akhbar-akhbar utama Indonesia sejak lebih seminggu lalu kembali kepada laporan berita biasa setelah kegagalan skuad Garuda itu.
Hanya dua akhbar Indonesia semalam yang tampil memaparkan laporan dan gambar mengenai final kedua Piala Suzuki AFF 2010 pada halaman muka depan mereka iaitu Kompas dan The Jakarta Post.
Akhbar Kompas meletakkan tajuk 'Jangan Malu Untuk Belajar' berserta gambar skuad Malaysia meraikan kejuaraan selepas menjulang trofi malam kelmarin.
Laporan tersebut menyatakan bahawa Indo- nesia tidak perlu malu untuk belajar daripada kejayaan Malaysia melakar sejarah muncul juara buat kali pertama.
Akhbar The Jakarta Post pula laporan muka depannya bertajuk 'Malaysia win makes history' (Kemenangan Malaysia cipta sejarah), juga berserta gambar pasukan meraikan kejuaraan.
Lain-lain akhbar kembali meletakkan laporan Piala Suzuki AFF di halaman sukan mereka tetapi rata-ratanya tidak terlepas daripada mencemburui kehebatan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.
"Bagi Malaysia, trofi itu mengukuhkan mereka sebagai pasukan paling berjaya di Asia Tenggara dalam setahun terakhir ini setelah meraih pingat emas di Sukan SEA 2009," lapor akhbar Media Indonesia.
Tambah akhbar itu lagi: "Terdapat tujuh tendangan pemain Indonesia ke arah gawang skuad bimbingan K. Rajagobal itu. Namun, kecemerlangan Khairul Fahmi menjadikannya ibarat cuba menerobos tembok yang kebal."
Akhbar Jakarta Globe juga memuji kecemer- langan Khairul Fahmi yang menyelamatkan sepakan penalti Firman Utina serta beberapa serangan berbahaya Indonesia.
"Kita (Indonesia) kehilangan banyak peluang. Sekurang-kurangnya kita mampu memperoleh lima atau enam gol pada final kedua ini," kata jurulatih Indonesia, Alfred Reidl dipetik dari Jakarta Globe.