KYD

KYD
KYD

WELCOME

Green Hornet

Isnin, 25 Oktober 2010

Ancelotti enggan dabik dada



ANCELOTTI mengakui masih terlalu awal untuk meramalkan pemenang Liga Perdana England


LONDON – Carlo Ancelotti mengingatkan para pemain Chelsea supaya jangan mudah berpuas hati dalam usaha mempertahankan gelaran Liga Perdana England musim ini.
Kelmarin, skuad bimbingan Ancelotti mengekalkan rekod cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan kelebihan lima mata.
Pada perlawanan di Stam- ford Bridge itu, Florent Malouda dan Salomon Kalou masing-masing menjaringkan satu gol untuk menang 2-0 ke atas Wolves.
Kemenangan itu turut melebarkan rekod bersih seratus peratus di gelang- gang sendiri ketika beberapa pencabar terdekat keciciran mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Begitupun Ancelotti menegaskan, masih terlalu awal untuk meramal siapa yang bakal memenangi gelaran liga.
“Kedudukan kami adalah baik,” kata Ancelotti.
“Kami memperoleh keputusan yang sangat baik, kami berada di kedudukan yang baik.
“Ia adalah minggu yang sukar kerana kami perlu berkunjung ke Moscow (Liga Juara-Juara), jadi saya fikir kami tidak berada pada prestasi seratus peratus.
“Ia adalah satu keputusan yang baik dan adalah penting untuk menang apabila kamu tidak berada pada prestasi seratus peratus.
Ketika ditanya mengenai kedudukan semasa, Ancelotti berkata: “Ia adalah kelebihan yang baik tetapi masih terlalu awal untuk mengatakan, kami memiliki mata yang mencukupi.
“Kami berada pada posisi yang baik, kami bermula dengan baik dan kami perlu meneruskannya tetapi tidak lebih daripada itu. Saat-saat yang sukar akan hadir dan kami perlu bersedia.

Rijkaard bukan ancaman Hodgson

LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson seakan-akan memperkecilkan kemampuan Frank Rijkaard. Hodgson berkata, pengendali kelahiran Belanda itu bukan pencabarnya.

Hodgson mengeluarkan kenyataan itu selepas Rijkaard dikaitkan dengan dengan jawatan yang disandangnya di Liverpool.
Ketika ini, skuad The Reds berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana England selepas melakukan permulaan yang buruk musim ini.
Rijkaard yang juga bekas jurulatih Barcelona telah meninggalkan kelab gergasi Turki, Galatasaray, sekali gus katakan sebagai calon terbaik untuk menggantikan Hodgson sekiranya pemilik baru Liverpool berhasrat untuk menukar pengurus.
Hodgson menegaskan, beliau tidak menghiraukan spekulasi itu, sebaliknya mendakwa gosip tersebut sama seperti ketika beliau berada di kelab gergasi Itali, Inter Milan.
"Saya difahamkan Rijkaard baru sahaja dipecat dari- pada Galatasaray. Dia 'mesti seorang pengurus yang hebat' untuk dipecat oleh kelab gergasi Turki itu.
"Apa yang kamu fikir mengenai ejen Frank Rijkaard yang 'menjual' namanya di seluruh dunia?.
"Semuanya hanya spekulasi. Saya pernah menghadapi situasi yang sama selama dua setengah tahun ketika berada di Inter apabila setiap hari terdapat berita yang tidak disenangi di akhbar.
"Saya akhiri spekulasi itu dengan satu kontrak baru apabila saya berpindah ke Blackburn Rovers. Jika saya boleh menghadapinya di MIlan, saya juga boleh menghadapinya di Liverpool

Keajaiban Hernandez

Keajaiban Chicarito

HERNANDEZ meledak dua gol United ketika mereka menewaskan Stoke City 2-1 semalam.


