KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Jumaat, 11 Mac 2011

Spurs pertahan rekod cemerlang



KAPTEN Spurs, Michael 
Dawson (kanan) bersama rakan sepasukannya, William Gallas meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam.


LONDON - Tottenham Hotspur (Spurs) meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila mara ke peringkat suku akhir.
Keputusan seri tanpa jaringan dengan AC Milan pada aksi kedua pusingan kedua di White Hart Lane awal pagi semalam sudah cukup buat skuad kendalian Harry Redknapp itu mara dengan agregat 1-0.
Pada 16 Februari lalu, anak-anak buah Redknapp mencipta kejutan apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Milan pada aksi pertama pusingan kedua di San Siro.
"Ia merupakan suatu pencapaian yang hebat buat kami kerana berjaya mara ke peringkat suku akhir.
"Pemain-pemain telah mempamerkan persembahan yang menakjubkan sejak saingan ini bermula dan mereka wajar diberi- kan pujian," jelas Redknapp.
Kini, Spurs ada satu lagi misi penting yang mahu mereka laksanakan dalam saingan musim ini.
Sekiranya berjaya melepasi halangan pada peringkat suku akhir, Spurs akan mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan mara ke peringkat separuh akhir.
Ia bakal menjadi pencapaian terbaik buat Spurs sepanjang beraksi dalam kempen berprestij di pentas Eropah itu selepas kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 1961 dan 1962.
Sementara itu, Milan yang muncul juara pada 2007 sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan kelab England selepas mengalami nasib yang sama sejak tiga musim lalu.
"Tahun ini ada beberapa peru- bahan yang ketara dapat dilihat kerana kami telah beraksi dengan baik terutama pada aksi peringkat kumpulan.
"Memang saya kecewa di atas kegagalan mara ke peringkat suku akhir dan saya menyesal dengan diri sendiri.
"Bukan saya seorang tetapi kelab dan pemain-pemain juga merasai perkara yang sama," kata jurulatih Milan, Massimiliano Allegri

Malaysia tak gentar


SKUAD Malaysia bergambar sebelum memulakan aksi menentang Pakistan di Stadium Punjab, Lahore malam kelmarin.


HALANGAN pusingan pertama berjaya dilepasi skuad bola sepak Olimpik kebangsaan setelah mereka mengikat Pakistan 0-0 pada aksi kedua di Stadium Punjab, Lahore malam kelmarin.
Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 berbekalkan kemenangan 2-0 pada aksi pertama di Shah Alam 23 Februari lalu.
Kini semua mata tertumpu kepada majlis undian pusingan kedua yang akan berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Bukit Jalil pada 30 Mac ini.
Untuk aksi pusingan kedua secara timbal balik pada 19 dan 23 Jun depan, Malaysia bersama 10 lagi pemenang pusingan pertama bakal diundi bertemu 13 pasukan yang mendapat bye pada pusingan pertama.
Kemungkinan lawan Malaysia pada pusingan kedua itu ialah Australia, Bahrain, China, Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Iraq, Lebanon, Qatar, Arab Saudi, Syria, Uzbekistan atau Vietnam.
Jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee berkata, beliau tidak gentar siapa yang bakal ditentang pada pusi- ngan kedua nanti sambil menyuarakan keyakinan Malaysia mampu mencipta kejutan.
“Tiada mana-mana pasukan saya harapkan untuk diundi bertemu nanti. Ini kerana, jika telah mendapat bye, sudah tentu mereka semua pasukan yang bagus.
“Tetapi kita tidak akan menye- rah kalah sebelum turun beraksi dan akan memberi saingan. Dengan persiapan rapi, tak mustahil untuk kita mencipta kejutan,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Lahore semalam.
Andai berjaya melepasi pusingan kedua, Malaysia berpeluang menjadi 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan untuk bersaing dalam enam perlawanan sepanjang 21 September 2011 hingga 14 Mac 2012.
Hanya juara setiap kumpulan akan layak ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala tiga naib juara bakal bertarung merebut satu slot pertemuan playoff dengan pasukan di tangga keempat saingan kelayakan zon Afrika.
Diminta mengulas aksi para pemainnya di Lahore kelmarin, Kim Swee berkata, sasaran untuk tidak melepaskan sebarang gol berjaya dicapai biarpun mereka gagal meraih kemenangan.
“Seperti dijangka, Pakistan mengasak dari awal tetapi pemain kita telah menjalankan tugas dengan baik. Cuma keadaan padang yang teruk tidak membenarkan kita bermain mengikut rentak sebenar.
“Pada babak kedua, kita mula menguasai permainan dengan mendapat tiga percubaan terbaik tetapi gagal disempurnakan dengan baik,” ujarnya.

Sanchez akan setaraf Lionel Messi


Giampaolo Pozzo percaya Alexis Sanchez akan jadi sehebat Messi.

Presiden Udinese, Giampaolo Pozzo percaya nilai Alexis Sanchez ialah sama dengan striker Barcelona, Lionel Messi dan telah mendedahkan bahawa juara Itali dan Liga Juara-Juara, Inter Milan telah membuat tawaran pada Januari lalu.
 
Pemain berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang prospek terhangat di Eropah dan persembahan sensasinya untuk Bianconeri dalam kempen 2010-11 membuat dia diburu oleh beberapa kelab besar termasuk Inter, Chelsea, Manchester United dan Barcelona.
 
Udinese mendakwa mereka tidak akan menjual Sanchez pada musim panas tetapi jika tawaran besar dari mana-mana kelab, mereka mungkin akan mempertimbangkan semula pendirian mereka.
 
Bagaimanapun Pozzo mendedahkan bahawa tawaran dari Inter telah ditolak untuk mendapat pemain itu yang disifatkannya sama harga dengan Messi.
 
"Pada pandangan saya, dia sama nilai dengan Messi", katanya. "Dia ada keupayaan dan potensi yang sama dan saya tak tahu berapa nilai untuk Messi."
 
Dia menambah, "Inter melalui Marco Branca, membuat tawaran untuk pemain itu pada januari lalu. Terdapat juga minat datang dari Chelsea"

Drogba ditukar untuk Kaka


Abramovich yang pertama menawarkan 100 untuk mendapatkan Kaka selepas Piala Dunia 2006.

Roman Abramovich bersedia untuk meneruskan perbelanjaannya pada musim panas nanti dengan mendapatkan Kaka dan striker Chelsea, Didier Drogba berkemungkinan ditawarkan ke Real Madrid dalam pertukaran itu.
 
Teruja dengan memperolehi Fernando Torres dan David Luiz yang digabungkan bernilai £75 juta, cemas untuk merekrut pemain tengah kreatif tumpuan ramai itu - berminat semula untuk membelanjakan dan mahu melihat Brazil No. 10 Kaka menyertai kelabnya.
 
Pemerhati Chelsea berada di San Siro pada malam Isnin untuk melihat Milan lawan Napoli dan khususnya pemain pelawat, Marek Hamsik, perancang Slovakia yang kelab Itali meminta €30 juta. (RM 127 juta).
 
Ejen Kaka yang juga merupakan bapanya, Bosco Leite turut berada di San Siro dan dipercayai dia terbuka untuk tawaran. Kaka bermain kelab terbaik dalam kariernya ketika pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengurusnya di Milan tetapi agak mengecewakan di Bernabeu. Pengurus Madrid, Jose Mourinho sudah tentu berminat dalam pertukaran pemain dengan membawa Drogba ke Sepanyol