LONDON – Javier Hernandez membuktikan bahawa Manchester United tidak perlu terlalu bergantung kepada Wayne Rooney apabila dia meledak dua gol bagi menghadiahkan kemenangan 2-1 The Red Devils ke atas Stoke City dalam aksi Liga Perdana England semalam.
Selepas kontroversi yang melanda United berhubung masa depan Rooney sejak minggu lalu berakhir, pengurus Alex Ferguson terus merehatkan penyerang England itu ekoran kecederaan buku lali.
Ketiadaan Rooney menyaksikan Hernandez diturunkan dalam skuad utama dan penyerang yang dikenali sebagai ‘Chicarito’ itu membuktikan kehebatannya dengan meletakkan United di depan pada minit ke-27.
Begitupun, United sekali lagi hampir mencatat keputusan seri buat kali kelima setelah pemain gantian, Tuncay Sanli menyamakan kedudukan 1-1 buat Stoke menerusi percubaan menariknya pada minit ke-81.
United bagaimanapun memberi respons yang meyakinkan dengan melakukan serangan demi serangan dan hasilnya Hernandez berjaya memberi kemenangan pertama pasukannya di gelanggang lawan musim ini menerusi jaringan keduanya pada minit ke-86.
Pengurus The Red Devils, Ferguson membuat tujuh perubahan dalam skuad utamanya termasuk merehatkan Rooney yang menyambut hari jadi yang ke-25 bersama isterinya, Coleen, di Dubai.
Penyerang England itu juga terpaksa berehat selama tiga minggu ekoran kecederaan buku lali yang dialaminya Selasa lalu ketika spekulasi tentang masa depannya bersama United menjadi perhatian.
Keinginan Rooney untuk meninggalkan Old Trafford telah mencetuskan kemarahan penyokong United pada aksi Liga Juara-Juara, Rabu lalu menentang Bursaspor, namun setelah menyambung kontraknya, tiada protes ditunjukkan peminat kelab tersebut di Stadium Britannia semalam

Kelantan berhak ke final


NORSHAHRUL IDLAN (kanan) diasak pemain Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malayisa di Stadium Muhammed ke IV, Kota Bharu kelmarin.


“KAMI berhak beraksi di final.” Demikian ujar ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan yang puas dengan aksi barisan pemainnya ketika menewaskan Kedah 1-0 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Beliau yang hanya melihat aksi anak-anak buahnya dari bangku penonton akibat penggantungan selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan, aksi menentang Kedah adalah antara yang terbaik pernah dipamerkan anak-anak didiknya.
“Pada 20 minit pertama kita bermain dengan sangat baik, berjaya me- nguasai permainan, memiliki beberapa peluang terbaik dan terus mengasak kubu Kedah serta berjaya memberi tekanan kepada lawan.
“Selepas beraksi dalam beberapa perlawanan dengan jadual yang padat tanpa rehat yang cukup, saya amat kagum dengan semangat serta kesungguhan semua pemain untuk mencari kejayaan, dan sebagai juru- latih saya suka melihat perkembangan ini,” katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, selepas berjaya memberi tekanan yang hebat sepanjang perlawanan tersebut, pada penghujung babak pertama menyaksikan para pemainnya mula hilang tumpuan seketika sebelum kembali mengasak kubu Kedah pada babak kedua sehingga berjaya memecah kebuntuan untuk mencari gol.
Jelasnya, beliau turut memuji benteng pertahanan Kedah yang berjaya menyerap asakan bertali arus Kelantan walaupun akhirnya terpaksa akur dengan gol jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-78.
“Mereka (Kedah) mempamerkan aksi bertahan yang cukup baik dengan harapan untuk menjaringkan gol tunggal sama ada menang atau mengikat kedudukan kita tetapi dalam bola sepak, bertahan mungkin akan membawa padah dan kita telah membuktikan kita lebih baik
“Selepas melancarkan asakan yang cukup hebat, pemain-pemain saya nampak seperti hilang fokus dan putus asa seketika, mungkin kerana gagal menembusi pintu gol walaupun mendapat peluang terbaik.
“Bagi saya ia situasi biasa dan selalu terjadi kepada pemain bola sepak tetapi mereka berjaya melaku- kan recovery (pemulihan),” ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menga- kui bahawa kehadiran semula penggempur utama, Norshahrul Idlan turut menjadi penyumbang kepada semangat rakan-rakan lain dan lebih manis lagi, pemain tersebut mereali- sasikan impian Kelantan untuk melangkah ke perlawanan akhir.
“Dia (Norshahrul) memberi impak yang besar kepada kita tetapi saya fikir semua pemain saya adalah yang terbaik, Indra (Putra Mahayuddin), Badri (Radzi) juga berjaya menjalan- kan tugasnya termasuk semua pemain pertahanan dan penjaga gol